Kepimpinan Ketua Menteri Melaka Jadi Boneka Individu Tertentu Kata Adun


BERNAMA

Idris berkata beliau mempunyai masalah dengan kepimpinan yang menjadi boneka kepada individu tertentu sehingga exco tidak dapat jalankan peranan.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali. Gambar: Facebook Sehari selepas mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap ketua menteri Melaka, Idris Haron dan dua lagi exco kerajaan Melaka menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian, yang secara tidak langsung mencetuskan krisis politik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang itu mendakwa terdapat campur tangan individu tertentu sehingga menyebabkan exco kerajaan negeri tidak dapat menjalankan peranan dan fungsi mereka kepada rakyat.
Bekas exco pembangunan daerah, luar bandar, pengurusan banjir dan teknologi hijau negeri itu berkata semua perkara yang dirujuk kepada Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali untuk tindakan tidak dapat diputuskan beliau, sebaliknya perlu dirujuk kepada pihak berkenaan.
“Saya tidak ada masalah dengan Sulaiman… beliau seorang yang baik dan menghormati semua orang tetapi saya mempunyai masalah dengan (kepimpinan) ketua menteri melaka yang menjadi boneka kepada individu berkenaan.
“Saya ada masalah dengan (kepimpinan) ketua menteri yang terpaksa merujuk keputusan kepada seseorang yang lain. Kita ada 10 exco kerajaan negeri dan kita mempunyai hak untuk membuat keputusan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media hari ini.
Hadir sama Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang merupakan bekas exco pertanian, penternakan, pembangunan usahawan dan koperasi, dan Adun Telok Mas Noor Effandi Ahmad yang juga bekas exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan).
Sementara itu, Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan tidak menghadiri sidang media itu kerana dikhabarkan kurang sihat.
Idris berkata situasi itu menjejaskan peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana banyak keputusan tidak dapat dilaksanakan, sekali gus memberi impak negatif kepada Melaka terutama membabitkan pembangunan dan ekonomi negeri.
Ketika ditanya tentang ura-ura beliau akan dilantik semula sebagai ketua menteri Melaka di bawah kepimpinan Pakatan Harapan, Idris berkata hal itu bukan keutamaan mereka ketika ini, sebaliknya usaha membentuk kerajaan negeri baharu lebih penting.
“Semua Adun dalam PH berpotensi menjadi ketua menteri Melaka dan setakat ini saya tidak mencalonkan diri saya dan kami tidak bercerita tentang isu ini,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Idris mendakwa dua lagi Adun Umno akan menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan kerajaan negeri Melaka.
Rentetan pengumuman empat Adun berkenaan, Sulaiman dilaporkan menghantar surat kepada Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam semalam bagi memaklumkan kedudukan itu dan meminta perkenan untuk pembubaran DUN.
Speaker DUN Melaka Ab Rauf Yusoh hari ini berkata Mohd Ali telah membuat pertimbangan dan bersetuju DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 Adun yang terdiri daripada 14 Adun Umno, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kepimpinan-ketua-menteri-melaka-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi Umno

Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi Umno

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 356 hits
MELAKA Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron secara jelas mengakui dirinya marah kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh sehingga bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Dakwa beliau dirinya marah denga...
Kerajaan Melaka Tumbang Ph Melaka Akan Menghadap Tyt Belum Bincang Calon Ketua Menteri

Kerajaan Melaka Tumbang Ph Melaka Akan Menghadap Tyt Belum Bincang Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 272 hits
MELAKA Pakatan Harapan Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti Ia susulan tindakan berpaling tadah empa...
Awani Ringkas Ph Melaka Tolak Ketua Menteri Caretaker

Awani Ringkas Ph Melaka Tolak Ketua Menteri Caretaker

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 370 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S
Tak Sesuai Prn Di Melaka Beri Laluan Idris Jadi Ketua Menteri

Tak Sesuai Prn Di Melaka Beri Laluan Idris Jadi Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 219 hits
Secara prinsipnya kerajaan negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali sudah pun tumbang berikutan penarikan sokongan 4 Adunnya hari ini Adun yang mengumumkan menarik sokongan itu adalah Idris Haron Nor Azman Hassan Norhizam Hassan Baktee dan No...
Ph Tolak Sulaiman Sebagai Ketua Menteri Caretaker Melaka

Ph Tolak Sulaiman Sebagai Ketua Menteri Caretaker Melaka

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 595 hits
Majlis Presiden meneliti kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka semalam khusus berhubung penamaan Datuk Seri Utama Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri yang mengetuai Kerajaan caretaker Melaka Dalam kenyataan tersebut Setiausaha Kerajaan...
Ketua Menteri Sementara Melaka Sepatutnya Dari Blok Ph Plus

Ketua Menteri Sementara Melaka Sepatutnya Dari Blok Ph Plus

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 161 hits
Ketua Menteri Sementara Melaka sepatutnya dari blok PH PlusOleh October 13 2021Penamaan Datuk Seri Utama Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Kerajaan caretaker Melaka oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka kelmarin tidak sewajarnya berlaku M...
Empat Adun Umum Hilang Kepercayaan Kepada Km Melaka

Empat Adun Umum Hilang Kepercayaan Kepada Km Melaka

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 213 hits
Amir Mamatam hmetro com myMelaka Empat Adun kerajaan sebentar tadi mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron Datuk Nor Azman Hassan Datuk Noor Effandi Ahm...
Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

Keahlian Adun Umno Terbabit Jatuhkan Kerajaan Melaka Terbatal Automatik

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 306 hits
Mohd Amin Jalilam hmetro com mySeremban Umno akan menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasa...
Ph Sahkan Sedia Terima 4 Adun Jadi Punca Krisis Melaka

Ph Sahkan Sedia Terima 4 Adun Jadi Punca Krisis Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 215 hits
agendaily com7 10 2Pakatan Harapan Pakatan Harapan mengesahkan kesediaan menerima sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca krisis politik di Melaka untuk membentuk satu kerajaan baharu dengan melantik seorang Ketua Mente...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin