Krisis Politik Johor Pas Harap Tidak Bubar Dun


ZULHISHAM ISAHAK   Abdullah (tiga dari kiri) menyerahkan gaun isolasi kepada Dr Redzuan sambil disaksikan Khairul Faizi (tengah) iaitu sumbangan Papisma Johor dan Khidmat Malaysia Johor di HSA, Johor Bahru di sini hari ini.   JOHOR BAHRU - Pas Johor berharap pergolakan politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO yang menjadi tunjang gabungan Perikatan Nasional di negeri ini tidak bertambah buruk sehingga mengakibatkan pembubaran serta pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya yakin perkara tersebut dapat dielakkan dan perbincangan antara Pas, Bersatu dan UMNO sedang dilakukan untuk mencapai kata sepakat.

"Kita harap mudah-mudahan tidak berlaku (pembubaran (DUN) dan semua pihak akan meneruskan kerjasama serta mengeratkan lagi perpaduan sedia ada.

"Kita perlu mengekalkan persefahaman walaupun berbeza pendapat. Memang ada beberapa pandangan peribadi atau individu tertentu, tetapi itu bukan daripada pucuk pimpinan parti," katanya.

Beliau yang juga Penasihat Khidmat Malaysia Johor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan peralatan dan pakaian perlindungan diri (PPE) daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Johor serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di Bilik Gerakan Covid-19 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Sumbangan itu antaranya 300 gaun isolasi, 400 pelindung muka dan 5,000 sarung tangan getah disampaikan Pengerusi Papisma Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Timbalan Pengarah HSA, Dr Redzuan Abd Hamid.

Pada 27 April lalu, Setiausaha Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri dalam satu kenyataan mendakwa gabungan itu di Johor dilihat rapuh dan meminta meminta parti lain yang membentuk kerajaan PN agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.

Solihan mendakwa 11 wakil rakyat parti itu serta seorang wakil bebas dalam DUN mempunyai peranan penting untuk menentukan gabungan Perikatan Nasional terus utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.

Susulan itu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Bersatu di negeri itu tidak 'cakap banyak' malah berpendapat lebih baik Sultan Johor membubarkan DUN kerana parti itu tidak ada majoriti dalam DUN.

Bersatu mempunyai 11 kerusi manakala UMNO 16 kerusi DUN di negeri ini.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, Pas Johor akan menjadi perantara untuk mendamaikan dan menenangkan antara dua parti tersebut sebagai penyelesaian terhadap konflik berkenaan.

"Saya akan bertemu Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang pada petang ini berkenaan hal ini.

"Kerjasama antara Bersatu dan UMNO masih baharu, berbeza dengan UMNO dan Pas yang sudah lama menjalinkan persefahaman," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti itu harus sedar dan menghargai pencapaian gabungan tersebut yang sudah berjaya sampai ke tahap membentuk kerajaan secara bersama-sama.

"Kita berjaya membentuk kerajaan dan kekal sebagai (kuasa) dominan Melayu Islam. Kita harap akan dapat terus memerintah dengan baik. Sempena Ramadan ini, diharapkan Bersatu dan UMNO berbaik-baik dan mengeratkan silaturahim," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Bersatu lebih baik bersama PH: Mukhriz

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/krisis-politik-johor-pas-harap-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Johor Tak Yakin Menang Jika Bubar Dun

Pas Johor Tak Yakin Menang Jika Bubar Dun

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 370 hits
Ketika Umno berdegar degar mahu Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan agar mereka boleh sapu bersih dan kembali menguasai kerajaan negeri tanpa Bersatu rakan Muafakat Nasional iaitu Pas seolah olah takut kalah Pas Johor seolah olah tidak y...
Didik Politik Dalam Ramadhan Menurut Anak Presiden Pas

Didik Politik Dalam Ramadhan Menurut Anak Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 440 hits
Tarbiyah siyasiyah dalam bulan RamadanBULAN yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kembali tiba Penghulu segala bulan dan sebaik baik bulan di sisi Allah S W T yang dikurniakan ke atas umat manusia di muka bumi ini Tetamu yang dinanti nant...
Bersatu Jangan Cakap Banyak Kalau Berani Bubarlah Dun Johor

Bersatu Jangan Cakap Banyak Kalau Berani Bubarlah Dun Johor

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 345 hits
Nur Jazlan Mohamad TIMBALAN Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri itu supaya mencermin diri sendiri dahulu sebelum boleh cakap banyak menguar uarkan kepentingan mere...
Sumber Bersatu Sahkan Ada Usaha Singkir Speaker Dun Johor

Sumber Bersatu Sahkan Ada Usaha Singkir Speaker Dun Johor

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 371 hits
Sumber dalaman Bersatu Johor memberitahu wujud usaha mengumpul tandatangan dalam kalangan Adun mereka bagi menyingkirkan speaker DUN negeri itu Suhaizan Kaiat Enggan memberikan butiran lanjut sumber kanan terbabit mengesahkan dakwaan Timbal...
Pas Tegas Mahu Jawatan Speaker Dun Kedah

Pas Tegas Mahu Jawatan Speaker Dun Kedah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 381 hits
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi DATUK Takiyuddin Hassan ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut turut kelihatan Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi dan Timbalan Pesuruhjaya...
Kedudukan Shuizan Kait Speaker Dun Johor Tergugat

Kedudukan Shuizan Kait Speaker Dun Johor Tergugat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 312 hits
Sumber dalaman Bersatu Johor memberitahu wujud usaha mengumpul tandatangan dalam kalangan Adun mereka bagi menyingkirkan speaker DUN negeri itu Suhaizan Kaiat Enggan memberikan butiran lanjut sumber kanan terbabit mengesahkan dakwaan Timbal...
Umno Cabar Bersatu Bubar Dun Jika Berani Jangan Cakap Banyak

Umno Cabar Bersatu Bubar Dun Jika Berani Jangan Cakap Banyak

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 470 hits
MEI KUALA LUMPUR Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri itu supaya mencermin diri sendiri dahulu sebelum boleh cakap banyak menguar uarkan kepentingan mereka dalam gabung...
Kemelut Politik Johor Masa Untuk Ppbm Kembali Bersama Ph

Kemelut Politik Johor Masa Untuk Ppbm Kembali Bersama Ph

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 345 hits
ULASAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor adalah mangsa keadaan percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan Langkah Sheraton Kesan paling malang kepada PPBM Johor adalah hilang kerusi Mente...
Atas Nasihat Polis Harap Tiada Tekanan Politik

Atas Nasihat Polis Harap Tiada Tekanan Politik

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 259 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew menghentikan bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan ketika perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan tetapi beliau akan terus membantu golongan tidak berkemampuan dengan memindahkan wang ke akaun mereka...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia