Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno


Oleh SM Amin


PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak tawaran untuk parti itu menyertai Bersatu sebaliknya mendesak parti itu dan Amanah dibubarkan sekiranya tidak mahu kuasa politik Melayu terus berpecah.

Zahid berkata Umno tegas untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti atau tokoh tertentu yang menjalinkan hubungan dengan parti yang mengenepikan soal Melayu dan Islam.

“Kalau tidak mahu perpecahan itu berlaku kerana antara parti yang wujud itu adalah Bersatu dan Amanah, buangkanlah Bersatu, bubarkan Amanah.

“Pendirian Umno, kita bukan sahaja menolak tokoh, tetapi mana-mana parti yang mengadakan kolaborasi dengan parti yang mengenepikan orang Melayu Islam dan mahu melaksanakan ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir Mohamad meminta semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu menjelaskan, kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Menurut Zahid, Umno bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk berdepan dengan tindakan dibubarkan kerana keputusan untuk tidak menyertai Bersatu itu.

“Kita tidak akan menyertai Bersatu. Biarpun Umno terbubar atas tindakan kita ini tidak menyertai mereka, sama-samalah bersama dengan saya, ada kaedah lain untuk ahli Umno berada dalam parti

“Kalau ini kali kedua Umno diharamkan, ahli Umno harus bangkit dan kita harus memperlihatkan kekuatan perpaduan Melayu,” katanya.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini memaklumkan bahawa ahli-ahli Umno akan diserap menjadi ahli Barisan Nasional sekiranya parti itu diharamkan oleh kerajaan susulan dakwaan menerima wang daripada 1MDB.

Mohamad berkata beliau akan membantu Zahid keluar daripada kemelut tersebut berdasarkan kajian-kajian kemungkinan senario yang akan berlaku, yang telah dibuat oleh parti sebelum ini.

“Kalau dibubar pun Umno, kita ada cara untuk kita keluar. Kita masuk rumah yang lebih besar dahulu. Kita rehat disitu dahulu sementara kita mendaftar parti baharu.

“Kalau tidak boleh daftar parti baharu, kita beli parti-parti yang ada. Ataupun kita guna parti yang sudah sinonim dengan kita, Barisan Nasional. Kita masuklah Barisan Nasional, apa masalah.

“Saya tidak sepatutnya cakap kerana ini strategi tetapi saya hendak yakinkan ahli-ahli Umno supaya jangan risau,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerai, Jumaat lalu   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/bubar-bersatu-amanah-jika-tak-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 425 hits
Perdani Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ajak semua orang Melayu termasuk orang Umno menyertai PPBM atau Parti Bersatu demi untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

Melayu Semakin Berpecah Pm Ajak Semua Parti Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 388 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengajak semua parti politik Melayu untuk bersama sama menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia dan ia termasuklah UMNO yang dilihat bertujuan bagi menguatkan kuasa politik Melayu sebag...
Bersatu Tak Sama Macam Umno Kata Tpm

Bersatu Tak Sama Macam Umno Kata Tpm

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 327 hits
Diterbitkan Hari ini 10 54 malam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan sama dengan parti Umno seperti yang disangkakan Menzahirkan keyakinan terhadap Bersatu Dr Wan Az...
Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

Tun M Pelawa Semua Parti Politik Melayu Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 389 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti poli...
Dulu Melayu Kasi Pecah Sekarang Minta Bersatu

Dulu Melayu Kasi Pecah Sekarang Minta Bersatu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 512 hits
SENJATA SUDAH MAKAN TUAN PADAN MUKA DULU BERIA RIA PECAH BELAHKAN MELAYU SEKARANG MERAYU PULA UNTUK BERSATU DALAM BERSATU HUKUMNYA HALAL KE HARAM ADA JADAH KE TAK ADA JADAH MELAYU NAK MASUK LOBANG BERAPA KALI Orang Melayu tolak Bersatu Anua...
Budaya Songsang Lgbt Antara Sebab Melayu Tolak Bersatu Annuar

Budaya Songsang Lgbt Antara Sebab Melayu Tolak Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 326 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 09 malam Parti Bersatu bertanggungjawab terhadap penularan budaya songsang seperti Lesbian Gay Biseksual dan Transgender serta idea liberal dakwa Setiausaha Agung Umno Annuar Musa Beliau berkata itu antara sebab...
Orang Melayu Tidak Akan Memaafkan Perbuatan Bersatu Menggadai Hak Dan Posisi Orang Melayu Dan Bumiputera Kepada Dap

Orang Melayu Tidak Akan Memaafkan Perbuatan Bersatu Menggadai Hak Dan Posisi Orang Melayu Dan Bumiputera Kepada Dap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 326 hits
1 Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu 2 Malah orang Melayu akan terus menolak Bersatu kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu...
Ingatkan Umno Jer Suka Tangguh Bersatu Pun Sama

Ingatkan Umno Jer Suka Tangguh Bersatu Pun Sama

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 284 hits
Bersatu dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pemelihan kepimpinan partinya yang pertama Parti yang ditubuhkan pada September 2016 itu perlu memilih kepimpinannya setiap tiga tahun The Malaysian Insight memetik sumber melapo...
Bersatu Pinda Perlembagaan Sebelum Pemilihan Kata Marzuki

Bersatu Pinda Perlembagaan Sebelum Pemilihan Kata Marzuki

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 209 hits
Bersatu pinda perlembagaan sebelum pemilihan kata Marzuki nbsp Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 2019
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Hard Rock Penang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Hakikat Bukan Selalu Kita Dibalas Dengan Kebaikan

Kru Goat Chord

Pasaran Saham As Terus Meningkat

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Yang Dilaporkan Hilang Di Pekan Ditemukan Selamat Di Chukai

Selalu Sendawa Atau Kentut Ini 14 Cara Buang Angin Dalam Perut