Kuih Bulan Beri Biru Bersalju
Seperti kebiasaan, on the way balik rumah encik suami akan telefon dulu. Nak beli apa-apa barang atau nak tapau makanan tak. Soalan biasa yang akan ditanyakan. Senang dia nak plan nak ikut jalan mana bergantung pada barang yang nak dibeli.
Tak ada apa nak beli. Masak sambal telur je lah untuk makan malam nanti, saya jawab.
Know know dia balik bawa kuih bulan beri biru bersalju. Tak pulak saya pesan apa apa. Tiba-tiba pulak dia beli. Baca blog kita lah tu. Ada kalanya rajin juga dia stalk blog isteri dia ni. Stalker nombor 1!
Dia kata beli kuih bulan yang tak ada telur masin. Haaa nampak sangat dia membaca blog. Lagipun haritu pun dia makan kuih bulan pearl of prosperity jugak. Dia pun tak boleh terima telur masin tengah tengah kuih bulan tu.
Bukan beli kuih bulan je, siap beli kek baldu merah dan juga kek tiramisu. Alhamdulillah..rezeki orang belanja. Kita tukang makan je. Tak tahu kenapa dia pilih kuih bulan beri biru bersalju. Mungkin dia pun blur tak tahu nak pilih mana satu kot. Kuih bulan kan ada macam-macam perisa.
Kuih bulan beri biru bersalju/ Fruity Blueberry Mooncake (F9)A fantasy blue snow skin paired with a rich white lotus paste filling.Layered with delicious touch of sweet and sour blueberry to tantalize your taste buds.
Ber ais kek bulan beri biru bersalju ni dek kerana sejuk sebab diletakkan dalam peti ais. Kononnya bersalju lah gitu agaknya kot. Bekas plastik pun dah berpeluh peluh. Saya keluarkan untuk ambil gambar, terus mencair aisnya.
Bentuknya tak berapa nak cantik sangat. Terkemek tepinya sikit. Tak betul betul bulat. Tapi rupa paras corak kuih bulan beri biru bersalju ni tetap maintain cantik. Kuih bulan ni ada pelbagai bentuk acuan coraknya. Semuanya cantik-cantik dipandang, kan?
Corak bunga teratai selari dengan isinya daripasa white lotus
flatlay view
Mari tengok keratas rentas sebiji kuih bulan beri biru bersalju ni. Dalam dia inti beri biru di tengah tengah, lapisan luaran dari biji teratai putih. Rasa buah blueberry masam manis. Sedap! So far boleh lagi terima perisa beri biru ni.
Warna luaran dia biru biru putih seakan akan salju ni sangat menarik
Harga kuih bulan beri biru bersalju RM22.20/pcs. Untuk menu lain, boleh rujuk website bakers cottage mooncake 2021
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/10/kuih-bulan-beri-biru-bersalju.html