Kota Dan Istana Raja Melayu Bagaimanakah Pihak Berwajib Menanganinya


Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?

Foto 1: Binaan batu bata di Sungai Batu, Merbuk Kedah merupakan tapak arkeologi terawal di Asia Tenggara dibina sekitar 100 Masihi. Jika pengetahuan binaan kota batu bata telah wujud pada 100M kenapa di dalam teks sejarah wujud dakwaan kota-kota dahulu dibina dari kayu dan buluh? Hanya setelah kedatangan Portugis kota batu dibina, seolah-olah kita belajar dari pihak penjajah!? Tidak logik jika pada 100M sudah ada binaan batu bata tetapi pada 1500M masih berkotakan kayu.

Foto 2: Peta lama bertarikh 1598 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004) menunjukkan kota-kota yang wujud di sepanjang pantai semenanjung tanah air kita. Dimanakah kota-kota tersebut sekarang?

Foto 3: Kampong Kota di Beruas, Perak di mana terdapatnya makam purba raja Melayu yang bernesankan Batu Acheh terukir ayat Al Quran. Kenapa sejarah mainstream menjunjung pengaruh Hindu-Budha di Bruas Gangga Negara, tetapi kisah rajanya yang beragama Islam seolah-olah diketepikan sahaja?

Foto 4: Istana Raja Bersiong di Kepala Batas Alor Star Kedah. Istana yang didakwa asalnya milik Raja Bersiong kemudian diwarisi oleh Tengku Kudin. Lihat sahajalah terbiar dan turut dijadikan tempat pembuangan sampah. Kenapa Kelly Castle dipelihara, tetapi Istana Raja Bersiong ini terbiar hina sebegini rupa?

Foto 5: Gambar ini didakwa sebagai Istana Sultan Ismail di Belanja Perak. Gambar ini berjaya mencetuskan persepsi Melayu itu berdinding buluh dan beratap rumbia. Adakah ini sebenarnya istana atau sekadar tempat persinggahan atau pondok di dalam dusun atau tempat persembunyian ketika diburu penjajah? Jika sememangnya istana tempat bersemayam, bagaimana agaknya kalau gajah baginda yang berpuluh ekor itu menggeselkan badan pada dinding istana tersebut? Bagaimana agaknya kalau baju besi baginda digantung pada dinding istana tersebut?

Foto 6: Kota Ngah Ibrahim di Matang, Perak. Pernah dijadikan markas oleh Inggeris dan Jepun. Menjadi mahkamah untuk mengadili mereka yang dituduh terlibat dengan pembunuhan J.W. Birch, mungkin disebabkan itu ianya masih kekal tidak diruntuhkan
.
Foto 7: Kota Long Jaafar di Bukit Gantang, Perak. Terbiar bersemak tanpa penjagaan rapi. Menurut sejarah mainstream, Long Jaafar merupakan Penghulu Larut yang kaya raya serta kekayaannya itu mengatasi kekayaan Sultan Perak pada ketika itu. Persoalannya, logik kah penghulu lebih kaya dari sultan pada masa tersebut, dan logik kah seorang penghulu memiliki sebuah kota yang dilengkapi dengan meriam?

Foto 8: Kota Kuala Muda, sebahagian kecil sahaja sisa binaan kota yang masih tinggal. Terdedah kepada vandalism dan pencerobohan, diharapkan symbol-simbol yang masih ada dapat kekal untuk tatapan generasi akan datang
.
Foto 9: Kota Kuala Kedah, lihatlah keunikan senibinanya. Pernah dijadikan markas Inggeris dan mungkin disebabkan itu ianya selamat dari diruntuhkan sama seperti Kota Ngah Ibrahim yang pernah dijadikan markas Inggeris
.
Foto 10: Kota Star, binaan asalnya pernah dirobohkan atas alasan untuk membina Wisma Persekutuan. Logikkah alasan tersebut diberikan dalam masa yang sama Kota A Famosa dipertahankan? Namun begitu replica kota tersebut dibina semula pada tahun 2008 tetapi didapati berlaku sedikit perubahan pada corak ukiran pada kota
.
Foto 11: Kota Indera Kayangan, tapak kota telah diratakan dan dijadikan tempat parking kereta untuk pelawat yang berkunjung ke Muzium Kota Indera Kayangan. Logikkah tapak sebuah kota dijadikan tempat parking kereta?

Foto 12: Istana Nagara, foto ini diambil pada 1897 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004). Lihat la seni binaannya yang jelas bermotifkan Merong dan Teratai. Telah dirobohkan pada 1930 dan diganti dengan istana yang baru di atas tapak asal yang kemudiannya dikenali sebangai Istana Iskandariah. Kenapa istana secantik ini dirobohkan, tiada lagikah tapak lain selain dari tapak binaan asal untuk dibina istana baru? Kenapa sejarah mainstream cuba melenyapkan maklumat tentang istana ini? Kenapa istana ini diberi nama Istana Nagara? Nagara manakah yang dimaksudkan?

Banyak lagi kota-kota dan istana lain yang tidak dipaparkan disini, apa yang dipaparkan sebagai bahan untuk dikongsi dan difikirkan bersama. Jika Melayu mempunyai kota maka ini amat bertentangan sekali dengan momokan selama ini apabila Melayu dikaitkan dengan rumah kayu beratap rumbia. Jika Melayu memiliki kota, kemanakah perginya pewaris kota tersebut? Jika pewaris sebenar kota tersebut adalah mereka yang berkuasa sekarang, adalah tidak logik jika mereka yang berkuasa ini membiarkan sahaja kota warisan nenek moyang mereka terabai, dirobohkan dan dilenyapkan begitu sahaja. Jadi siapakah sebenarnya yang empunya dan pewaris sebenar kota-kota tersebut?
kredit untuk penulis artikel asal  catitan santaiPerkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://arizwanmerahs.blogspot.com/2015/05/kota-dan-istana-raja-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Kampung Lawan Melayu Kota

Melayu Kampung Lawan Melayu Kota

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 238 hits
Secara kasar terdapat 125 kerusi Parlimen yang dapat dianggap sebagai kerusi pedalaman daripada keseluruhan 222 kerusi 78 kerusi tersebut majoritinya pengundi Melayu Jumlah pengundi tersebut jika dicampur tambah hanyalah mewakili 30 daripad...
Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com1 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang di Dataran Sadiman Bukit Changgang di Sepang malam tadi Gambar Agenda DailyDAP parti gabungan yang membentu...
Dah Tu Hang P La Lawan Walau Negeri Dap Sekali Pun Masuk La Lawan Di Penang Ka Di Negeri Melayu Mana Ka

Dah Tu Hang P La Lawan Walau Negeri Dap Sekali Pun Masuk La Lawan Di Penang Ka Di Negeri Melayu Mana Ka

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 161 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata DAP telah mencapai agendanya untuk menembusi negeri negeri Melayu dengan menggunakan orang Melayu di dalam Pakatan Harapan Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional negeri be...
Saksikan Kedaifan Nelayan Melayu Berkunjunglah Ke Bagan Datuk Shamsul

Saksikan Kedaifan Nelayan Melayu Berkunjunglah Ke Bagan Datuk Shamsul

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 112 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah di puncak kerjayanya sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Dengan jawatan setinggi itu sesiapa yang akan berkunjung ke kubu kuatnya di parlimen Bagan Datuk pasti merasa...
Wirawati Melayu Pemimpin Tentera Wanita Seri Wijayamala

Wirawati Melayu Pemimpin Tentera Wanita Seri Wijayamala

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 188 hits
Assalamu Alaikum Tersebutlah sebuah kesah yang menjadi lagenda Bangsa Melayu Kisah kepahlawanan Puteri Melayu yang berani dan tegas Beliau ialah yang digelar Cik Siti Wan Kembang I pengasas dan pemerintah kerajaan Serendah Sekebun Bunga pad...
Dap Perguna Melayu Untuk Tembusi Negeri Dikuasai Melayu Mb Kedah

Dap Perguna Melayu Untuk Tembusi Negeri Dikuasai Melayu Mb Kedah

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 154 hits
agendaily com03 11 2022Calon Perikatan Nasional Sabri Azit akan berdepan calon Melayu daripada DAP di Parlimen Jerai Kedah pada PRU 15 ini Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata DAP telah mencapai agendanya untuk mene...
A Samad Said Pejuang Kesusasteraan Melayu

A Samad Said Pejuang Kesusasteraan Melayu

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 125 hits
Siapa yang tidak kenal dengan sasterawan negara Datuk A Samad Said Seorang sasterawan yang penuh kontroversi Beliau pernah meledakkan kejutan dengan mogok seni lebih sepuluh tahun lalu dan tidak kurang pula dianggap oleh sesetengah pihak se...
Duduk Oversea Tetap Kena Pandai Cakap Melayu Dr Amalina Ajar Anak 4 Bahasa

Duduk Oversea Tetap Kena Pandai Cakap Melayu Dr Amalina Ajar Anak 4 Bahasa

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 154 hits
Selepas bersalin pada Oktober lalu pakar bedah kelahiran Malaysia yang terkenal Dr Amalina Che Bakri tak lokek berkongsi tip bersalin penjagaan dalam pantang dan ilmu keibubapaan kepada pengikutnya Malah rata rata pengikut Dr Amalina juga s...
Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem

Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com1 11 2022DAP yang turut disokong AMANAH menerusi pemimpin veterannya Lim Kit Siang memberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar Ketuanan Malaysia menggantikan Ketuanan Melayu Veteran DAP Lim Kit Sian...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya