Sikap Kejar Kuasa Kekayaan Dalam Umno Belum Hilang Kata Annuar


Faiz Zainudin
-July 13, 2019 5:17 PM

Annuar Musa berkata, sikap mengejar kuasa dan kekayaan perlu dibuang untuk membolehkan Umno bangkit serta kembali kepada matlamat perjuangan untuk agama.
KUALA SELANGOR:   Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mengakui masih ada sikap mengejar kuasa dan kekayaan dalam parti itu selepas ia mengalami kekalahan mengejut dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Katanya, sikap itu perlu dibuang untuk membolehkan Umno bangkit dan kembali kepada matlamat perjuangan untuk agama.

“Orang Umno ini terutamanya bila dah peringkat senang dapat kerajaan, dia nampak nak jadi calon, nampak kekayaan, nampak projek, nampak harta dan inilah bahana yang telah menimpa kita, sampai sekarang penyakit ini belum hilang.

“Umno ini bukan tempat nak cari harta. Umno adalah satu-satunya parti yang wujud dalam negara kita di saat kita tidak ada kekayaan, tidak ada harta, tidak ada ilmu.

“Parti ini wujud sebelum ada sistem pilihan raya,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor hari ini.

Beliau turut mengingatkan ahli untuk berjuang demi Islam, bukannya bangsa Melayu.

“Lahir Umno apabila Orang Melayu dan umat Islam dalam negara terpanggil setelah sekian lama kita hidup tanpa menegakkan agama.

“Saya selalu kata kalaulah negara ini dijajah oleh Islam, katakan Portugis itu Islam, Belanda itu Islam, Siam itu Islam, saya percaya Umno tidak akan wujud.”

Pemimpin lompat parti

Annuar melabelkan bekas pemimpin Umno yang menyertai parti lain sebagai makhluk 2 alam.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed menyertai Umno demi jawatan menteri, tetapi beliau melompat ke PPBM selepas kekalahan mengejut Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.

“Mereka yang lompat parti ini, pada saya adalah makhluk 2 alam yang sifatnya jika disembelih sekalipun kita tak boleh makan, mereka hanya nak bersama-sama kita semasa senang, tetapi bila kita kalah saja terus lompat.”

Beliau bersyukur dengan kekalahan BN tahun lalu yang berjaya menyatukan Umno dan PAS.

“Dari sudut kelangsungan politik orang Melayu yang telah sekian lama berpecah, ini (penyatuan Umno-PAS) adalah nikmat jauh lebih besar dan dengan kerjasama ini, tanpa meminggirkan komponen BN, kita akan merampas semula Putrajaya.”

Tak perlu persoal lantikan Najib

Annuar mengingatkan ahli dan pemimpin Umno supaya tidak mempersoalkan pelantikan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat BN.

Katanya, Najib mempunyai peranan tertentu yang pemimpin lain tidak mampu lakukan ketika BN bergelar pembangkang.

“Kita suka bergaduh sesama sendiri. Umno ini bukan persoalan Najib atau (Ahmad) Zahid (Hamidi) semata-mata. Ini tidak, sudah elok-elok kita pilih presiden, ada pula yang suruh berhenti.

“Kita pula yang pergi pakai strategi musuh. Musuh tendang kita pergi terajang, musuh tikam kita bunuh, musuh matikan kita yang talkin kawan-kawan kita sendiri. Tak boleh, biarpun tempang atau cacat, ada peranannya.

“Dalam politik main dalam pasukan, kalau nak tunjuk hebat dan main solo boleh, tapi kena bebas. Datang pilihan raya, kita jadi calon sendiri dan pilih diri kita sendiri, tapi kalau kita ahli parti, kenalah bermain cara berpasukan.”

Lawan DAP kerana dasar

Annuar berkata, Umno menentang DAP bukan kerana ia diterajui bangsa lain, tetapi disebabkan dasar yang dibawakan parti itu.

“Kita menentang DAP bukan kerana ada Lim Kit Siang. Kita bukan tentang DAP kerana nama dia DAP, bukan kerana dia jatuhkan kita. Kita menentang DAP kerana dasar DAP itu, bukan sebab DAP itu Cina ke apa kerana Islam sendiri tidak melawan Cina.

“Perjuangan kita mesti berpandu kepada agama. Islam tidak pernah ajar sentimen perkauman kerana tanah Melayu ada Cina, India. Melayu Islam tidak lihat warna kulit sebab itu Islam larang, Malaysia ini bebas nak amal agama apa.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/sikap-kejar-kuasa-kekayaan-dalam-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Belum Cukup Bukti Kata Tommy Thomas Tentang Kes Teoh Beng Hock

Masih Belum Cukup Bukti Kata Tommy Thomas Tentang Kes Teoh Beng Hock

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara masih tidak mempunyai bukti cukup untuk mengkelaskan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor Teoh Beng Hock sebagai mati dibunuh kata Peguam Negara Tommy Thomas Thomas dalam surat kepada peguam keluarga ...
Wali Kota Airin Belum Tentukan Sikap Soal Guru Dipecat Karena Bongkar Pungli

Wali Kota Airin Belum Tentukan Sikap Soal Guru Dipecat Karena Bongkar Pungli

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 326 hits
Wali Kota Airin Belum Tentukan Sikap Soal Guru Dipecat karena Bongkar Pungli Dengan laporan lengkap yang disampaikan sejumlah instansi terkait nantinya Airin baru akan mengambil kebijakan lebih lanjut
Pak Yayat Penjual Mainan Keliling Yang Tak Kuasa Menahan Tangis Saat Ditanya Sudah Makan Apa Belum

Pak Yayat Penjual Mainan Keliling Yang Tak Kuasa Menahan Tangis Saat Ditanya Sudah Makan Apa Belum

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 783 hits
Mencari uang memang tidak semudah yang dibayangkan segelintir orang Mungkin ada beberapa orang sangat mudah untuk mencari uang namun ada juga orang yang sulit untuk mencarinya bahkan merasakan kerasnya dunia Kisah sulitnya mencari uang ini ...
Hanya Kleptokrat Gila Mahu Sertai Umno Kata Kit Siang

Hanya Kleptokrat Gila Mahu Sertai Umno Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 499 hits
MALAYSIAKINI Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menolak undangan Najib Razak baginya untuk menyertai Umno dan menganggapnya sebagai tidak lebih daripada jenaka Tanpa menapis kata katanya Lim berkata hanya kleptokrat gila akan menyertai Umno...
Umno Rujuk Pas Jika Mahu Jalin Kerjasama Dengan Parti Lain Annuar Musa

Umno Rujuk Pas Jika Mahu Jalin Kerjasama Dengan Parti Lain Annuar Musa

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 411 hits
Oleh Faris FuadSETIAUSAHA Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa KUALA LUMPUR UMNO tidak akan sesekali dibubarkan untuk menyertai parti politik lain sebaliknya akan terus bekerjasama dengan PAS berdasarkan semangat setia kawan dan piagam bersama Se...
Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno

Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 436 hits
Oleh SM AminPRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak tawaran untuk parti itu menyertai Bersatu sebaliknya mendesak parti itu dan Amanah dibubarkan sekiranya tidak mahu kuasa politik Melayu terus berpecah Zahid berkata Umno tegas untuk tidak...
Annuar Ingatkan Tiga Perkara Utama Untuk Ahli Perkukuh Umno

Annuar Ingatkan Tiga Perkara Utama Untuk Ahli Perkukuh Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR 3 Julai Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengingatkan tiga perkara utama kepada seluruh ahli parti agar sama sama dihayati dalam usaha meneruskan perjuangan bersama UMNO hari ini Pertama kalau kita seorang pejuang bina...
Umno Diambang Perpecahan Lagi Pelantikan Najib Ibarat Campak Spanar Dalam Mesin Kata Nazri

Umno Diambang Perpecahan Lagi Pelantikan Najib Ibarat Campak Spanar Dalam Mesin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 449 hits
Mohamed Nazri Abdul AzizKUALA KANGSAR Pelantikan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN diibaratkan campak spanar ke dalam mesin yang sedang berjalan Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Dior Goodjohn S Legs And Feet In Tights

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Sweet Home Menjadi Kenangan Menggamit Memori

Simple Beef Steak Recipe Jamie Oliver

Selasa Dak Jasmine