Koronavirus Di Malaysia Ambil Langkah Pencegahan Dan Berjaga Jaga


MALAYSIA DIANCAM SERANGAN WABAK  CORONAVIRUS NCoV-2019 
Semalam, Langkawi mencatatkan telah menerima beberapa charter flight mendarat direct dari Nanjing ke Langkawi International Aiport. Manakala beratus2 lagi flight dari China akan mendarat di Langkawi, Penang, KLIA, Melaka, JB, Sabah dan Sarawak sempena CNY kali ini


The best part is, Nanjing hanyalah 550km daripada Wuhan, iaitu kota pertama di China yang dilaporkan bermulanya tersebar wabak NCoV-2019 ini. Bayangkan jika berpuluh charter flight operated by local airlines dan lain-lain airlines tersebut terus menerus mendarat di Langkawi dan lain-lain airport kita

Sudah pasti wabak ini akan terselit juga mencelah masuk ke Malaysia bilamana ada keluarga mangsa yang cuba melarikan diri keluar dari China. Penumpang-penumpang dari China inilah yang boleh menjadi ancaman 'senjata kimia tanpa sedar' terhadap negara kita

Selain itu, petang semalam ada satu kes sudah dicatatkan berlaku di Singapore. Manakala kematian di China pula sudah melebihi 20 orang dan jumlah dijangkiti sudah melebihi 800 orang. Mungkin angka pesakit sudah lebih 1000 orang pada hari ini

Ketika artikel ini ditulis juga, 1 kes telah dilaporkan di USA, 1 kes di Scotland, 1 kes di Arab Saudi, 1 kes di India, 1 kes di Jepun, 1 kes di Korea Selatan, 1 kes di Australia 2 kes kes di Vietnam, 4 kes di Thailand dan 4 kes saspek NCoV-2019 di Malaysia.

Semoga kita semua dilindungi..

Walaubagaimanapun, setakat awal pagi tadi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 4 kes tersebut negatif nCoV-2019. KKM mengesahkan mereka dijangkiti influenza-A dan sedang dirawat rapi

Dalam kesempatan yang ada, saya menggesa pihak KKM bersama agensi lain seperti Kastam dan Imigresen agar memperketatkan lagi kawalan di persempadanan antarabangsa kita iaitu di semua lapangan terbang udara terutama yang ada menerima penerbangan terus dari China, seperti Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. 
Pantau juga kenderaan keluar masuk sempadan Singapore - JB dan Thailand - Malaysia bagi mengelakkan traveller yang ingin menyambut Chinese New Year terselit membawa mangsa nCoV-2019. Jika boleh, sekat segera penerbangan direct Wuhan - Malaysia, Beijing - Malaysia, Nanjing - Malaysia dan vice versa. 
Keluarkan juga amaran kepada orang awam tentang bahaya virus ini serta cara-cara menanganinya. Perketatkan zon kuarantin di lapangan-lapangan terbang antarabangsa kita. Jangan lagi bersikap 'panic control' kerana natijahnya tidak lain tidak bukan hanyalah lebih buruk daripada disangka

Pandemic dan outbreak sedang berlaku. Wabak ini tersebar melalui bawaan udara / airborne. Maka kenderaan kapal terbang merupakan kenderaan terbaik untuk menyebarkannya ke serata dunia. Jika negara jiran terdekat kita pun sudah kena, maka pasti kita pun bakal menerimanya

Sejauh mana pasukan KKM bersiap siaga? Saya doakan yang terbaik buat kalian. Kami masyarakat akan sentiasa bersama membantu. Semoga keputusan pihak KKM dan kerajaan dapat dibuat segera sebelum terlambat

Penerbangan sempena Chinese New Year bakal menjadi saksi tersebar lebih luas penyakit ini lalu mencipta global emergency..

 -----------
Kepada masyarakat diluar sana. Jom fahami dan kenali apakah wabak yang sedang tersebar secara global ini dan bagaimana langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil

Ayuh baca sehingga habis dan ambil iktibar serta tambahkan ilmu anda

..
Apa itu coronavirus? 
Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus

“Novel Virus” bermakna sebarang jenis  virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant)

NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat

..
Bagaimanakah ia tercetus

Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola

Bangsa China merupakan bangsa yang memakan hampir semua jenis haiwan yang ada dibumi. Baik haiwan melata, haiwan berterbangan, serangga waima haiwan berbisa. Virus terbaru ini datangnya daripada kota Wuhan dan bermula disebuah pasar yang menjual haiwan liar iaitu Huanan Market. Disini terdapat ratusan jenis binatang liar dijual untuk menjadi santapan bangsa mereka. Disinilah bermulanya virus ini tercetus dan tersebar

Dikhabarkan hasil kaji selidik saintis China, virus tersebut berpunca daripada sejenis ular hitam belang yang dinamakan ular katam tebu (Bungarus multicinctus). Ular tersebut memang terdapat dijual di Pasar Wuhan dan dijual dengan meluas serta menjadi kegemaran pembeli

Setakat ini, TIADA vaksin untuk virus ini dan BELUM ADA ubat penawarnya lagi. Kaji selidik giat dijalankan di China oleh saintis mereka bagi membantu mengekang wabak ini dari terus tersebar dan membunuh ramai orang

Perlu diketahui juga, virus terbaru ini tidak dapat dikesan dengan mudah. Simptom akan menjadi jelas hanya setelah 3 - 7 hari anda terkena jangkitan virus tersebut melalui bawaan udara / airbone. Kerana itu topeng muka amat membantu

..
Apakah simptom wabak NCoV-2019 ini

- Mengalami demam lebih 38 darjah celcius
- Mengalami batuk kering (dry cough)- Masalah bernafas dan sesak dada- Sakit kepala yang teruk- Badan terasa terlalu penat, lenguh-lenguh dan tak bermaya- Hilang selera makan- Berpeluh walaupun keadaan sejuk dan menggigil walaupun keadaan panas diwaktu malam
- Mengalami kekeliruan mendadak (confusion)- Mengalami ruam-ruam dan bintik merah- Mengalami cirit-birit- Masalah masalah buah pinggang- Mengalami Pnuemoni- Jantung berdegup kencang

..
Apa yang perlu saya buat jika mengalami 4 atau lebih simptom diatas

1. Segera pakai topeng muka dan jarakkan diri anda daripada orang lain agar tidak berjangkit

Baca : Cara Pakai Topeng Muka Dengan Betul

2. Segera ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital terdekat dan dapatkan rawatan serta saringan CoV

3. Jangan bertangguh jika anda mengalami 4 atau lebih simptom diatas. Kerana dikhuatiri anda telah terkena wabak tersebut tanpa sedar. Dapatkan rawatan saringan segera

4. Jangan menganiaya orang lain seperti sengaja membersin kepada orang lain atau menyediakan makanan untuk orang lain


..
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya anbil

1. Kurangkan aktiviti luar rumah, dan kurangkan berada ditempat crowded terutama yang ada ramai warga asing dari China dan pelancong dari China

2. Pastikan anda sentiasa membawa topeng muka. Pakai topeng muka ketika berurusan diluar dan dikawasan ramai orang

3. Elakkan bersentuhan terus atau berinteraksi terus dengan pesakit  yang ada simptom nCoV-2019 terutama warganegara China. Jarakkan diri jika berinteraksi

4. Sila bawa sanitizer bersama anda. Sentiasa basuh tangan / sanitize selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada simptom. Keep yourself hygiene

5. Laporkan kepada KKM atau mana-mana hospital / klinik kesihatan terdekat jika ternampak pesakit dikhuatiri mengalami simptom NCoV-2019

6. Elakkan memakan makanan yang pelik-pelik seperti makanan eksotik, ulat, serangga atau haiwan liar. Nasihati jika anda ada ternampak orang yang memakan anjing, kucing, biawak, kelawar, ular, ulat, serangga dan lain-lain haiwan eksotik. Jika boleh, kurangkan memakan ayam dan daging yang tidak jelas sumbernya

7. Kongsikan artikel ini bagi membantu kesedaran awam..



Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Pihak kami sudahpun alert isu ini sejak akhir 2019 yang lalu. Beberapa posting telah dibuat bagi memupuk kesedaran sebelum berlakunya outbreak. Walaubagaimanapun ketika itu banyak pihak menafikannya

Kini ianya sudahpun terjadi. Panic, chaos and disorder tetap akan terjadi. Persoalan yang tinggal, bagaimana diri kita dan keluarga kita ingin survive dimasa akan datang

Maka belum terlambat untuk kita bersiap sedia. Wabak NCoV-2019 ini hanyalah permulaan bagi 2020. Selepas wabak akan diikuti dengan bencana alam pula. Maka persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk mengharungi fasa 'fitnah yang melata'..

Sedikit pesanan akhir buat tatapan semua pembaca:
1. Bacalah, dan hafal lah sekurang-kurangnya 10 ayat awal atau 10 ayat akhir dari Surah Al-Kahfi

2. Banyakkan berdoa agar anda semua dijauhkan dari fitnah yang melata dan fitnah Dajjal

3. Berdoalah agar anda dan keluarga anda dijauhkan daripada wabak musibah, bala bencana dan juga dijauhkan daripada kefakiran serta kepapaan

4. Perkemaskanlah asas-asas akidah dan fardhu ain anda. Lazimkan membaca zikir harian seperti Hizb Bahar, Manzil, Ratib Al-Haddad dan lain-lain. Lazimi juga berselawat ke atas Nabi. Kerana makanan orang beriman ketika fitnah itu melata adalah zikruLLLAH

Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat dan dijauhkan daripada apa jua wabak musibah, bala bencana dan dijauhkan daripada kefakiran dan kepapaan. Semoga kita semua tetap dalam Iman. Aamiin..

Sekian dan terima kasih

------------------
UPDATE 2.22pm 24.01.20: 8 bandar besar di China kini sudah ditutup sepenuhnya dan dikuarantin. 25 kematian disahkan pagi ini dengan jumlah kes pesakit melebihi angka 1000 orang. Bandar terlibat adalah; Wuhan, Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan. Jumlah yang dikuarantin sudah melebihi angka 25 juta orang


UPDATE 2.35pm 24 Januari 2020:  Seramai 8 orang penumpang pesawat dari China tiba di Airport Johor Bahru disyaki membawa wabak virus nCoV-2019. Kelapan mereka telah dikuarantin oleh KKM

-Muhammad MamzahBeringat Sebelum Kena24 Januari 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/01/koronavirus-di-malaysia-ambil-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Mask Muka Langkah Berjaga Jaga

Pakai Mask Muka Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 752 hits
Hi korang Dalam pada virus Novel Coronavirus dah menular masuk ke dalam negara kita lately semua perlu ambil langkah berjaga jaga Tak kisah la kalau kita sihat sekalipun Mencegah lebih baik dari mengubati kan kalau terkena boleh bawa maut s...
Virus Wuhan Singapura Tingkatkan Langkah Berjaga Jaga

Virus Wuhan Singapura Tingkatkan Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 399 hits
Singapura Singapura menyediakan langkah berjaga jaga tambahan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak radang paru paru disebabkan jangkitan novel coronavirus ke republik itu susulan pengesahan pihak berkuasa China ia boleh tersebar dari ...
Kkm Sahkan 3 Lagi Warga China Positif Koronavirus Di Malaysia

Kkm Sahkan 3 Lagi Warga China Positif Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 457 hits
Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan awal pagi...
Koronavirus Kedutaan Malaysia Terus Berhubung Dengan Rakyat Di Wuhan

Koronavirus Kedutaan Malaysia Terus Berhubung Dengan Rakyat Di Wuhan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 335 hits
PUTRAJAYA 26 JAN Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi an China sentiasa berhubung dengan 49 rakyat Malaysia di Wuhan bagi mendapatkan perkembangan mereka susulan wabak 2019 Novel Koronavirus di Wuhan kata Menteri Luar Dat...
Kkm Senaraikan 9 Langkah Respon Berdepan Wabak Koronavirus

Kkm Senaraikan 9 Langkah Respon Berdepan Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 308 hits
Umum telah mengetahui bahawa wabak novel koronavirus yang kian tular pada hari ini kian hampir masuk ke negara kita Sehingga ke hari ini wabak virus yang berasal dari China ini telah meragut sebanyak 26 nyawa dan ratusan kes baharu dicatatk...
Anda Tahu Kesan Coronavirus Kepada Ibu Hamil Ibu Hamil Tolong Amalkan Langkah Pencegahan

Anda Tahu Kesan Coronavirus Kepada Ibu Hamil Ibu Hamil Tolong Amalkan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 360 hits
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan Mungkin anda sering mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk dan sindrom pernafasan timur tengah Namun hakikatnya terdapat tujuh je...
Koronavirus Situasi Di Malaysia Tidak Kritikal Buat Masa Ini Tun Mahathir

Koronavirus Situasi Di Malaysia Tidak Kritikal Buat Masa Ini Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 246 hits
KLANG 26 Jan Keadaan 2019 Novel Koronavirus di Malaysia belum lagi sampai di peringkat kritikal kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Buat masa sekarang ia belum lagi kritikal hingga kita perlu menghalang pelancong contohnya Kita per...
Koronavirus Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

Koronavirus Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 680 hits
Susulan kes pertama koronavirus melibatan 3 warga China yang masuk ke Malaysia segelintir netizen menggesa kerajaan untuk menyekat kemasukan pelancong negara itu buat masa ini Satu petisyen dimulakan individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mo...
Koronavirus Agong Titah Rakyat Jaga Kesihatan Diri Patuhi Arahan Pihak Berkuasa Baca Maklumat Rasmi Dari Kkm Sahaja

Koronavirus Agong Titah Rakyat Jaga Kesihatan Diri Patuhi Arahan Pihak Berkuasa Baca Maklumat Rasmi Dari Kkm Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 327 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus yang melanda beberapa negara termas...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah