Umno Minta Nyawa Daripada Dap Selamatkan Kerajaan Melaka Dedah Rauf


 
Ab Rauf Yusoh berkata beliau mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, selain menawarkan beberapa penyelesaian. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘meminta nyawa’ dengan DAP bagi menyelamatkan kerajaan negeri Melaka daripada runtuh, malam sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan.
Ab Rauf berkata beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, selain menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak parti seteru mereka itu.
“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.
“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya dalam wawancara secara langsung maya Sinar Harian, petang tadi.
Isnin lalu, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron bersama tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali.
Tiga ADUN terbabit adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ketika mengulas lanjut, berkata perlu diperjelaskan bahawa beliau bukan mewakili kerajaan negeri, sebaliknya mewakili parti.
“Ini bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.
Beliau berkata, beliau berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP atas dasar turut mewakili Barisan Nasional (BN) negeri dengan pertemuan diatur oleh seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan.
“Saya menawarkan seperti mana diputuskan dalam sidang dewan yang lepas, yang mana YAB KM (Ketua Menteri) menawarkan kumpulan parti pembangkang ini jadi rakan strategik untuk membina semula Melaka dan tawaran itu dibuat secara rasmi dalam sidang DUN baru lepas,” katanya.
Bagaimanapun, perundingan bersama DAP itu tidak membuahkan hasil yang diharapkan walaupun usaha ‘memujuk’ dibuat, sambil menyatakan kesediaan kerajaan negeri bersama pembangkang untuk bersama-sama membangunkan negeri berkenaan, selain mengelak ketidakstabilan politik.
“Kenapa kita nak runtuhkan kerajaan negeri, dan kenapa tidak kita bersama-sama (merujuk kepada DAP) dengan tawaran yang dibawa Ketua Menteri supaya kita dapat duduk?
“Saya katakan kepada beliau (pimpinan DAP), saya ‘hope for the best’ (berharap yang terbaik), untuk kita duduk bersama-sama dan tidak menjejaskan kestabilan politik negeri memandangkan suka tidak suka pilihan raya umum pasti akan berlaku tidak berapa lama lagi,” katanya.
Katanya, beliau mengetahui gerakan yang sedang diatur empat ADUN terbabit dan mendakwa turut melihat kandungan akuan berkanun (SD) yang antara lain membabitkan lantikan seorang bekas Ketua Menteri kembali dilantik ke jawatan itu.
“Jadi, dalam perbincangan tersebut (bersama DAP), (telah dikatakan) jangan kita rosakkan kerajaan negeri ini kerana kita berada dalam suasana pandemik yang baharu masuk fasa tiga, rakyat baharu nak pulih kehidupan, dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata, ‘serangan hendap’ dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan negeri tidak mencerminkan pementeraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, dilaksanakan di peringkat negeri.
“Tetapi mengapa kita perlu gegarkan politik Melaka ini dengan gerakan serang hendap terancang, dan saya berterus terang memang ada perbincangan (bersama DAP) saya secara tidak rasmi pada malam sebelum hari kejadian,” katanya.
Ab Rauf berkata, malangnya tawarannya berdamai tidak disambut.
“Jika disambut tidak berlaku agenda serang hendap pada hari Isnin. Apa yang berlaku pada Isnin bukan berlaku dalam sekelip mata, ia sudah dirancang begitu rapi,” katanya.
Mengulas berkenaan perancangan Umno dan BN Melaka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata sekiranya mahu menang kembali, Umno dan BN negeri memerlukan bilangan kerusi mencukupi.
“Dalam politik seninya ada 1,001 kemungkinan. Saya tidak menolak Melaka ini dijadikan PRN contoh, menjurus PRU akan datang dalam bentuk gabungan parti yang mahu bersama-sama dengan Umno atau umno berdiri dengan sendirinya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/umno-minta-nyawa-daripada-dap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rauf Sahkan Umno Berunding Dengan Dap Di Melaka Diarah Parti

Rauf Sahkan Umno Berunding Dengan Dap Di Melaka Diarah Parti

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 593 hits
UMNO mengesahkan mengadakan rundingan dengan parti DAP terlebih dahulu untuk menyelamatkan kerajaan yang diterajui parti itu di Melaka tetapi tawaran tersebut ditolak oleh parti komponen blok pembangkang Pakatan Harapan itu Pengerusi Badan ...
Report Melaka Dap Chief Claims Umno Sought Its Support To Keep Sulaiman As State Chief Minister

Report Melaka Dap Chief Claims Umno Sought Its Support To Keep Sulaiman As State Chief Minister

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 271 hits
Melaka state assembly speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh reached out to DAP to consolidate support for Umno s Datuk Seri Sulaiman Md Ali in a last minute attempt to prevent the state government s collapse according to Tey Kok Kiew The Malaysi...
Umno Tak Hebat Mana Pun Minta Tolong Dap Di Melaka

Umno Tak Hebat Mana Pun Minta Tolong Dap Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 300 hits
TAJUK satu laporan di sebuah portal berita berbunyi UMNO MINTA NYAWA DARIPADA DAP SELAMATKAN KERAJAAN MELAKA RAUFhttps www freemalaysiatoday com category bahasa tempatan 2021 10 06 umno minta nyawa daripada dap selamatkan kerajaan melaka de...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 260 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Umno Ajak Berbincang Di Ambang Tumbang Kata Dap Melaka

Umno Ajak Berbincang Di Ambang Tumbang Kata Dap Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 577 hits
malaysiakini comSumber dalaman DAP mengesahkan parti itu dihubungi oleh Umno Melaka sebelum Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri Kata sumber yang dekat dengan kejadian itu tiada sebarang perset...
Akhirnya Idris Tiga Adun Tarik Sokongan Kerajaan Umno Berakhir Di Melaka

Akhirnya Idris Tiga Adun Tarik Sokongan Kerajaan Umno Berakhir Di Melaka

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 238 hits
WALAUPUN sebelum ini dua daripada empat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka menafikan dengan tegas mereka akan menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali namun semua itu hanyalah penafian politik Hari ini dua daripad...
Rentasan 983 Dedah Penyelewengan Dan Penipuan Kerajaan Melaka Idris H

Rentasan 983 Dedah Penyelewengan Dan Penipuan Kerajaan Melaka Idris H

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 202 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9831 KECOH LOMPAT PARTI DAN DUN MELAKA BUBAR 2 PENYELEWENGAN PUNCA ADUN MELAKA MELOMPAT 3 JANA LABA ATAS DERITA ORANG LAIN ADALAH PENGKHIANAT 4 PERIKATAN NASIONAL BANTAH TIMBALAN SPEAKER KETIGA
What Happened To No Anwar No Dap Sacked Rep Idris Haron Asks After Melaka Umno Leaders Ask Pakatan For Help

What Happened To No Anwar No Dap Sacked Rep Idris Haron Asks After Melaka Umno Leaders Ask Pakatan For Help

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 286 hits
Umno should take action against its Melaka liaison chairman and deputy chairman who sought to join hands with its political foes from Pakatan Harapan just to keep the state government under Datuk Seri Sulaiman Md Ali afloat former party man...
Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 295 hits
Mohd Amin Jalilam hmetro com mySeremban Umno akan menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut