Kongsi Semua Data Password Pasangan Elak Berahsia 5 Perkara Ni Wajib Buat Sementara Pasangan Masih Hidup


Bila dah berumahtangga, banyak benda yang perlu dikongsi bersama temasuklah perkara-perkara penting seperti password bank, nombor akaun bank, simpanan, harta, bil-bil penting dan sebagainya.
Anda perlu bersedia untuk berkongsi semuanya bersama pasangan kerana kelak ia akan memudahkan pasangan untuk menguruskan apa yang patut ketika kecemasan seperti perkongsian daripada super daddy ini.

Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:
1. Saling menghargai dan meluahkan.
Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.
Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.
2. Belajar skill masing-masing
Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.
Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.
Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.
3. Kongsi semua data pasangan dan keluarga.
Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.
List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.
Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.
Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.
4. Sediakan Takaful Hibah.
Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.
Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.
5. Sediakan Wasiat.
Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu.
Buatlah.
Buatlah semua yang aku ceritakan tu.
Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.
Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.
Cuma tak tahu bila.
Yang masih diberi kesempatan, buatlah.
#superdaddy
Kredit: Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Kongsi Semua Data & Password Pasangan, Elak Berahsia. 5 Perkara Ni Wajib Buat Sementara Pasangan Masih Hidup appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kongsi-semua-data-password-pasangan-elak-berahsia-5-perkara-ni-wajib-buat-sementara-pasangan-masih-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tinggalkan 4 Amalan Ini Sementara Masih Hidup

Jangan Tinggalkan 4 Amalan Ini Sementara Masih Hidup

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 696 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahteraDuhai jiwa semoga dikau baik baik saja Kasih umpama pagi yang sentiasa datang menghadiahkan hari buat alam Agar jiwa jiwa yang tadinya sedang lena kini hidup semula untuk berusaha bekerja dan beribadat k...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar Pada Bulan Mac Sementara Pasaran Mengetahui Perkara Yang Akan Berlaku Dengan Dolar As

Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar Pada Bulan Mac Sementara Pasaran Mengetahui Perkara Yang Akan Berlaku Dengan Dolar As

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 221 hits
Indeks USD stabil pada bulan Januari Dolar AS terutama bergerak dalam sisi mendatar dalam tempoh beberapa minggu terakhir setelah pulih dari paras terendah hampir tiga tahun pada awal tahun Pedagang kini berusaha untuk mengetahui apakah pen...
8 Perkara Penting Wajib Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

8 Perkara Penting Wajib Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 235 hits
Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu Saban tahun jumlah kes mereka yang mengalami masalah kardiovaskular di seluruh dunia meningkat Namun apakah kebarangkalian anda...
Jamali Shadat Masih Hidup Anak Kesal Penyebaran Berita Kemat1an Bapa

Jamali Shadat Masih Hidup Anak Kesal Penyebaran Berita Kemat1an Bapa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 347 hits
BERITA pemergian pelawak veteran Datuk Jamali Shadat 78 yang tular di media sosial sejak awal pagi Sabtu adalah palsu dan tidak benar
Terkejut Isteri Masih Hidup Lagi

Terkejut Isteri Masih Hidup Lagi

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 404 hits
MetroAgensiMadrid Ketukan pintu seorang warga emas yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid 19 mengejutkan ahli keluarga dan saudaranya apabila dia kembali semula ke rumah jagaan orang tua didiaminya Mirror melaporkan kemunculan wan...
Google Mengingatkan Bakal Memadam Semua Data Google Play Music Pada Bulan Ini

Google Mengingatkan Bakal Memadam Semua Data Google Play Music Pada Bulan Ini

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 230 hits
Google pada bulan Disember 2020 lepas telah menamatkan perkhidmatan Google Play Music dan memfokuskan sepenuhnya kepada penawaran YouTube Music Selari dengannya Google telah menawarkan kemudahan untuk memuat turun data dan memindahkan ia ke...
Panduan On Page Seo Yang Semua Orang Wajib Tahu

Panduan On Page Seo Yang Semua Orang Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 277 hits
Jika anda seorang pembuat kandungan yang seringkali menghasilkan kandungan di dunia maya maka on page dan off page SEO antara perkara yang anda perlu titik beratkan ketika menghasilkan kandungan anda Lebih lebih lagi jika anda anda menjadik...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord