A Samad Said Pejuang Kesusasteraan Melayu





Siapa yang tidak kenal dengan sasterawan negara Datuk A Samad Said?

Seorang sasterawan yang penuh kontroversi. Beliau pernah meledakkan kejutan dengan mogok seni lebih sepuluh tahun lalu dan tidak kurang pula dianggap oleh sesetengah pihak sebagai berperangai kebudak-budakan apabila ‘bersuara’ kerana tidak memenangi Hadiah Sastera Perdana di suatu ketika dulu.

Walau apapun kontraversi yang berlaku, Datuk A Samad Said yang lebih senang berimej jambang panjang mengurai ini, turut menarik perhatian apabila menerbitkan sendiri novel tulisannya Adik Datang pada tahun 2003.

Jasa pena Datuk A Samad Said ini amat pelbagai kepada budaya dan bangsa Malaysia. Mari kita telusuri biografi dan sejarah insan tersohor ini.. Selamat membaca.. :)


***** ***** *****

A. SAMAD SAID, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.


Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana. A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940 – 1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution. Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956).


Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya, Samad membaca karya-karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan terjemahan. Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada ibunya. Daripada pengakuannya yang merendah diri, Samad berkata : “... kalaulah saya diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “Batu Belah batu Bertangkup”. Saya masih tetap mendengar cerita ini walaupun orang yang menceritakannya ketika memandikan saya, menyuapkan makan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada lagi.”


Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya mendapat kerja di mana-mana pun pada waktu itu. Tetapi, di hospital itu, beliau tidak lama bekerja dan hanya dapat bertahan selama enam bulan saja. Samad kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Selepas enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang, Said Zahari, Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut berhijrah. A. Samad Ismail, Pengarang Berita Harian ketika itu, telah memujuk Samad Said agar menyertai Berita Harian. Di sekitar tahun 1960-an Samad sekali lagi bertukar kerja. Apabila A. Samad Ismail diberikan tugas lebih besar dalam surat khabar The New Straits Times, Samad Said pula dilantik menjadi Pengarang Berita Harian. Semasa A. Samad Ismail berada dalam tahanan, beliau telah dilantik menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times di samping menjalankan tugasnya sebagai Pengarang Berita Harian. Tetapi Samad menyedari bahawa minatnya dalam bidang penulisan dan tanggungjawab yang besar yang diamanahkan kepadanya boleh merugikan, bukan sahaja bakat dan kreativitinya, tetapi dunia kesusasteraan umumnya. Justeru, Samad Said minta dibebaskan daripada menjadi Pengarang Berita Harian dan mulai 8 Mac 1978 Samad bertugas sebagai seorang daripada enam orang penolong khas dengan tugas-tugas tertentu seperti menulis rencana pengarang dan artikel feature. Sejak akhir 1981, beliau bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang penulisan.


Isterinya, penyair Salmi Manja, seorang penulis yang cukup dikenal oleh peminat-peminat sastera. Seperti Samad, Salmi juga menulis sajak dan cereka.


Kejayaan A. Samad Said sebagai sasterawan ialah hasil daripada pengalamannya dan berkat kerajinannya membaca karya-karya orang lain. Dalam karya Samad kita melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang. Beliau bukan sahaja begitu cermat dan teliti menghadapi dan membentuk watak-watak, tetapi juga terhadap alam, benda hidup dan mati, yang menjadi latar ceritanya. Beliau seolah-olah mencari erti dalam semuanya itu. Samad juga sedar bahawa untuk melahirkan karya yang bererti, seseorang tidak hanya bergantung kepada bahan dan bakat kekuatan fikiran sahaja, tetapi pembacaan dan pengalaman yang luas amatlah penting. Kerana itu, Samad meluaskan pembacaannya kepada bidang politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Cara beliau membaca agak aneh, yakni dengan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik dalam prosa, novel, dan malahan puisi. Ini memperlihatkan betapa teliti pembacaan dan pemerhatiannya. Sikap telitinya ini terpancar juga pada deskripsi dan dalam dialog-dialog karyanya.




Sungguhpun Samad sangat mengutamakan nilai sastera, beliau tidak pula menolak konsep “Seni untuk Masyarakat”, malah puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad sendiri pernah menjadi anggota ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “, tetapi pendekatan Samad berbeza daripada penulis-penulis lain. Beliau berhasil memadukan tugas sastera dengan nilai yang diperlukan. Beliau dianggap sebagai tokoh yang menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan-sasterawan generasi kemudiannya yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.


Meskipun Samad lahir di tengah-tengah Angkatan 50, tetapi daya ciptaannya berbeza daripada tokoh-tokoh ASAS 50 yang lain. Hal ini demikian kerana, beliau dibesarkan di kota kosmopolitan Singapura, terdidik secara formal dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah. Tokoh-tokoh lain itu terlibat dengan perjuangan membebaskan masyarakat, karya mereka berlatarbelakangkan daerah pedesaan dan rakyat, lebih banyak terdedah kepada bahan bacaan dari Indonesia, dan yang secara sedar, menjadikan sastera sebagai alat kedua dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Walaupun Samad bergaul dengan mereka dalam satu periode yang sama dan mempunyai latar belakang dan pendidikan yang berbeza, namun Samad cuba menyamakan cita-cita sasteranya dengan mereka tetapi membezakan dirinya dari segi stail dan pencapaian.


Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana kemudian diterbitkan dengan judul Salina ialah sebuah novel yang tebal dan berjaya mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang disifatkan oleh Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana sebagai bertaraf antarabangsa. Novel yang hanya memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1958) dan yang dihasilkan oleh Samad sewaktu beliau baru berusia 23 tahun ini, akhirnya menjadi sebuah karya yang menjadi garis pemisah antara karya-karya penulis lama dengan baru dan antara Samad dengan penulis-penulis 50-an.


Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Ia menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota, dan pergelutan untuk mempertahankan peribadi di tengah-tengah kebobrokan. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina ialah manusia yang natural bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Novel ini telah diadaptasi menjadi bentuk teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur (1986), dan kemudiannya di Singapura.


Seperti Salina, novelnya Sungai Mengalir Lesu juga menampilkan pengalaman langsung Samad dalam masyarakat yang menderita akibat perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Beliau mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura.


Di samping novel, Samad juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam kumpulan Liar di Api. Beliau antara penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas. Selepas itu, beberapa buah lagi kumpulan puisinya telah diterbitkan seperti Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).


Samad memberikan banyak waktu untuk menulis beberapa buah lagi novelnya seperti Di Hadapan Pulau. Langit Petang dan Daerah Zeni. Sebuah buku tentang latar belakang pengalamannya menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang telah diterbitkan, berjudul Dari Salina ke Langit Petang. Ia merupakan hasil tulisan bercorak autobiografi, rakaman pengalaman Samad yang menceritakan bagaimana beliau lahir menjadi seorang pengarang dan proses penghasilan tiga buah novelnya yang penting itu.


Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa pengarang lain, beliau diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama, beliau telah dipilih menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu, telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam tahun 1993, A. Samad Said menerima Anugerah ASEAN 1993 (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.


Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk’ dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.



KARYA



Novel- Salina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1961, 495 hlm.

- Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.

- Sungai Mengalir Lesu, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. Diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 137 hlm.

- Di Hadapan Pulau, Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.

- Adik Datang, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.

- Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 143 hlm.

- Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.

- Hujan Pagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 418 hlm.

- Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.


Novel Remaja Kanak-kanak- Bendera Merah di Atas Bukit, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.

- Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.

- Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.

- Mengejar Tetamu di Waktu Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.

- Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.

- Keledang, Kuala Lumpur; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.

- Antara Kabus ke Kabus, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm.

- Di Simpang Jalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 95 hlm.

- Jalan Retak, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.


Cerpen

- Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.

- Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

- Debar Pertama, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.

- Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.

- Panorama (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.

- Bunga Gunung (Peny.) Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.

- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.

- Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.

- Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.

- Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,495 hlm.



Puisi- Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.

- Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 26 hlm.

- Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

- Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.

- Benih Harapan, Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.

- Daun Semalu Pucuk Paku, Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;

- Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm.

- Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.

- Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.

- Benih Semalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).

- Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.

- 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.

- Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.

- Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.

- Malaysia dalam Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 316 hlm.

- An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.

- Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm.

- Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.

- Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 69 hlm.

- Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.





Drama- Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.

- Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.

- Wira Bukit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 92 hlm.

- Lantai T. Pinkie, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 137 hlm.

- Lazri Meon Daerah Zeni, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 138 hlm.



Esei/Kritikan- Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm.

- Damai (kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.

- Laungan (Kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.

- Tangan yang Simpatik, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.

- Between Art and Reality (Selected Essays),Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 479 hlm.


Autobiografi- Dari Salina ke Langit Petang,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 83 hlm.


Umum- Warkah kepada Salmi Manja,Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.

- Antara Bulan dan Wira,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 632 hlm.

- Warkah Eropah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 235 hlm.

- Koleksi Terpilih A. Samad Said(Peny. Sarah Sadon), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 510 hlm.





Pautan

- Koleksi/direktori penulis: A. Samad said
- Dunia Penyair: biografi
- Dunia penyair: Syair Pesanan Ayahanda
- Syair oleh A. Samad Said: Tetamu senja
- A. Samad Said: Karya
- Buku dari kaca mata ku: cinta baru



Gerakan Mansuh PPSMI

‘Luka Hang Kasturi’. ... dan kerana kini bahasaku
tak begitu dihirau laksamana,
dan abjad jituku luruh dan
tercungap di sisi pusara
Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[1] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang.
A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.



Himpunan Bersih



A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011

Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan[2]. Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[3]


A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.


Lihat Wikipedia


***** ***** *****

Begitulah perjalanan hidup Datuk A Samad Said. Ternyata perjuangannya masih belum selesai meskipun usia sudah melewati 'senja'. Namun selagi nyawa masih melekat dibadan, selagi itu beliau akan terus berjuang...
Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://arizwanmerahs.blogspot.com/2013/09/siapa-yang-tidak-kenal-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com1 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang di Dataran Sadiman Bukit Changgang di Sepang malam tadi Gambar Agenda DailyDAP parti gabungan yang membentu...
Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem

Dap Tolak Ketuanan Melayu Benar Kata Muhyiddin Dap Ekstrem

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com1 11 2022DAP yang turut disokong AMANAH menerusi pemimpin veterannya Lim Kit Siang memberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan dasar Ketuanan Malaysia menggantikan Ketuanan Melayu Veteran DAP Lim Kit Sian...
Kenapa Anwar Membisu Isu Dana Rm400 Juta Melayu Kena Potong

Kenapa Anwar Membisu Isu Dana Rm400 Juta Melayu Kena Potong

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 134 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 1 2022 11 35 AMPRU15 Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan mengapa Presiden PKR Anwar Ibrahim berdiam diri mengenai isu peruntukan untuk Bumiputera yang dipotong ketika Pakatan Harapan me...
Buat Duit Mudah Dengan Friendship Wallet Versi Bahasa Melayu Malaysia

Buat Duit Mudah Dengan Friendship Wallet Versi Bahasa Melayu Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 217 hits
MARI BUAT DUIT ONLINE DENGAN TELEFON SAHAJA DI IKTIRAF OLEH GOOGLEBAGAIMANA TIAP KALI BUKA TELEFON DAPAT DUIT TENGOK IKLAN DAPAT DUIT JAWAB SURVEY DAPAT DUIT INVITE ORANG DAPAT DUITBuat duit hingga 100 sehari Downline sehingga 4 level Tak r...
Pilihan Melayu

Pilihan Melayu

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 336 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Orang Melayu ingin diperintah oleh Kerajaan yang didominasi Melayu Dalam PRU 15 orang Melayu boleh pilih antara Melayu penjenayah dalam UMNO dan orang Melayu yang bebas dari kes kes jenayah dari parti Pejuang s...
Nama Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik Lama

Nama Nama Warna Dalam Bahasa Melayu Klasik Lama

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 887 hits
Warna kata nama sinonim dengan rona Warna merujuk kepada sifat objek objek atau bahan bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul dihantar atau dipancar Warna ada berbagai jenis warna Sedia maklum kita tahu bahawa warna...
Dah Tu Hang P La Lawan Walau Negeri Dap Sekali Pun Masuk La Lawan Di Penang Ka Di Negeri Melayu Mana Ka

Dah Tu Hang P La Lawan Walau Negeri Dap Sekali Pun Masuk La Lawan Di Penang Ka Di Negeri Melayu Mana Ka

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 161 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata DAP telah mencapai agendanya untuk menembusi negeri negeri Melayu dengan menggunakan orang Melayu di dalam Pakatan Harapan Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional negeri be...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities