Kuala Krai Ktmb Dedah Lima Lokasi Panas Insiden Langgar Haiwan


KUALA KRAI – Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendedahkan sebanyak lima lokasi ‘panas’ di Semenanjung Malaysia yang kerap berlakunya insiden kemalangan melibatkan tren dengan haiwan.
Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad ‘Asri Khalbi berkata, lima lokasi tersebut adalah Labu dan Jempol (Negeri Sembilan), Bera (Pahang), Tapah (Perak) serta Gua Musang (Kelantan).
“Sepanjang Januari hingga September tahun ini, sebanyak 70 kes tren melanggar haiwan ternakan penduduk seperti lembu, kerbau dan kambing sepanjang laluannya di seluruh jajaran KTMB di Semenanjung Malaysia.
“Pada tahun lalu, sebanyak 121 kes tren melanggar haiwan ternakan berlaku dari Januari hingga Disember,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebagai langkah pencegahan pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan telah mengadakan lima siri pertemuan dengan penternak di lokasi panas itu.
Katanya, menerusi pertemuan itu KTMB telah mengingatkan penternak supaya tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran sesuka hati, kerana ia boleh membahayakan penumpang dan kerosakan pada tren.
“Walaupun peringatan sudah dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal berdekatan laluan tren supaya menambat ternakan mereka namun masih ada dalam kalangan penduduk yang berdegil dan tidak mengambil serius mengenainya.
“Apabila berlaku kejadian seumpama itu dan ketika siasatan dilakukan, tidak ada mana-mana penduduk mengaku yang ia membabitkan haiwan ternakan mereka kerana khuatir akan diambil tindakan undang-undang,” katanya.
Ahmad ‘Asri berkata, kebiasaannya pihak KTMB akan memaklumkan jadual perjalanan tren kepada penternak bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini terutamanya pada waktu malam.
Katanya, pemandu tren juga sudah sedia maklum dengan lokasi panas itu dan mereka akan memperlahankan kereta api bagi mengelakkan kemalangan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad ‘Asri berkata, gajah antara hidupan liar yang melintasi landasan kereta api secara ‘mengejut’ menyebabkan pengangkutan awam itu terpaksa merempuh haiwan liar tersebut.
Katanya, terkini insiden pelanggaran haiwan itu berlaku di Kuala Krai pada 15 September lalu.

The post Kuala Krai : KTMB dedah lima lokasi ‘panas’ insiden langgar haiwan appeared first on Suara Viral Malaysia.


source: Suara Viral Malaysia

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/10/kuala-krai-ktmb-dedah-lima-lokasi-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kolej Vokasional Kuala Krai Tawar 9 Program

Kolej Vokasional Kuala Krai Tawar 9 Program

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 418 hits
KUALA KRAI Kolej Vokasional Kuala Krai di sini menawarkan sembilan program Sijil Vokasional Malaysia dan dua program Sijil Kemahiran Malaysia untuk pelajar tahun satu sesi 2021 Program SVM ialah Teknologi Pemesinan Industri Teknologi Kimpal...
Pasang Besar Lima Kawasan Kuala Selangor Dinaiki Air

Pasang Besar Lima Kawasan Kuala Selangor Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 446 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS AIR laut melimpah di Pantai Kelanang Selangor akibat fenomena air pasang besar KUALA SELANGOR Lima kawasan di daerah ini mencatat paras air melebihi had kebiasaan berikutan fenomena air pasang Penolong Pengarah Operas...
Resipi Portuguese Egg Tart Paling Simple Makan Panas Panas Tak Cukup Makan Satu

Resipi Portuguese Egg Tart Paling Simple Makan Panas Panas Tak Cukup Makan Satu

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 478 hits
Kulitnya cukup rangup dan filling nya terasa amat lembut Terasa cukup nikmat kala menikmati Portuguese Egg Tart yang baru dikeluarkan dari oven Sedapnya lain macam Jika sebelum ini kita hanya membeli di kedai apa kata hujung minggu ini kita...
Sup Telur Chinese Style Ala Hotel Tambah Crab Stick Hirup Panas Panas Terbaik

Sup Telur Chinese Style Ala Hotel Tambah Crab Stick Hirup Panas Panas Terbaik

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 844 hits
Hidangan sup antara yang menjadi kegemaran ramai tak kira anak kecil atau orang dewasa Selain jadi pembuka selera untuk individu yang tak sihat aneka sup ini juga sedap dinikmati bersama nasi atau makan macam tu je Biasanya sup yang selalu ...
Makanan Yang Tidak Perlu Dimasak Tetapi Boleh Makan Panas Panas Kembara Meals

Makanan Yang Tidak Perlu Dimasak Tetapi Boleh Makan Panas Panas Kembara Meals

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 1014 hits
Assalamualaikum Famili Fiza memang suka pergi bercuti Nak tahu apa yang kami selalu bawa kalau pergi bercuti Makanan segera seperti megi 3 in 1 atau biskut memang wajib Bukan apa kalau lapar sangat boleh la makan kat dalam hotel tu Tapi sek...
Ini Cara Mudah Melihat Kawasan Panas Covid 19 Di Malaysia Menggunakan Selangkah

Ini Cara Mudah Melihat Kawasan Panas Covid 19 Di Malaysia Menggunakan Selangkah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 380 hits
Tular di media sosial beberapa pusat membeli belah popular di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang menjalani proses sanitasi akibat dilawati pesakit Covid 19 Ramai merungut kepada akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia k...
Panas Ferdinand Hutahaean Tegur Najwa Shihab Ini Tidak Patut

Panas Ferdinand Hutahaean Tegur Najwa Shihab Ini Tidak Patut

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 323 hits
Politisi Partai Demokrat Ferdinand Hutahaean menilai wawancara kursi kosong yang dilakukan Najwa Shihab untuk menyindir Menteri Kesehatan Terawan Agus Putranto sejatinya tidak elok dan terkesan kurang patut Ferdinand mengatakan tugas jurnal...
Cabar Mencabar Dalam Umno Semakin Panas

Cabar Mencabar Dalam Umno Semakin Panas

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 504 hits
malaysiadateline comSelepas bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz meminta Tan Sri Annuar Musa masuk Bersatu Setiausaha Akhbar Annuar pula cabar Nazri masuk Pakatan Harapan Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal I...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

Majlis Khatam Hafazan Perdana

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0