Ku Li Cuba Runtuhkan Kerajaan Akrab Dengan Dr M Kata Pemimpin Ppbm


FMT Reporters
-November 18, 2020 3:27 PM


PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM menyelar Tengku Razaleigh Hamzah sebagai seorang veteran Umno “tidak relevan” yang cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional apabila mahu Umno bertanding di semua kerusi tradisi.

Malah, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Muhammad Faiz Na’aman, cuba mengaitkan Tengku Razaleigh dengan seteru Umno, Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kedua-dua ahli politik itu tidak menyokong kepimpinan presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri.

“Bukan lagi rahsia keakraban hubungan persahabatan Tengku Razaleigh dengan Mahathir yang pernah ditentangnya melalui Parti Semangat 46 dahulu, di mana sekarang ini mereka sama-sama amat ‘risau’ jika Presiden PKR, Anwar Ibrahim dapat naik menjadi perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Pemimpin PPBM itu juga mengingatkan bahawa Tengku Razaleigh pernah gagal menjadi perdana menteri, sambil memuji seorang lagi pemimpin Umno, Annuar Musa.

Beliau mengangkat ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Annuar Musa, kerana “mendendangkan penyatuan bangsa berskala nasional”, melalui perkongsian kuasa secara “adil” dan “realiti” antara parti-parti politik yang “signifikan”.

“Amat berbeza pendekatan dan cara berfikir 2 tokoh politik dari Kelantan ini yang dipisahkan dari segi usia. Tengku Razaleigh masih berfikiran Malaysia wajar dinaungi oleh satu parti autokratik tunggal seperti zaman 80-an dahulu,” katanya.

Semalam, Tengku Razaleigh dalam temubual The Malaysian Insight membayangkan pergaduhan antara Umno, PAS, dan PPBM di masa depan, lantaran berebut kawasan sama menjelang pilihan raya umum.

Beliau juga mempersoalkan apakah untungnya bagi Umno meneruskan pakatan itu, bukan sahaja kerana kerusi-kerusi “tradisi” yang kini disandang pemimpin PPBM, malah tidak banyak jawatan Kabinet diberi kepada Umno, walaupun sokongannya memastikan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Faiz berkata Tengku Razaleigh memang “kurang senang” dengan penubuhan Muafakat Nasional sebelum wujudnya kerajaan Perikatan Nasional, berkali-kali menggesa Umno mengkaji balik kerjasamanya dengan PAS dan PPBM, dan pernah mencadangkan pemimpin Umno berundur dari Kabinet.

Beliau menyorot perhatian kepada kemahuan Tengku Razaleigh yang mahu Umno bertanding di kerusi tradisinya yang kini disandang oleh bekas-bekas pemimpin yang keluar parti, seperti Parlimen Pagoh, yang diduduki Muhyiddin.

“Kerusi Parlimen yang sedang disandang oleh perdana menteri kerajaan yang disokong oleh Umno sendiri sekarang ini. Jika ini bukan cubaan untuk meruntuhkan kerajaan PN maka apa pula?”

Jika bukan Muhyiddin sebagai perdana menteri, siapa yang Tengku Razaleigh mahu lihat menjadi perdana menteri, tambahnya.

“Adakah Mahathir buat kali ke-3? Adakah watak yang sedang menghadapi perbicaraan mahkamah kerana kes-kes korupsi sekarang ini?” katanya, tanpa menamakan siapa watak itu.

Faiz berkata bangsa “kita” tidak akan maju seperti bangsa maju lain jika dilayan suara bekas menteri kewangan itu, yang menurutnya “masih dibuai sentimen dan nostalgia”.

“Kita akan terus berada dalam putaran dendam politik silam dan politik yang berasaskan ketaksuban terhadap personaliti tertentu sahaja,” katanya.

“Kita akan mewarisi “perang” politik orang-orang terdahulu yang banyak merugikan agama, bangsa dan negara.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/ku-li-cuba-runtuhkan-kerajaan-akrab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Cuba Halang Ph Jadi Kerajaan Semula Jawab Pkr Kepada Mahathir

Mahathir Cuba Halang Ph Jadi Kerajaan Semula Jawab Pkr Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 450 hits
PKR mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad cuba menghalang Pakatan Harapan kembali berkuasa Ini selepas Mahathir yang merupakan bekas pengerusi Pakatan Harapan secara terbuka mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mampu memim...
Kerajaan Bn Tak Nak Saya Runding Doj Babitkan Najib Kata Jho Low

Kerajaan Bn Tak Nak Saya Runding Doj Babitkan Najib Kata Jho Low

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 261 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa telah mencapai persetujuan untuk menjual asetnya dan menyelesaikan tuntutan mahkamah 1MDB dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tetapi pentadbiran perdana menteri ketika itu...
Rm600 Untuk Jil T Yang Bawah Kata Seorang Anggota Kerajaan Kepada Gadis Di Sosial Media

Rm600 Untuk Jil T Yang Bawah Kata Seorang Anggota Kerajaan Kepada Gadis Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 411 hits
Media sosial adalah medium yang popular di masa kini Medium yang menghubungkan antara manusia di alam maya tanpa mengira lokasi anda berada Namun penggunaan media sosial boleh menjadi buruk jika disalah guna untuk tujuan memuaskan nafsu Ter...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Pkr Dakwa Mahathir Cuba Gagalkan Usaha Ph Jadi Kerajaan

Pkr Dakwa Mahathir Cuba Gagalkan Usaha Ph Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 232 hits
November 14 2020 Kenyataan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha Pakatan Harapan bagi mendapatkan semula kerajaan kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Aki...
Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

Ph Gagal Ambil Alih Semula Kerajaan Sebab Anwar Tolak Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 362 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menerima penglibatannya dalam rancangan Pakatan Harapan mengambil alih semula Putrajaya menyebabkan usaha itu gagal Usaha untuk tumbangkan kerajaa...
Kerajaan Perpaduan Hanya Muslihat Mahathir Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Hanya Muslihat Mahathir Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 343 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis melihat sokongan berterusan Dr Mahathir Mohamad untuk kerajaan perpaduan hanya muslihat bagi menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania ...
Pemimpin Politik Yang Korup Mudah Jadi Tauladan Dan Menghasilkan Pegawai Kerajaan Yang Juga Korup

Pemimpin Politik Yang Korup Mudah Jadi Tauladan Dan Menghasilkan Pegawai Kerajaan Yang Juga Korup

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 283 hits
Ada sesetengah kes bukan sahaja korup klepto salahguna kuasa tetapi juga ke tahap pengkhianat seperti membolosi pintu sempadan kad pengenalan palsu dan tidak membayar cukai jutaan dan billions Jika masih ada yang bebas mereka yang bermaklum...
Muhyiddin Dapat Sokongan Popular Tetapi Ppbm Kurang Tarikan Pengundi Kata Penganalisis

Muhyiddin Dapat Sokongan Popular Tetapi Ppbm Kurang Tarikan Pengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 186 hits
Ahli PPBM pada konvensyen parti tahun lalu Satu tinjauan pendapat menunjukkan Muhyiddin Yassin popular dalam kalangan pengundi tetapi partinya kurang mendapat sokongan PETALING JAYA Dua saintis politik bersetuju dengan satu tinjauan yang me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching