Melayu Kampung Lawan Melayu Kota


 


Secara kasar, terdapat 125 kerusi Parlimen yang dapat dianggap sebagai kerusi pedalaman daripada keseluruhan 222 kerusi. 78 kerusi tersebut majoritinya pengundi Melayu. Jumlah pengundi tersebut jika dicampur tambah hanyalah mewakili 30% daripada seluruh populasi negara.
Ketaksamaan ini menggambarkan bagaimana orang Melayu kota, serta bukan Melayu secara umumnya, tidak diwakili secara saksama dalam sistem pilihan raya. Di kerusi-kerusi kampung inilah parti tertentu menguasai dan boleh memperolehi setinggi 133 kerusi Parlimen yang mana selebihnya lagi milik mereka yang tinggal di bandar. Kebanyakan kerusi-kerusi ini terletak di Pahang, Perak, Johor, Kedah, dan Pantai Timur Semenanjung. Kita tidak membincangkan kedudukan Borneo, kerana kedudukan mereka agak khas. Kita bercakap dulu mengenai Melayu kampung dan Melayu kota. Punyalah bobrok sistem sedia ada, 30% peratus menjadi ‘majoriti’ berbanding 70%.
30% di kampung inilah yang ‘memilih’ maju mundurnya sistem pengangkutan di kota. 30% di kampung inilah yang memilih pemimpin yang peduli atau tidak dengan nasib belia. 30% di kampung inilah yang memilih sistem kesihatan untuk seluruh rakyat. Punyalah bobrok sistem sedia ada, 30% menjadi ‘majoriti’ berbanding 70%.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu desa meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan ekonomi kita memburuk lantas berlaku inflasi. 30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu kampung meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan anak-anak kita keciciran dalam bidang pendidikan. 30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu pedalaman yang meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan rasuah bermaharajalela dan perasuah bermahalela raja. 30% pengundi inilah yang mana kebanyakannya Melayu desa meletakkan negara kita dalam ‘tebusan’ apabila melantik pemimpin pincang dan tidak peduli, sehingga membiarkan tatakelola pentadbiran di Malaysia diketawakan dunia.
30% jumlah pengundi inilah yang percaya hak-hak istimewa orang Melayu sedang ditelanjangkan padahal kita Melayu dalam keadaan bertanjak dan berbaju songket. 30% jumlah pengundi inilah yang percaya ketuanan Islam akan berkaki ayam padahal dalam keadaan bersandal tatah permata. 30% jumlah pengundi inilah yang percaya kedudukan raja-raja Melayu tergugat padahal dalam keadaan mereka berpayungan emas.
30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ dengan feudalisme yang mana pemimpin adalah ‘tuhan’ di permukaan kebun, estet, jala pukat, biji koko, daun ketum, tali air, dan dusun durian. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa kita mesti menciumi kura tangan pemimpin padahal pemimpin itulah yang bekerja untuk mereka. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa kes-kes di mahkamah berkait pemimpin rasuah itu palsu dan penipuan, tanpa diri sedar diri mereka dirompak terang-terangan. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa siapa yang mereka pilih tidak menjejaskan hidup kita di bandar dan kota. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa ada parti ‘komunis Cina’ sedang bertanding dalam PRU. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ bahawa ada parti mempromosikan pesta arak, LGBT, dan mendamba ‘cara hidup liberal’. 30% jumlah pengundi inilah yang ‘beriman’ dengan pemimpin sang kleptokrat.
30% ini ternyata tidak mewakili negara ini. Punyalah bobrok sistem sedia ada, 30% menjadi majoriti berbanding 70%.
Akan tetapi tidaklah mustahil 70% mengatasi 30%; ini kerana 70% memang pun ramai. 70% jumlah besar. 70% ini hanya perlu pulang dan meletakkan kasad dan kehendak yang jitu untuk membetulkan ketidaksamaan ini. 70% ini perlu merebut kembali ‘hak’ mereka yang ditelan 30%. 70% pengundi ini perlu menafikan penyelewengan berleluasa di Putrajaya. 70% pengundi ini perlu memberitahu 30% pengundi yang selama ini menentukan nasib mereka di bandar.
Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa sengsaranya hidup di bandar dengan kos sara hidup yang naik. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita mementingkan penerokaan dan pembangunan bidang pendidikan. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita ingin memberdaya belia. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita mesti memantapkan perlindungan bencana di kala gugatan perubahan iklim. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa dengan kuasa bersama kita juga dapat memperkasa Sabah dan Sarawak. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita inginkan kehormatan untuk penjawat awam. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita ingin mengangkat kaum wanita. Beritahukan 30% pengundi Melayu di kampung betapa kita ingin memberi kepada mereka yang kurang upaya.
Demi menjayakan matlamat kesentosaan ini kita mesti memberitahu pengundi Melayu di kampung yang 30% kita mahu meningkatkan daya saing rakyat dan paling utama membanteras ke akar umbi rasuah dan korupsi kerana ia merupakan racun kepada kesentosaan nusa bangsa.
Caranya, 70% pengundi hendaklah mencelupkan jari dalam botol dakwat pada 19 November 2022 dan memangkah dengan bijaksana. Caranya baik apa pun, hujan badai ribut dan basah kuyup; 70% mestilah bertahan dan beratur untuk masuk ke pusat pengundian seawal mungkin. Caranya 70% hendaklah turun beramai-ramai sejak pagi. Caranya 70% yang otomatis boleh mengundi seawal usia 18 tahun hendaklah melaksanakan tanggungjawab sejujurnya.
30% pengundi Melayu di desa tidak mewakili negara ini. Kita beritahukan mereka yang 30%, tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan pilihan 70%, kerana inilah demokrasi yang sihat. 60 tahun kita ‘membiarkan’ 30% memilih sesukanya, mengapa mereka tidak boleh memberi kita yang 70% peluang untuk menentukan juga nasib kita, iaitu nasib negara. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/melayu-kampung-lawan-melayu-kota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Tu Hang P La Lawan Walau Negeri Dap Sekali Pun Masuk La Lawan Di Penang Ka Di Negeri Melayu Mana Ka

Dah Tu Hang P La Lawan Walau Negeri Dap Sekali Pun Masuk La Lawan Di Penang Ka Di Negeri Melayu Mana Ka

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 156 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata DAP telah mencapai agendanya untuk menembusi negeri negeri Melayu dengan menggunakan orang Melayu di dalam Pakatan Harapan Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional negeri be...
Dia Nak Bagi Tau Mb Amiruddin Tak Pandai Buat Kerja La Tu Nanti Amiruddin Lawan Ko Kat Gombak Ya

Dia Nak Bagi Tau Mb Amiruddin Tak Pandai Buat Kerja La Tu Nanti Amiruddin Lawan Ko Kat Gombak Ya

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 136 hits
REEN N GASTON Terpulang kpd rakyat saya di mana pun boleh kita kalau benih yg subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung kata Azmin menjawab soalan kesediaaan beliau kembali menerajui negeri itu maknanya tak p...
Bila Tak Boleh Lawan Dengan Hujah Inilah Cara Mereka Ceramah Syed Saddiq Diganggu Sekumpulan Pemuda Malam Tadi

Bila Tak Boleh Lawan Dengan Hujah Inilah Cara Mereka Ceramah Syed Saddiq Diganggu Sekumpulan Pemuda Malam Tadi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 232 hits
The ReporterCeramah anjuran Muda di Muar Johor malam tadi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana diganggu oleh sekumpulan lelaki yang membuat bising dengan deruman enjin motosikal sehingga mengganggu konsentrasi tetamu yang hadir Kejadia...
Polis Kesan Pemandu Myvi Lawan Arus Di Lebuh Raya

Polis Kesan Pemandu Myvi Lawan Arus Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 198 hits
Perodua Myvi yang dirakam dipandu melawan arus di KM 31 2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kulai KULAI Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi yang dirakam memandu secara melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di KM 31 2...
Serangan Hala Ke Lawan Jangan Tembak Kaki Sendiri Pesan Ismail

Serangan Hala Ke Lawan Jangan Tembak Kaki Sendiri Pesan Ismail

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 129 hits
Ismail Sabri Yaakob menghantar mesej kepada ahli BN supaya sedar dan kenal siapa lawan dan kawan dalam PRU15 agar jelas siapa yang perlu ditentang BANDAR BAHARU Pada program solidariti Barisan Nasional di Kedah hari ini Perdana Menteri Isma...
Terlepas Simpang Takut Sesat Alasan Wanita Pandu Lawan Arus

Terlepas Simpang Takut Sesat Alasan Wanita Pandu Lawan Arus

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 127 hits
Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan Perodua Myvi dipandu melawan arus di KM31 2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai semalam PETALING JAYA Terlepas susur keluar lebuh raya dan takut tersesat antara alasan seorang wanita yang ...
Jangan Lari Lawan Azmin Pn Cabar Anwar

Jangan Lari Lawan Azmin Pn Cabar Anwar

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 146 hits
Perikatan Nasional berkata sikap Anwar Ibrahim yang tidak jelas ketika mencabar pengkhianat PKR adalah kerana beliau takut tak dapat sokongan pengundi Melayu Perikatan Nasional menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menepati kenyataannya...
Umno Selangor Yakin Menang Lawan Ph Pn Kata Noh

Umno Selangor Yakin Menang Lawan Ph Pn Kata Noh

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 303 hits
Umno Selangor yakin dapat menumpaskan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam saingan tiga penjuru di negeri itu TANJUNG KARANG Umno Selangor menerusi Barisan Nasional yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan ...
Tenggara Kota Tinggi Umno Want Adham Halimah Spared From Zahid S Axe

Tenggara Kota Tinggi Umno Want Adham Halimah Spared From Zahid S Axe

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 155 hits
Tenggara and Kota Tinggi Umno divisions have come out to demand that their respective MPs Dr Adham Baba and Halimah Mohamed Sadique be retained as BN candidates This was amid speculation that Adham and Halimah were among the incumbents that...
Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Morcant Den F Rlorade Riddaren En Saga Om Mod Och F Rl Telse