Tugasan terakhirnya dia perlu mencari cinta sejati buat seorang wanita bernama Lee Yeon Seo yang merupakan seorang ballerina yang tidak mempercayai akan cinta sejati. Namun lain jadinya bila Kim Dan dan Lee Yeon Seo saling jatuh cinta antara satu sama lain. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan harta dan kuasa untuk merebut Fantasia Ballet yang diasaskan oleh ibu bapa Lee Yeon Seo. Sejujurnya aku suka dengan barisan pelakon drama ini terutama hero dan heroinnya iaitu Shin Hye Sun dan L (Infinite). Diorang berdua serasi dan sweet together, namun aku agak struggle untuk menghabiskan menonton drama ini sebab jalan ceritanya agak draggy, bosan, tak suspen sebab penonton boleh jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Orang jahat dalam drama ni pun datang dari keluarga Oh Yeon Seo sendiri juga, jadi memang ceritanya biasa – biasa saja. Walaubagaimanapun dari komen – komen yang aku baca ramai gila yang suka dengan drama ini. Berbeza dengan aku yang tak berapa suka dengan drama ini walaupun aku minat dengan para pelakonnya, cita rasa setiap orang berbeza – beza kan. Awalnya aku nak drop drama ini lepas episode 11 kot, tapi bila drama ini popular dan ramai yang suka, aku sambung balik menonton episod seterusnya sebab aku teringin nak tahu apa yang best sangat dengan drama ni. Episod akhir drama Korea Angel’s Last Mission : Love ini juga agak kucar – kacir dan huru – hara bila terlampau banyak benda yang terjadi dalam episod akhir drama ini. Selain itu aku juga tak berapa suka dengan watak Ji Kang Woo lakonan Lee Dong Gun tu, rasanya aku lagi suka tengok lakonan Lee Dong Gun dalam drama Korea Sketch dan drama Where Stars Land tu sebab lebih menarik dan ada sedikit plot twist gitu. Apa pun aku bagi 5.8/10 bintang untuk drama ini.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |