Sah Entertainment Anjurkan Konsert Galau Di Singapura
AlongMurni (AM) dimaklumkan SAH
ENTERTAINMENT bakal menganjurkan KONSERT GALAU buat pertama kalinya
di Singapura. Penyanyi dan Pengarah Urusan SAH ENTERTAINMENT, Sufi
Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep
‘healing’ buat para penonton.
SAH ENTERTAINMENT ANJURKAN
KONSERT GALAU DI SINGAPURA
Menurut Sufi, penganjuran konsert
yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah
direncanakan bersama sebuah unit komuniti yang menyaksikan pemilihan barisan
artis juga diundi oleh orang awam.
“Pemilihan artis-artis yang akan
terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH ENTERTAINMENT
sahaja. Tetapi kami ada unit komuniti yang digelar SAHABAT untuk
terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang
awam.
“Boleh dikatakan, konsert ini
adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di
Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang
asal.
“SAH ENTERTAINMENT memang
komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan
konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau
masing-masing,” katanya.
KONSERT GALAUBerkongsi lanjut mengenai
konsert, kata Sufi, KONSERT GALAU akan menyatukan barisan 10 artis
ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Antara artis yang terlibat dari
Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D'Masiv
dan Kangen Band.
Manakala artis dari Malaysia pula
adalah kumpulan Insomniacks dengan Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili
Singapura.
Bagaimanapun, kata Sufi,
kehadiran kumpulan Noah untuk KONSERT GALAU kali ini khusus sebagai
tribute kepada kumpulan Peterpan.
Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel
bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi
menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.
Selain itu, jelas Sufi,
penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali
dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin
ditampilkan oleh SAH ENTERTAINMENT buat warga Singapura termasuk negara
serantau.
“Konsert dengan konsep
penganjuran selama beberapa hari, paling minimum dua hari, sudah biasa
dilakukan di Indonesia mahu pun di Malaysia. Tetapi, jika di Singapura, konsep
seperti ini masih dianggap baharu.
“Jadi, saya hadir dengan
inisiatif ini untuk mendidik warga Singapura dengan memperkenalkan konsep
konsert seperti ini supaya mereka dapat turut sama berhibur sambil menyaksikan
artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu galau kegemaran mereka dalam sebuah
festival yang meriah.
“Kiranya, tak perlulah lagi
mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis
kesayangan mereka. Ini kerana KONSERT GALAU Singapura juga ada!” katanya.
Menyasarkan kehadiran seramai
12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut
berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia,
Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir
ke konsert ini.
HARGA DAN KATEGORI TIKET
Meletakkan sasaran seramai 10,000
penonton untuk satu malam, Sufi berkata, penonton dan peminat yang hadir juga
berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan.
Ia termasuk Zon Galau untuk
pengalaman 'Galau' yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.
Tiket dijual pada harga yang
mampu milik dari $88 hingga $168. Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika
pembelian adalah untuk dua malam.
Pembelian tiket boleh dilakukan
melalui www.sistic.com.sg
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/10/sah-entertainment-anjurkan-konsert-galau-di-singapura.html