Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem


agendaily.com1/11/2022
DAP yang turut disokong AMANAH menerusi pemimpin veterannya Lim Kit Siang memberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar 'Ketuanan Malaysia' menggantikan 'Ketuanan Melayu'.
Veteran DAP Lim Kit Siang berkata negara memerlukan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ dan bukannya ‘Ketuanan Melayu’ sekiranya hendak menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia.

Kenyataan beliau pada satu majlis Pakatan Harapan (PH) di Papar, Sabah, hari ini (1 November 2022), jelas menunjukkan parti yang mendapat sokongan PKR dan AMANAH itu, bersikap ekstrem sebagaimana didedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi (31 Oktober).

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang mendakwa dasar ‘Ketuanan Melayu’ bertentangan dengan prinsip asas pembinaan negara, di mana setiap rakya, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, adalah sama-sama rakyat Malaysia, dan tidak ada beza rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga.

Beliau berkata calon Perdana Menteri (PM) daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ menggantikan ‘Ketuanan Melayu’.

“Dasar Ketuanan Melayu hanyalah satu helah golongan UMNO-putra untuk mengayakan diri mereka secara melampau sambil orang-orang Melayu dan Bumiputera yang lain terus miskin dan ketinggalan.

“Daripada empat orang calon Perdana Menteri ke-10 ini, hanya Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia dengan melaksanakan dasar “Ketuanan Malaysia” dan bukannya “Ketuanan Melayu”,” katanya lagi.

Malam tadi, Muhyiddin dalam ucapan pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang mendedahkan bagaimana sikap ekstrem dan fahaman berhaluan kiri DAP menyebabkan Bersatu meninggalkan PH dan membentuk kerajaan baharu.

Presiden Bersatu itu menceritakan bahawa beliau menerusi seorang pemimpin DAP telah meminta biro politik parti terbabit supaya mengubah sikap ekstrem mereka, tetapi ditolak.

Menurutnya permintaan itu dibuat ketika Bersatu berada bersama-sama PH dalam kerajaan, di mana beliau adalah Menteri Dalam Negeri.

“Apa ekstremnya? Menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Negara. Soal Melayu dan macam-macam hak Raja-Raja dalam Akta Hasutan…. banyak perkara yang mereka lakukan,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Kit Siang dalam kenyataan sama juga berharap DAP dapat bekerjasama dengan Warisan yang akan meletakkan 27 calon Parlimen di Semenanjung.

“Kami di DAP mahu bekerjasama dengan Warisan untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia, namun Warisan telah menolak tawaran kerjasama ini.

“Saya hanya mampu berharap yang cubaan Warisan dalam PRU-15 di Semenanjung Malaysia tidak akan menjadi seburuk cubaan mereka dalam pilihan raya negeri Johor, di mana mereka meletakkan enam orang calon dan keenam-enam mereka semua telah hilang deposit,” kata Kit Siang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/dap-tolak-ketuanan-melayu-benar-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 303 hits
agendaily com1 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang di Dataran Sadiman Bukit Changgang di Sepang malam tadi Gambar Agenda DailyDAP parti gabungan yang membentu...
Tawaran Tpm Buat Sabah Sarawak Jadi Manifesto Ph Kata Pemimpin Dap

Tawaran Tpm Buat Sabah Sarawak Jadi Manifesto Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 342 hits
Chan Foong Hin berkata janji sama dibuat pada PRU14 tetapi tidak dimasukkan dalam manifesto PH ketika itu KOTA KINABALU Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke 15 turut termasuk janji melantik seorang timbalan perdana menteri da...
Hasil Buah Tangan Mahathir Ph Enggan Ulas Pendedahan Bekas Ag Dap Kata Tommy Thomas Bukan Ahli

Hasil Buah Tangan Mahathir Ph Enggan Ulas Pendedahan Bekas Ag Dap Kata Tommy Thomas Bukan Ahli

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 325 hits
Pakatan Harapan enggan mengeluarkan sebarang ulasan berhubung pendedahan yang dibuat Pasukan Petugas Khas terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas Walaupun bekas Peguam Negara itu dilantik semasa kerajaan PH berkuasa sebelum ini Setiausaha...
Anwar Hadi Tahu Dakwaan Dap Komunis Tidak Benar

Anwar Hadi Tahu Dakwaan Dap Komunis Tidak Benar

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 243 hits
malaysiakini comPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyedari bahawa DAP bukan pro komunis Bercakap pada majlis jelajah mega PH di Alor Gajah Melaka malam semalam katanya atas sebab itu perjanjian ...
Kit Siang Dap Clueless About Icerd And Rome Statute Muhyiddin Knows

Kit Siang Dap Clueless About Icerd And Rome Statute Muhyiddin Knows

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 211 hits
The DAP leadership was clueless about the Pakatan Harapan government s proposed ratification of Icerd and the Rome Statute according to Lim Kit Siang The DAP veteran revealed this in dismissing PAS president Abdul Hadi Awang s tall tale tha...
Dap Komeneh Ini Kata Dan Fakta Oleh Dato Abdul Malek Hanafiah

Dap Komeneh Ini Kata Dan Fakta Oleh Dato Abdul Malek Hanafiah

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 297 hits
Fitnah Si PASik Nak ubah buku sejarah tu tipu sahaja Saya adalah Panel Sejarah Kem Pendidikan M sia bersama Khoo Kay Kim dan beberapa orang lagi Saya nak betulkan fakta sejarah Malaysia DAP tak condong pada PKM atau PKC Sebab tu sejak DAP d...
Changkat Jong Tetap Milik Dap Kata Loke

Changkat Jong Tetap Milik Dap Kata Loke

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 294 hits
freemalaysiatoday com October 29 2022 12 00 PMAnthony Loke berkata Amanah mengisytiharkan Changkat Jong adalah milik mereka kerana salah faham IPOH Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pertembungan tidak akan berlaku antara parti itu d...
Pengundi Melayu Air Hitam Johor Alu Alukan Calon Dap

Pengundi Melayu Air Hitam Johor Alu Alukan Calon Dap

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 411 hits
Wee Ka Siong yang mesra pemandu mabuk WAJIB ditumpaskan ingatan kepada pengundi Melayu
Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Analysts Warn Harapan S Seat Push May Strain Sabah Unity Bloc

41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Bounty For Indira S Ex Hubby Suspected Of Under Extremist Religious Groups Protection Raised To Rm50k

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Kalau Ikut Pembangkang Yang Bodo Kat Malaysia Ni Memang Habis La Nak Oerintah Negara Ni

Ustaz Mad Lepas Rindu Bertemu Semula Dengan Tuan Zainal Strim

Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What Should The Leaders Of The Modern Islamic World Learn From The Fall Of The Ottoman Empire

Cara Solat Sunat Dhuha Keajaiban Rezekinya

Karpet Di Kilang Kena Gigit

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Malaysia To Begin Screening Airline Passengers Before Arrival Starting Tomorrow Says Home Minister

Asian Nations Need More Football Competitions To Improve Quality And Standard Of The Game