Didik Politik Dalam Ramadhan Menurut Anak Presiden Pas



Tarbiyah siyasiyah dalam bulan Ramadan

BULAN yang dinantikan oleh seluruh umat Islam kembali tiba. Penghulu segala bulan dan sebaik-baik bulan di sisi Allah S.W.T yang dikurniakan ke atas umat manusia di muka bumi ini.

Tetamu yang dinanti-nantikan ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh umat Islam, menunjukkan iman yang ada dalam hati mereka tidak boleh dipadamkan oleh musuh-musuh Islam.

Anak muda dan Ramadan

Anak-anak muda di seluruh pelosok dunia Islam bergembira dengan ketibaannya walaupun dalam pelbagai ‘style’ pada diri mereka seperti yang seringkali diboleh dilihat sama ada cara pemakaian dan penampilan diri.Sebagai contoh pada bulan Ramadan, masjid-masjid di Turki dipenuhi oleh anak-anak muda. Mereka ini ada yang memakai gelang, rantai dan ‘tatoo’ di badan, walaupun dengan kejahilan tetapi mereka tetap sayangkan Islam.Jangan hukum mereka mengikut zahir, santunilah mereka dengan penuh hikmah dan lembut budi bicara. Kecintaan pada bulan Ramadan pastinya diletakkan oleh Allah ke dalam hati setiap Muslim. Inilah mukjizat Ramadan!Ramadan bulan tarbiyahBulan Ramadan sinonim dengan ungkapan sebagai bulan tarbiyah. Ia adalah bulan ‘tarbiyah jasadiyyah’ dengan ibadah puasa yang diwajibkan untuk mendidik jasad kita supaya menghargai nikmat makan dan minum yang dikurniakan Allah S.W.T.Ramadan adalah bulan ‘tarbiyah ruhiyyah’ dengan segala macam hidangan ibadah-ibadah yang menyucikan rohani daripada sifat-sifat yang keji seperti sombong, angkuh, marah, membazir dan lain-lain lagi.Ramadan adalah bulan ‘tarbiyah jihadiyyah’ kerana seseorang itu berjaya melawan nafsunya untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T dan juga bulan kemenangan kepada umat Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya seperti kemenangan dalam Perang Badar, Pembukaan Makkah dan lain-lain lagi.Ramadan juga ialah bulan ‘tarbiyah siyasiyyah’ (tarbiyah politik) kerana Rasulullah S.A.W telah mengendali urusan-urusan penting dalam politik Islam pada bulan ini, antaranya ialah:Tarbiyah siyasiyyah dalam Perang BadarPerang Badar perlu dilihat dari sudut politik Islam yang lebih luas sama ada sebelum dan selepasnya, bukan sahaja dari sudut peperangan bersenjata semata-mata.Perang pertama dalam sejarah Islam ini berlaku selepas negara Islam dibentuk di Madinah yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah S.A.W.Fatrah (zaman) Madaniyyah ini dilengkapkan dengan penurunan ayat-ayat yang berkait seperti hubungan manusia dengan manusia, khususnya ayat-ayat yang berkait dengan politik pemerintahan, hak-hak orang bukan-Islam dalam negara Islam, hukum-hakam jenayah dan termasuk juga hubungan negara Islam dengan negara bukan-Islam sama ada ketika perang mahupun damai.Dalam tempoh ini, Allah S.W.T menurunkan ayat-ayat yang mengizinkan kepada Nabi S.A.W untuk berperang, seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Perangilah orang-orang Musyrikin keseluruhannya.”
(al-Taubah: 36)Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya; Fiqh al-Jihad dan juga Dr. Haykal di dalam tesis PhDnya, Al-Jihad wa al-Qitaal fi al-Siyasah al-Syari’yyah (Jihad dan Perang Dalam Politik Islam) antara lain menyebut bahawa, dari segi politik Islam, pengisytiharan perang ke atas negara bukan-Islam hanya boleh dilakukan oleh negara Islam.Adapun individu Muslim atau organisasi tidak boleh mengisytiharkan perang ke atas negara bukan-Islam kerana ia salah dari sudut fiqh al-Jihad.Kecuali jika sekiranya negara bukan-Islam menyerang dan menakluk negara Islam, maka setiap orang Islam wajib bangkit untuk mempertahankan diri sebagaimana yang berlaku di Palestin.Inilah apa yang berlaku dalam Sirah Nabawiyyah, di mana Rasulullah S.A.W tidak mengisytihar perang ke atas Musyrikin Makkah semasa Baginda berada di Makkah. Akan tetapi ianya berlaku selepas negara Islam dibentuk di Madinah.Ini adalah satu bentuk tarbiyah siyasiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya yang pilih oleh Allah S.W.T berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini.Antara tarbiyah siyasiyyah yang berlaku pada peperangan ini juga ialah konsep musyawarah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ketika Baginda mahu memutuskan tempat berkubu bagi tentera Islam.Rasulullah S.A.W menerima pandangan salah seorang Sahabatnya kerana melihat ia adalah strategi yang terbaik. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Islam mendahului demokrasi Barat yang memberikan hak kepada rakyat untuk menegur dan memberi pandangan kepada ketua negara.Tarbiyah siyasiyyah dalam Pembukaan MakkahPeristiwa Pembukaan Makkah yang berlaku pada bulan Ramadan, tahun ke-8 Hijrah juga adalah satu contoh tarbiyah siyasiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.Jika sekiranya Perang Badar dilihat sebagai politik perang antara negara Islam dan bukan-Islam, peristiwa Pembukaan Makkah adalah contoh terbaik politik damai mahupun politik matang dan sejahtera yang ditunjukkan oleh Baginda.Ketika itu dan sebelumnya, tamadun-tamadun manusia lain menunjukkan politik dendam ke atas musuhnya setelah satu-satu tempat itu ditakluk, hingga berlakunya pertumpahan darah, perampasan hak dan seumpamanya sebagaimana ditunjukkan oleh tamadun Rom dan Parsi.Ini termasuk juga kuasa-kuasa selepas daripada zaman Islam seperti penaklukan tentera Salib ke atas Baitulmaqdis yang membunuh dan menyembelih penganut-penganut Islam dan Yahudi sebagaimana disaksikan sendiri oleh ahli-ahli sejarah Barat.Begitu juga apa yang dilakukan oleh Kerajaan-kerajaan Kristian ketika merampas Sepanyol dari tangan umat Islam, bukan sahaja mereka dibunuh bahkan kubur-kubur mereka dicungkil untuk memadamkan tanda-tanda kewujudan Islam.Dalam peristiwa Pembukaan Makkah, Rasulullah S.A.W telah menunjukkan budaya politik matang dan berakhlak terhadap negara Makkah yang dibuka oleh Baginda. Tidak berlaku pertumpahan darah dan perampasan hak, walaupun permusuhan begitu ketara di antara mereka.Bahkan Rasulullah S.A.W mengisytiharkan Deklarasi Makkah dengan memberikan pengampunan kepada sebahagian besar penduduk Makkah yang pernah menzaliminya dan orang-orang beriman yang bersama dengan Baginda.Ini adalah kebijaksanaan berpolitik yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W bagi memastikan kestabilan politik berlaku di dalamnya dan pandangan jauh Rasulullah S.A.W dari sudut politik dakwah untuk menarik orang-orang Makkah kepada Islam.Ramadan dan tarbiyah siyasiyyahRamadan adalah bulan yang mendidik umat Islam untuk berpolitik dengan politik Islam. Politik di dalam Islam adalah sebahagian daripada ajaran yang tidak boleh dipisahkan kerana ianya adalah asas dan rukun yang penting di dalam Islam.Al-Imam al-Qurtubi menegaskan di dalam tafsirnya ketika menafsirkan firman Allah S.W.T:“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya aku ingin jadikan di atas dunia ini seorang khalifah.” Malaikat berkata, “Adakah kamu mahu jadikan di atasnya mereka yang melakukan kerosakan dan pertumpahan darah?” Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui”.”
(al-Baqarah: 30)Ayat ini menjadi hujah bahawa politik dan urusan pemerintahan adalah merupakan salah satu rukun-rukun Islam yang penting. (lihat Tafsir Al-Qurthubi)Dalam al-Quran juga menerangkan peranan yang dimainkan oleh Anbiya’ sebagai ahli politik yang mentadbir urusan dunia dengan petunjuk wahyu daripada Allah S.W.T atau menegur dan menasihati pemerintah yang zalim supaya mengikut petunjuk Allah S.W.T.Nabi Daud dan Nabi Sulaiman diceritakan di dalam al-Quran sebagai raja yang adil dan bijaksana yang mentadbir Kerajaan dengan panduan wahyu dari Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud:“Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji bagi Allah yang dengan limpah kurnianya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambanya yang beriman.” Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan Kerajaan) Nabi Daud, dan setelah itu Nabi Sulaiman berkata: “Wahai sekalian rakyat! Kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan). Sesungguhnya yang demikian itu adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”.”
(al-Naml: 15-16)Begitu juga Nabi Yusuf, firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Dan demikianlah caranya kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi (Mesir), ia bebas tinggal di bumi itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Yusuf: 56)Nabi Musa diceritakan dalam al-Quran seperti seorang ahli politik pembangkang yang menegur dan menasihati Firaun supaya telus dan adil di dalam pemerintahannya. Firman Allah S.W.T:“Pergilah kamu berdua kepadanya (Firaun) dan katakanlah sesungguhnya kami adalah Rasul Tuhan kamu, maka lepaskanlah Bani Israel supaya mereka bersama kami dan kamu seksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang dengan ayat (keterangan) Tuhan kamu dan salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk.”
(Taha: 47)Petunjuk Nabawiyyah di atas jelas menunjukkan keprihatinan Rasulullah S.A.W untuk mendidik umat Baginda mengenai politik Islam di sepanjang masa termasuklah di bulan Ramadan.Ia mengajar kita bahawa Islam adalah ugama yang mengikat seseorang dengan tuhannya, bukan sahaja pada ibadah-ibadah Khususiyyah seperti ibadah puasa pada bulan Ramadan, bahkan juga dalam urusan-urusan kehidupan manusia yang lain khususnya politik.Di samping itu juga, kita harus mengambil iktibar dari sudut politik dari peristiwa Pembukaan Makkah dengan keadaan semasa negara di mana PAS telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.Jika Rasulullah S.A.W mampu memberikan contoh terbaik politik matang dan sejahtera yang diaplikasikan ketika peristiwa Pembukaan Makkah, maka kita sebagai umat terkemudian harus mengikuti langkah Baginda untuk memberikan contoh terbaik kepada rakyat jelata betapa indahnya politik Islam.InsyaAllah jika kita mampu memberikan gambaran terbaik dan jelas kepada rakyat jelata mengenai kebaikan dan kemurnian politik Islam, akan hilanglah tanggapan buruk dan jelek yang dipotretkan selama ini ke atas politik dan Kerajaan Islam.Sesungguhnya Ramadan ini adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping untuk menilai kembali perjalanan kita dalam usaha membawa politik Islam ke jalan yang lebih baik.Kita adalah penerus perjuangan Rasulullah S.A.W, oleh itu tunjukkanlah contoh terbaik untuk sekalian rakyat jelata. Buktikan Islam mampu mentadbir dengan baik dan saksama. Jika kita gagal, maka buruklah Islam dan politiknya di mata masyarakat.Ambillah pengajaran dan jadikan segala tarbiyah yang dicoretkan di atas sebagai sandaran perjuangan politik Islam. Jadikan politik matang dan sejahtera sebagai asas berpolitik terbaik untuk menjadi pentadbir di setiap peringkat.Jadikan Ramadan kali ini bulan terbaik untuk mentarbiyah diri, keluarga, masyarakat dan negara. Luaskan skop tarbiyah Ramadan kita, jangan kita putuskan hubungan dengan urusan politik setelah masuknya bulan Ramadan dengan alasan ia adalah bulan tarbiyah rohani untuk menyucikan diri semata-mata.Sesungguhnya Islam adalah cahaya kepada umat manusia dan menjadi asas, pedoman serta meliputi seluruh kehidupan manusia baik ketika hidup di muka bumi ini mahupun setelah diambil nyawanya.Semoga Ramadan kali ini bermanfaat untuk kita semua.“Islam Memimpin Perpaduan”
YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 9/5/2020Perhatian: Tajuk tulisan asal ini sebenarnya ialah 'Tarbiyah siyasiyah dalam bulan Ramadan' oleh penulisnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/didik-politik-dalam-ramadhan-menurut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rohingya Jadi Alat Politik Umno Dan Pas Akhirnya

Rohingya Jadi Alat Politik Umno Dan Pas Akhirnya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 737 hits
Rohingya Jadi Alat Politik UMNO dan PAS Akhirnya Satu masa dahulu heboh PAS dan UMNO berkumpul beramai ramai di Stadium Tasik Titiwangsa pada tahun 2016 untuk membela pendatang Rohingya Kononnya untuk membela nasib pendatang Rohingya yang d...
Normal Baharu Politik K Tan Menurut Zulkifli Mamat

Normal Baharu Politik K Tan Menurut Zulkifli Mamat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 403 hits
Normal baharu politik Kelantan sejak 1959KOTA BHARU Normal baharu politik di negara ini lebih awal berlaku di Kelantan pada 1959 apabila rakyat negeri itu membuat perubahan politik yang berbeza berbanding negeri negeri lain Pengarah Uruseti...
Anak Menantu Presiden Umno Didakwa Selasa Ini

Anak Menantu Presiden Umno Didakwa Selasa Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 400 hits
ANAK Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Nurul Hidayah dan suaminya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan akan dituduh di mahkamah Selasa ini Pengarah Jabatan Siasatan Jen...
Naib Presiden Pas Terkena Pukauan Mca Tertelan Kail Umno

Naib Presiden Pas Terkena Pukauan Mca Tertelan Kail Umno

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 313 hits
ARIF ATAN Pemimpin kanan sebuah parti berlabel Islam sepatutnya membawa idea idea keharmonian dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin Walau bagaimanapun katanya ap...
Rohingya Apa Pandangan Presiden Pas

Rohingya Apa Pandangan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 307 hits
Pendatang Rohingya Antara agama kemanusiaan dan politikISU semasa yang melibatkan pelarian Rohingya perlu dilihat dengan cara yang menyeluruh bukan secara serpihan Dunia pernah menghadapi isu Palestin Kashmir Bosnia dan lain lain bukan saha...
Takziah Keluarga Almarhum Ismail Kamus Presiden Pas

Takziah Keluarga Almarhum Ismail Kamus Presiden Pas

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato Ustaz Ismail Kamus berikutan pemergian beliau ke rahmatullah pada jam 12 30 pagi tadi Rasa sedih menyelubungi suasana ten...
Betong Jual Biskut Bersama Anak Didik Luar Bandar

Betong Jual Biskut Bersama Anak Didik Luar Bandar

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 256 hits
Pendekatan yang diambil Mohamed Aiman Bujang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada anak anak muridnya lebih lebih lagi setelah mereka menamatkan zaman persekolahan pada satu hari kelak Gambar Astro AWANIGuru kongsi rezeki jual bi...
Krisis Politik Johor Pas Harap Tidak Bubar Dun

Krisis Politik Johor Pas Harap Tidak Bubar Dun

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 334 hits
Abdullah menyerahkan gaun isolasi kepada Dr Redzuan sambil disaksikan Khairul Faizi iaitu sumbangan Papisma Johor dan Khidmat Malaysia Johor di HSA Johor Bahru di sini hari ini JOHOR BAHRU Pas Johor berharap pergolakan politik antara Parti ...
Didik Anak Dengan Keras Atau Lembut Ini Yang Ibu Ayah Kena Faham Bukannya Ikut Orang

Didik Anak Dengan Keras Atau Lembut Ini Yang Ibu Ayah Kena Faham Bukannya Ikut Orang

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 326 hits
Didik anak dengan keras atau lembut Ini antara persoalan yang selalu dibangkitkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak Ada yang bersetuju didik anak dengan tegas agar anak boleh jadi orang Ada pula yang lebih menggunakan pendekatan berlembu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun