Koronavirus 12 Hospital Kkm Makmal Kesihatan Sedia Kesan Jangkitan


KUALA LUMPUR, 9 FEB: Sebanyak 12 hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dan Makmal Kesihatan Awam (MKA) seluruh negara telah dipertingkatkan dengan kapasiti membuat ujian ‘real time RT-PCR 2019-nCoV’ bagi mengesan koronavirus 2019 (2019-nCoV) sejak 30 Januari lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata MKA berkenaan ialah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sungai Buloh, MKA Ipoh, MKA Kota Kinabalu, MKA Kota Bharu dan MKA Johor Bahru.
“Kapasiti ini juga diperluaskan bagi rangkaian makmal swasta melalui latihan berkaitan yang diadakan oleh pihak MKAK Sungai Buloh pada 6 Feb,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata pada peringkat awal, Unit Virologi Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung menjalankan ujian diagnostik mengesan 2019-nCoV di Malaysia.
Pada 3 Januari, makmal berkenaan telah memulakan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan penularan 2019-nCoV di mana reagen untuk mengesan koronavirus dengan mengunakan kaedah Conventional RT-PCR disediakan.
“Namun, pada 11 Januari, ahli saintis dari China telah berkongsi maklumat genetik 2019-nCoV di pangkalan data guna sama. Ini membolehkan pegawai dari Unit Virologi IMR mereka cipta urutan reagen yang dikenali sebagai ‘primers and probes specific for 2019-nCoV’ pada hari yang sama.
“Beberapa hari kemudian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga telah mengeluarkan protokol untuk ujian real time RT-PCR 2019-nCoV dan protokol ini hampir sama seperti yang digunakan di IMR,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata reagen untuk mengenal pasti 2019-nCoV telah tiba ke makmal IMR pada 21 Januari dan pada masa sama pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya telah berkongsi virus yang tergolong dalam famili yang sama dengan 2019-nCoV nyahaktif, untuk digunakan sebagai kawalan positif.
“Pegawai daripada IMR telah berjaya menjalankan optimasi ujian real time RT-PCR 2019-nCoV pada 22 Januari dan reagen ini telah dibekalkan kepada MKAK Sungai Buloh pada 24 Januari untuk menguji sampel kontak di Johor yang membolehkan pengenalpastian kes pertama positif di kalangan kontak rapat.
“Pada 25 Januari pula, makmal IMR juga telah mengesan kes pertama positif bagi pesakit dalam siasatan (PUI),” katanya.
Dr Noor Hisham berkata pada setiap hari (termasuk cuti umum) staf bertugas akan bersedia menerima sampel dari hospital seawal pukul 7 pagi dan akan meneruskan ujian supaya keputusan dapat dikeluarkan dalam masa 24 jam.
“Namun, kebanyakan keputusan ujian ini berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh 24 jam tersebut,” katanya.
Dr Hisham berkata hanya staf yang menjalani ujian kompetensi dan dilatih cara pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) dengan betul dibenarkan menjalankan ujian tersebut.
Secara ringkas katanya, staf akan menerima sampel dan merekodkan penerimaan dalam buku log.
Seterusnya sampel ini dibawa ke makmal Biosafety Level 2 di mana staf yang memakai PPE akan memproses serta mengasingkan sedikit sampel klinikal untuk nyahaktif virus dan diteruskan dengan ujian real time RT-PCR 2019-nCoV, katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/koronavirus-12-hospital-kkm-makmal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus

Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR 27 JAN Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendalikan kes disyaki jangkitan 2019 novel koronavirus yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut Ket...
Kkm Sahkan Kesan Kes Ke 19 Koronavirus Libatkan Warga China

Kkm Sahkan Kesan Kes Ke 19 Koronavirus Libatkan Warga China

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 245 hits
Sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter rasmi mereka telah mengesahkan satu lagi kes terbaru Novel koronavirus yang melibatkan warga negara China yang dikesan di Malaysia Wanita yang berusia 39 tahun itu merupakan kawan...
Kanak Kanak China Pulih Jangkitan Koronavirus Dibenar Keluar Hospital Langkawi

Kanak Kanak China Pulih Jangkitan Koronavirus Dibenar Keluar Hospital Langkawi

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 306 hits
Kanak kanak China pulih jangkitan koronavirus dibenar keluar hospital Langkawi Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada
Jangkitan Koronavirus 2019 Ncov Di Hospital Uia Kuantan

Jangkitan Koronavirus 2019 Ncov Di Hospital Uia Kuantan

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 655 hits
PALSU Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu kes jangkitan 2019 nCoV dikesan di Hospital UIA Kuantan Sumber gambar Facebook SEBENARNYA Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Siasat
Petugas Kesihatan Tumbuk Muka Wanita Yang Enggan Diperiksa Suhu Badan Untuk Kesan Koronavirus

Petugas Kesihatan Tumbuk Muka Wanita Yang Enggan Diperiksa Suhu Badan Untuk Kesan Koronavirus

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 635 hits
The ReporterViral video yang menunjukkan seorang petugas kesihatan menumbuk wanita tanpa henti di bahagian muka selepas dia enggan menjalani pemeriksaan suhu badan bagi mengesan koronavirus Video tersebut viral di Weibo dan wanita terbabit ...
Wanita Hamil Kanak Kanak Sila Hadkan Lawatan Ke Hospital Bimbang Jangkitan Coronavirus

Wanita Hamil Kanak Kanak Sila Hadkan Lawatan Ke Hospital Bimbang Jangkitan Coronavirus

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 491 hits
Coronavirus bukanlah sejenis virus yang asing dalam dunia perubatan Mungkin anda sering mendengar kaitan antara coronavirus dengan penyakit sindrom pernafasan akut teruk dan sindrom pernafasan timur tengah Bagi mengekang penularan jangkitan...
Hospital Khusus Wabak Koronavirus Mula Beroperasi Di Wuhan 10 Hari Selepas Pembinaan Dimulakan

Hospital Khusus Wabak Koronavirus Mula Beroperasi Di Wuhan 10 Hari Selepas Pembinaan Dimulakan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 314 hits
Pada 23 Januari lalu dimulakan bagi merawat pesakit di Wuhan Hari ini Hospital Huoshenshan mula beroperasi selepas mengambil masa hanya 10 hari untuk disiapkan Hospital dengan 1000 katil ini terpaksa dibina dengan pantas kerana jumlah pesak...
Pelajar Dibawa Ke Hospital Bukan Ditahan Polis Kerana Covid 19 Kata Jabatan Kesihatan

Pelajar Dibawa Ke Hospital Bukan Ditahan Polis Kerana Covid 19 Kata Jabatan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 333 hits
JOHOR BAHRU Jabatan Kesihatan Johor menafikan seorang pelajar positif Covid 19 ditahan polis di sebuah sekolah dekat Kulai semalam sebaliknya beliau dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut melibatkan kes penyakit berjangkit Pengarah JKNJ D...
Koronavirus Pejabat Kesihatan Langkawi Tempatkan Petugas Di 5 Lokasi

Koronavirus Pejabat Kesihatan Langkawi Tempatkan Petugas Di 5 Lokasi

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 290 hits
LANGKAWI 26 Jan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menempatkan petugasnya di lima lokasi sekitar pulau pelancongan ini untuk melaksanakan proses saringan ketibaan pelancong susulan wabak 2019 Novel Koronavirus yang melanda beberapa negara te...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau