Kpkt Serah Kepada Keluarga Adib Untuk Saman Polis


Bernama Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata keluarga Muhammad Adib berhak mendapat keadilan di atas kematiannya.

"Keluarga Muhammad Adib tidak berjumpa dengan saya, cuma dia (keluarga) dan rakyat inginkan keadilan bagi Adib.

"Kita tidak tahu sebab kematian, sebab itu kita perlukan keadilan," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini pada Ahad.  Jumaat lalu, media melaporkan keluarga Muhammad Adib akan mengambil tindakan sivil bagi menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba berumur 24 tahun itu pada 17 Dis 2018 setelah parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. Ditanya sama ada KPKT menyokong tindakan keluarga Muhammad Adib itu, Ismail berkata pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada undang-undang.

Menyentuh mengenai cadangan KPKT untuk meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan, beliau berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat kementerian.

Tanpa mengulas hasil perbincangan itu, Ismail berkata kenaikan elaun tersebut adalah wajar kerana anggota bomba terbabit menjalankan kerja kira-kira lapan jam sehari dengan elaun RM6 sejam berbanding pasukan lain seperti Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang mendapat RM8.

"Kita bukan nak mendesak kerajaan, kita tahu kerajaan perlukan kewangan tetapi atas tanggungjawab kita sebagai kementerian, maka kita wajar membela pasukan bomba bantuan ini," katanya.

Bulan lepas, Ismail berkata KPKT akan membawa cadangan meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan untuk dibincangkan di peringkat kabinet.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/kpkt-serah-kepada-keluarga-adib-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Akan Teliti Tuntutan Saman Keluarga Adib Kata Kpn

Polis Akan Teliti Tuntutan Saman Keluarga Adib Kata Kpn

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 425 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya juga bersedia menerima tindakan sivil daripada mana mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim KUALA LUMPUR...
Keluarga Adib Mahu Mulakan Tindakan Sivil Terhadap Polis

Keluarga Adib Mahu Mulakan Tindakan Sivil Terhadap Polis

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 348 hits
Peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata keluarga Adib akan memfailkan saman menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian beliau PETALING JAYA Peguam me...
Polis Disaman Keluarga Adib

Polis Disaman Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 333 hits
Polis Disaman Keluarga Adib Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan kegagalan dan kecuaian polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu Bapa allahyarham Mohd Kassim Ab...
Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 347 hits
Perubahan politik dari kerajaan PH kepada kerajaan pro Melayu Perikatan Nasional tidak memudahkan urusan mengenal pasti pembunuh anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang mati dalam rusuhan di sebuah kuil di Selangor pada 201...
Naratif Dakwa Adib Tak Dibunuh Salah Tidak Adil Pada Keluarga

Naratif Dakwa Adib Tak Dibunuh Salah Tidak Adil Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 305 hits
Harap polis terus usaha tangkap pembunuh walaupun sukar BANGI Usaha menuntut keadilan di atas kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mesti diteruskan meskipun menemui jalan sukar serta memakan tempoh masa yang lama Jus...
Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 595 hits
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kematian anggota bomba ber...
Saksi Utama Kes Adib Ubah Pengakuan Kepada Polis

Saksi Utama Kes Adib Ubah Pengakuan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 464 hits
Ketika banyak pihak ternanti nanti perkembangan siasatan kes pembunuhan Muhammad Adib Mohd Kassim polis hari ini memberitahu seorang saksi penting mengubah keterangannya Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed per...
Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 434 hits
MALAYSIAKINIPasukan Kajian Semula berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim bukan bermakna tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner dalam inkues menyiasat punca kematian anggota bomba itu kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Abd...
Georgetown Penemuan Tulang Manusia Polis Tunggu Dna Keluarga

Georgetown Penemuan Tulang Manusia Polis Tunggu Dna Keluarga

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 619 hits
Penemuan tulang manusia longgokan pakaian dipercayai berkait kes kehilangan Anna JenkinsPolis mengesyaki penemuan tulang manusia oleh seorang lelaki pada 24 Jun lalu mempunyai hubung kait dengan salah satu kes orang hilang melibatkan warga ...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut