Konsert Galau Dibawa Khas Oleh Sufi Rashid Untuk Malaysia Indonesia Dan Singapura
Konsert Galau Dibawa Khas oleh Sufi Rashid untuk Malaysia, Indonesia dan Singapura | Bumi Temasik bakal digegarkan oleh barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu
Singapura, Malaysia dan Indonesia di bawah satu bumbung persembahan yang disebut Konsert Galau.
Konsert Galau ini direalisasikan oleh SAH Entertainment yang mana Sufi Rashid, penyanyi, merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat tersebut. Sufi Rashid
menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep
‘healing’ buat para penonton.
Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9
dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah
unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang
awam.
“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu
nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit
komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis
yang turut melibatkan undian orang awam.
Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali
seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan
barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.
SAH Entertainment memang komited memastikan semua
barisan asal artis ini hadir dan menjayakan konsert ini untuk menghiburkan
peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,” ujar Sufi dengan lanjut berkenaan penganjuran Konsert Galau.
Berkongsi lanjut mengenai konsert, kata Sufi, Konsert Galau
akan menyatukan barisan 10 artis ternama seperti berikut.
Indonesia: Judika, Kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D'Masiv dan Kangen Band.Malaysia: Kumpulan
Insomniacks dan Sufi RashidSinagpura: Taufik Batisa Menurut Sufi, kehadiran kumpulan Noah untuk
Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan.
Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu
hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan
hadir ke konsert berkenaan.
Selain itu, jelas Sufi, penganjuran konsert dengan konsep
dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia
merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat
warga Singapura dan negara serantau.
“Konsert dengan konsep penganjuran selama beberapa hari,
paling minimum dua hari, sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun di
Malaysia.Tetapi, jika di Singapura, konsep seperti ini masih dianggap baharu.
Jadi, saya hadir dengan inisiatif ini untuk mendidik warga
Singapura dengan memperkenalkan konsep konsert seperti ini supaya mereka dapat
turut sama berhibur sambil menyaksikan artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu
galau kegemaran mereka dalam sebuah festival yang meriah.
Kiranya, tak perlulah lagi mereka terbang ke negara jiran
semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka. Ini kerana
Konsert Galau Singapura juga ada!” ujar Sufi lagi.
Menyasarkan kehadiran seramai 10,000 penonton untuk dua
malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama
peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di
mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.
Meletakkan sasaran seramai 10,000 penonton untuk satu malam,
Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi
ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.
Ia termasuk Zon Galau untuk pengalaman 'Galau' yang
eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.
Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga
$168. Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua
malam.
Pembelian tiket boleh dilakukan melalui www.sistic.com.sg
#KonsertGalau #SufiRashid #SAHEntertainment #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.byrawlins.com/2023/10/konsert-galau-dibawa-khas-oleh-sufi.html