Konsert Evolusi Pj Menampilkan Selebriti Terkenal


Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal. Assalammualaikum semua! Hari ini ruby ingin berkongsi tentang acara yang akan berlangsung pada sabtu ini iaitu 10 November 2018. Ramai selebriti yang terlibat dan program ini adalah sorotan dari acara International Folklore Festival 2018 yang telah bermula sejak 4 November 2018 hingga 11 November 2018. Acara kemuncak adalah Konsert Evolusi PJ! Masuk adalah percuma! Jom!
Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal Saban tahun, International Folklore Festival anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) amat dinantikan peminat khususnya warga PJ kerana seringkali menampilkan artis popular dan hebat. Bermula dengan edisi pertama pada 2013, peminat sudah menyaksikan persembahan daripada ramai artis antaranya Amy Search, Zamani, Datuk Ramli Sarip, Ito Blues Geng, kumpulan Wings, Kaka, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Altimet, Datuk M Nasir dan Ameng Spring.
Konsert Evolusi PJ
Lokasi : Dataran Petaling Jaya
Masa : 10 Malam
Masuk PERCUMA
LRT Terdekat Stesen Taman Jaya
Untuk edisi keenam, International Folklore Festival 2018 atau lebih sinonim dengan panggilan Karnival Petaling Jaya (PJ Fair) yang kini diadakan di Dataran Petaling Jaya hadapan Amcorp Mall P.J lebih menjanjikan keseronokan buat peminat apabila menghimpunkan ramai artis popular dalam acara pentas.
Menerusi acara yang dinamakan Konsert Evolusi PJ yang akan berlangsung pada 10 November, peminat akan dapat menyaksikan persembahan kumpulan XPDC, Akim & The Majistret, Waris, Ara Johari, Masya Mashitah, Santesh, Ben Laden, Ismail Izzani, Uchop, Aina Mentor dan Maynine Band.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, pemilihan barisan artis ini dirasakan tepat kerana masing-masing popular dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Semua mereka dikenali peminat. Mengambil contoh XPDC yang dianggotai oleh Ali (penyanyi), Izo (gitar), Eddie (bass), Lola (drum) dan Arif baru sahaja melancarkan album terbaru berjudul Doa. Sudah tentu peminat setia kumpulan heavy metal nombor satu negara ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan daripada mereka. Tidak terkecuali Akim & The Majistret serta artis lain yang ditampilkan juga masing-masing mempunyai daya penarik tersendiri dan pasti ditunggu ramai.
Menurut Mohd Azizi, penampilan Santesh yang kini meledak dengan lagu Amalina juga menjadi tarikan buat peminat untuk hadir ke konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam ini. Ia adalah peluang keemasan buat warga Petaling Jaya untuk meluangkan masa menonton bersama keluarga. Tambah lagi konsert ini diadakan secara percuma di lokasi yang dikelilingi pelbagai kemudahan seperti pengangkutan yang efisien sekaligus membolehkan pengunjung hadir tanpa masalah,” katanya.
Petaling Jaya Kota Seni Dan Destinasi Pelancongan Antarabangsa Program kami bertemakan International Folklore Festival (Festival Kesenian Budaya Antarabangsa) yang bermatlamat mempromosikan keharmonian budaya dan kesenian masyarakat setempat dan antarabangsa. Kami memilih menggunakan tema yang sama pada tahun 2014 kerana mahu mengembalikan kemeriahan budaya seperti yang diadakan ketika itu dengan penyertaan pelbagai budaya luar negara. Negara-negara terbabit ialah Indonesia, Thailand, Jepun. Iran, Korea Selatan, Filipina, Finland, Botswana selain Malaysia sendiri

Karnival Petaling Jaya Menyatukan Masyarakat Majmuk “Kami mahu menghimpunkan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama mewarnai program yang sememangnya meriah ini. Salah satu strategi terbaik menghimpunkan mereka ialah dengan menganjurkan konsert membabitkan artis popular dan inilah yang kami lakukan. PJ Fair juga bertujuan menyokong pelaksanaan Pelan Induk PJ Sustainable 2030 dan dasar- dasar perbandaran di peringkat global khususnya berkaitan dengan aspek pembangunan budaya dan komuniti,” katanya.

Mohd. Azizi berkata, selain Konsert Evolusi PJ pada 10 November yang menjadi kemuncak acara, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan etnik sembilan negara yang terbabit.
“Mereka terdiri daripada program PJ Friendship City dan International Council of Folklore Festival and Folk Arts Organisations (CIOFF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan UNESCO. Antara aktiviti lain yang akan diadakan sepanjang PJ Fair kelak ialah persembahan kebudayaan, pelbagai pertandingan termasuk memancing, larian dan pelbagai lagi,” katanya.
Stesen radio Selangor FM pula dipilih sebagai penyiar rasmi festival ini.
www.instagram.com/pjcitycouncil
The post Konsert Evolusi PJ Menampilkan Selebriti Terkenal appeared first on RUBY - Malaysia Lifestyle Blogger.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ruby.my/2018/11/konsert-evolusi-pj/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Artis Popular Gegar Konsert Evolusi Pj Esok

11 Artis Popular Gegar Konsert Evolusi Pj Esok

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 345 hits
TIDAK sabar Teruja Itulah kata kata masyarakat setempat setiap kali menjelang KONSERT EVOLUSI PJ yang akan berlangsung pada hari esok di Dataran Petaling Jaya Selangor Masuk adalah PERCUMA Konsert yang
11 Selebriti Dunia Ini Bisa Berbicara Dalam 5 Bahasa Atau Lebih Ada Yang Sampai 10

11 Selebriti Dunia Ini Bisa Berbicara Dalam 5 Bahasa Atau Lebih Ada Yang Sampai 10

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 216 hits
11 Selebriti dunia ini bisa berbicara dalam 5 bahasa atau lebih ada yang sampai 10 Antara lain Tom Hiddleston Shakira Salma Hayek Jodie Foster Viggo Mortensen Natalie Portman dan Henry Lau ex Super Junior M
9 Selebriti Cantik Malaysia Yang Minat Superbike Yang No 7 Tu Memang Mengancam

9 Selebriti Cantik Malaysia Yang Minat Superbike Yang No 7 Tu Memang Mengancam

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1025 hits
Ternyata kini wanita dan lelaki itu mempunyai sifat yang jauh berbeza jika hendak dibandingkan Namun dalam sesetengah hal lain seperti hobi lelaki dan wanita bisa sahaja berkongsi cabang minat yang sama seperti keghairahan terhadap motosika...
Gaya Selebriti Wanita Di Malam Anugerah Skrin 2018 Cantik Bergaya Semuanya Tapi Mana Satu Paling Vass

Gaya Selebriti Wanita Di Malam Anugerah Skrin 2018 Cantik Bergaya Semuanya Tapi Mana Satu Paling Vass

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 825 hits
Semalam telah menyaksikan sebuah anugerah berprestij tahunan Anugerah Skrin 2018 yang bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Anugerah kali ini berpihak kepada filem Dukun dan drama Pendosa Ingin Ke Syurga apabila kedua duan...
Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2018

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2018

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 710 hits
Seperti ramai yang tahu pada tahun ini filem Dukun dan juga drama Pendosa Ingin Ke Syurga berjaya mengungguli malam Anugerah Skrin 2018 The post appeared first on
6 Selebriti Muda Buktikan Artis Pun Berpelajaran Tapi No 6 Tidak Sangka Artis Ini Hebat Bahasa Inggeris

6 Selebriti Muda Buktikan Artis Pun Berpelajaran Tapi No 6 Tidak Sangka Artis Ini Hebat Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 527 hits
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang Walaupun bergelar selebriti pelakon dan penyanyi pada usia yang muda 6 orang selebriti muda pilihan REMAJA ini membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara karier dan ...
Erti Sebuah Persahabatan Ini Antara Selebriti Yang Ada Geng Sekepala

Erti Sebuah Persahabatan Ini Antara Selebriti Yang Ada Geng Sekepala

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 319 hits
Setiap individu pastinya mempunyai sahabat yang sentiasa ada bersama dalam keadaan senang mahupun susah Bagi selebriti ini pula mereka mempunyai puak yang mungkin sekepala dengannya dan sering masuk air dengan karenah masing masing Jadi jom...
7 Selebriti Wanita Kahwin Lelaki Muda

7 Selebriti Wanita Kahwin Lelaki Muda

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 575 hits
Pasti ramai yang terkejut dengan berita perkahwinan pelakon sensasi Fattah Amin dan Fazura kan Apapun MH ucapkan tahniah buat mereka berdua Kata orang cari suami biar lelaki yang berumur katanya lebih matang Eh betul ke ni Namun kebahagiaan...
Antara Selebriti Yang Melaram Sari Sempena Deepavali Cantik Sungguh

Antara Selebriti Yang Melaram Sari Sempena Deepavali Cantik Sungguh

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 442 hits
Hari ini merupakan hari perayaan bagi masyarakat Hindu menyambut Deepavali Seperti biasa sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum pastinya selebriti terutamanya tidak pernah kalah menggayakan busana ala ala Bollywood Ini antara selebriti...
In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Aidil Fitri 1445h

Siapalah Punya Kerja

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Rumah Terbuka Tc Metal Care

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord