Resipi Portuguese Egg Tart Paling Simple Makan Panas Panas Tak Cukup Makan Satu
Kulitnya cukup rangup dan filling nya terasa amat lembut. Terasa cukup nikmat kala menikmati Portuguese Egg Tart yang baru dikeluarkan dari oven. Sedapnya lain macam. Jika sebelum ini kita hanya membeli di kedai, apa kata hujung minggu ini kita sediakan sendiri buat anak-anak. Jangan susahkan diri, beli sahaja pastry dan ini fillingnya.
Resipi yang dikongsikan oleh Muliaidayu Ahmad ini cukup simple. Bahan pula hanya gunakan bahan yang mudah didapati. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom ikut langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Sedap!
Hari ni saya nak share resepi Portuguese Egg Tart cara saya. Resepi ni saya guna untuk jualan kuih. Adunan yang saya guna ni boleh dapat kurang lebih 35 pcs sebab saya guna cup besar & isi penuh. Kuih ni asyik sangat dimakan panas-panas.
Menarik: Kandungan Mawar Cecah Enam Bulan Raf Pilih Nama Anak Bermula Huruf-R
Kulit pastry boleh guna brand KAWAN masukkan dalam cup. Kalau uolss kurang rajin nak buat tu semua, beli jelah pastry yang dah siap-siap dalam cup selesai masalah happy ending. Masa untuk membakar ikut oven masing-masing ye, sentiasa perhatikan oven anda jangan sampai rentung.
Gud luck uolls.
8 biji telur gred A
500ml fresh milk
180gm gula kastor
2 st esen vanila
3 st tepung jagung
300ml air
Gaul sebati gula kastor bersama fresh milk.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan air bersama esen vanila. Kacau sebati.
Akhir sekali tepung jagung. Kacau lagi.
Kemudian tapiskan adunan sebanyak dua kali.
Isikan penuh dalam pastry.
Bolehlah terus dibakar dengan suhu 230C selama 30 minit, ikut oven masing-masing.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
Menarik: 3 Makanan Ni Tak Patut Panggil Makanan Pun Sebab Tak Ada Nutrisi Penting Untuk Tumbesaran Dr Izzar Anwari!
The post Resipi Portuguese Egg Tart Paling Simple, Makan Panas-Panas. Tak Cukup Makan Satu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-portuguese-egg-tart-paling-simple-makan-panas-panas-tak-cukup-makan-satu/