Panduan On Page Seo Yang Semua Orang Wajib Tahu


Jika anda seorang pembuat kandungan (content creator) yang seringkali menghasilkan kandungan di dunia maya, maka on-page dan off-page SEO antara perkara yang anda perlu titik beratkan ketika menghasilkan kandungan anda. Lebih-lebih lagi jika anda anda menjadikan aktiviti penulisan sebagai sumber pendapatan tambahan, maka artikel ini amat berguna untuk anda. Mengapa?
Search Engine Optimization bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal dengan sesuka hati. Ini kerana kuasa yang sebenar terletak ditangan enjin pencari yang bertanggungjawab untuk mengindeks laman web anda disamping menentukan kedudukan anda di Search Engine Results Pages (SERP).
Jika mereka menolak artikel yang anda keluarkan walaupun bermanfaat, maknanya sia-sialah penulisan anda. Akan tetapi ada tidak perlu risau, ada sebahagian daripada SEO yang anda boleh kawal. Salah satunya ialah on-page seo.
On-page SEO adalah implementasi yang boleh dikawal 100% dimana anda sendiri boleh membuat tetapan laman web dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh enjin pencari. Dalam erti kata lain, apa yang mereka cakap kita ikut. Maka sejahteralah laman web anda sehingga ke akhirnya.
Asas SEO yang anda perlu tahu Sebelum saya meneruskan dengan lebih mendalam, seharusnya anda perlu lebih tahu tentang apa itu Search Engine Optimization (SEO) dan perkara asas mengenainya. Ini bagi memudahkan anda untuk memahami tentang apa itu on-page seo dan apa itu off page seo.
Jika anda tertinggal, eloklah kiranya anda baca dahulu artikel yang saya tulis tentang apa itu SEO dan mengapa ia penting kepada anda lebih-lebih lagi dalam pemasaran digital.
Baca juga: Apa itu SEO? Mengapa ia penting kepada laman web?
Baiklah, jika anda sudah faham tentang SEO, maka saya akan beri penerangan yang ringkas dan lebih mendalam tentang on page dan off page seo, apakah perbezaan diantara dua, kepentingan dan keburukan jika anda mengabaikannya. Jadi berikut disediakan apakah berbezaan diantara dua.
Apa itu On-page SEO? On-page SEO adalah satu kaedah atau amalan mengoptimumkan laman web untuk mendapat kedudukan yang tinggi di enjin pencari. Sama ada kandungan artikel ataupun sumber kod, asalkan ia boleh menyumbang kepada layanan yang lebih optimum kepada penggunjung daripada segi prestasi, keselesaan dan kandungan bacaan yang releven, maka ia boleh dikategorikan sebagai On-page SEO.
Dalam erti kata lain, segala perkara yang anda buat di laman web anda seperti menggunakan theme yang ringan, aktifkan Content Delivery Network (CDN), Accelerated Mobile Pages (AMP), penulisan mesra SEO, atau apa-apa yang boleh memberi manfaat kepada pengunjung, itulah on-page SEO.
Kejayaan mengimplementasikan on-page SEO pada sesebuah laman web adalah apabila sesebuah laman web itu mampu memperbaiki kedudukan di SERP berdasarkan kepada penilaian keseluruhan daripada segi kualiti, prestasi laman web dan struktur penulisan. Perkara-perkara inilah yang membantu pengunjung dan crawler untuk menilai penulisan anda. Lebih baik SEO yang dilakukan, lebih ramai pengunjung yang anda terima.
Teknik On-page SEO Terdapat pelbagai cara yang digunakan mereka di luar sana untuk menaikkan trafik dan salah satunya menerusi teknik on-page SEO. Bagi memberikan anda kefahaman yang lebih pula, saya bahagikan on-page SEO kepada dua bahagian.
Bahagian pertama adalah tentang teknik penulisan artikel. Anda perlu tahu apakah keperluan penulisan yang dimahukan oleh enjin pencari bagi memenuhi keperluan pengguna. Tekniknya daripada kepala tajuk sehingga ke kaki penulisan.
Bahagian kedua pula adalah bahagian teknikal SEO. Saya akan berkongsikan kepada anda tentang keperluan kritikal yang anda perlu lakukan dari segi penyediaan platform yang lebih baik. Ini termasuklah penilaian blog atau laman web anda.
Jadi saya harap anda faham dan bersedia untuk membaca artikel berkaitan dengannya. Jadi saya kongsikan dahulu poin yang pertama iaitu penilaian daripada teknik penulisan anda.
1. Teknik penulisan artikel Seringkali kita mendengar “content is king”. Sejujurnya memang betul. Kandungan yang bermanfaat dan fresh akan memberikan kelebihan kepada anda untuk didahulukan di enjin pencari terutama Google yang dahagakan maklumat yang releven dengan carian pengunjung. Namun begitu semua itu memerlukan teknik SEO yang baik. Apakah teknik tersebut?
1.1 Tag tajuk artikel yang mesra SEO Tajuk penulisan antara bahagian paling kritikal dalam teknik penulisan yang mesra SEO. Ini kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan kata kunci yang dicari pengunjung, malahan ia juga melibatkan hala tuju kepada penulisan anda. Adakah penulisan tersebut mampu menyelesaikan masalah pengunjung.
Terdapat beberapa kriteria yang mesti ada kepada tajuk artikel yang mesra SEO dan boleh dikategorikan baik. Antaranya:
 Saiz bagi tajuk artikel mesti bersaiz H1. Artikel mesti tidak lebih daripada 55-60 karakter. Seeloknya kata kunci sasaran berada di depan tajuk (tidak wajib). Pastikan tajuk anda ringkas tetapi sampai Jika anda dapat menghasilkan tag tajuk yang cachy tetapi mengikuti peratusan SEO ini, anda memang terbaik.
1.2 Gambar yang mempunyai alt tag Alt tag adakah perkataan atau kata kunci yang perlu diletakkan bagi setiap gambar yang disertakan di artikel anda bagi membolehkan ia diindeks oleh crawler dan dimasukkan ke dalam enjin pencari. Anda perlu ingat kita ada carian melalui gambar. Sebagai contohnya “Google image”. Jadi gunakan dengan sebaiknya.
Alt tag adalah benda yang perlu bagi setiap gambar
Jika anda menggunakan WordPress, kerja akan menjadi lebih mudah. Ketika anda memuat naik sesuatu gambar di laman web anda, jangan lupa masukkan sekali alt tag untuk gambar tersebut.
1.3 Meta description Gaya penulisan meta description
Sebagaimana sinopsis kepada sebuah buku bagi memahami sebuah cerita, begitu juga dengan meta description. Ringkasan tentang artikel anda inilah yang akan dipaparkan di SERP dan media sosial. Pastikan:
Meta description anda tidak melebihi 156 karakter. Pastikan meta description tersebut mempunyai kata kunci sasaran untuk pelawat dan enjin pencari. Sejujurnya tiada jumlah karakter yang betul dalam meta description. Disebabkan oleh itulah ada sesetengah laman web menyatakan jumlah maksimum karakter 300, ada juga yang menyatakan 160 karakter. Kalau saya, saya lebih mengikut Yoast SEO iaitu 156 maksimum karakter . Ini kerana itulah jumlah maksimum yang dapat dilihat di laman web carian Google adalah tidak melebihi jumlah itu.
1.4 Pautan dalaman (Internal link) Pautan dalaman atau dikenali sebagai internal link ini adalah satu teknik yang memberi kebaikan kepada dua bahagian. Pertama daripada segi senarai laman web indeks, dan kedua daripada segi hubungannya dengan pembaca. Saya ulas satu persatu.
Ingatkah anda apa yang saya terangkan tentang web crawler di artikel asas SEO? Jika anda membaca artikel saya sebelum ini, anda akan tahu jika anda menghasilkan artikel baru, artikel itu akan diindeks oleh enjin pencari. Ketika proses indeks tersebut, mereka mendapati terdapat pautan yang membawa pembaca ke laman web lain. Mereka akan menilai sama ada pautan tersebut releven atau tidak. Jika releven, mereka akan crawl sekali lagi. Ia memberi impak positif kepada artikel anda berdasarkan kepada penilaian revelen.
Setiap artikel perlu ada kesinambungan
Kedua pula adalah daripada segi pembaca. Jika membaca merasakan artikel itu berguna, mereka akan masuki pautan tersebut dan memberi trafik kepada artikel tersebut walaupun ia artikel lama. Ini sekaligus membuat pembaca menjadi lebih lama didalam laman web dan bukan setakat mengurangkan bounce rate, sebaliknya juga meningkat reputasi anda sebagai pihak yang menyediakan kandungan berkualiti.
1.5 Struktur URL Pastikan format url anda adalah tepat
URL antara indikator yang selalu dipandang rendah impaknya kepada SEO anda. Seperti mana tajuk, pastikan URL anda menggunakan post name, bukan numberic, bukan plain, bulan atau hari. Mesti bahasa manusia. Paling penting, url anda perlu spesifik dan pendek. Jangan buat url unik anda panjang berjela hingga susah hendak dibaca.
1.6 Nisbah penggunaan kata kunci Pastikan nisbah penggunaan kata kunci sasaran tidak melebihi 3% daripada jumlah perkataan dalam sesuatu artikel. Sebagai contohnya jika artikel anda mempunyai 1000 patah perkataan dan kata kunci sasaran anda adalah “Krim kecantikan Nora”, pastikan kata kunci itu tidak melebihi 3 kali penggunaannya didalam artikel. Jika tidak, ia dikira sebagai spam dan bukan sahaja memberi masalah untuk diindeks, sebaliknya turut mengganggu konsentrasi pembaca untuk membaca artikel anda.
Manakan tidaknya, kalau setiap 5 ayat tulis “Krim kecantikan Nora”, tak ke serabut kita nak membaca.
1.7 Rational kepanjangan artikel anda Jika anda biasa menulis pendek, pastikan penulisan anda itu melebihi 300 patah perkataan dan keatas. Seeloknya biarlah menulis sesuatu yang mampu memberi impak kepada pembaca kerana artikel berimpak jarang pendek. Jika artikel penting dan mempunyai kesinambungan, anda boleh masukkan artikel tersebut dalam kategori “cornetstone content”.
Kebiasaannya artikel penting itu melebihi 900 patah perkataan dan ianya ditulis secara mendalam tentang sesuatu topik. Sebagai contohnya artikel saya yang anda baca ini menulis tentang On-page SEO, maka saya akan tulis berkenaannya sahaja didalam artikel ini. Secara tidak langsung ia memberi signal kepada Google yang saya menulis sesuatu tentang SEO berdasarkan kepada panjang, jumlah pengulangan kata kunci dan trafik.
2. Teknikal SEO Jika tadi saya banyak berfokus kepada penulisan kandungan berkualiti yang selari dengan keperluan SEO, kini kita pergi pula kepada keperluan teknikal SEO. Apakah yang saya maksudkan dengan teknikal SEO ini? Berikut adalah senarainya.
2.1 Kelajuan laman web anda Jika anda berblog sejak daripada tahun 2008, saya pasti anda akan nampak perbezaan yang ketara daripada segi rekaan theme yang ada di pasaran. Theme yang ada kurang animation, kurang slide dan lebih clean. Ini kerana kebanyakan daripada theme yang ada mahukan kepantasan tanpa perlu bebanan load yang berlebihan.
Kelajuan laman web yang sekadar sederhana
Menurut kaji selidik Google  pada tahun 2018, hampir 53% daripada pengguna telefon bimbit yang melayari laman web akan meninggalkan laman web yang dilayari jika masa yang diambil melebihi 6 saat dan melebihi berat 2MB. Menurut kaji selidik MachMetrics pula menerusi kaji selidiknya pada tahun 2020, kebanyakan laman web yang berada di pasaran mempunyai kelajuan 4.7 saat untuk desktop dan 11.4 saat untuk mobile. Walhal ketetapan yang diletakkan Google adalah dibawah 3 saat. Bagaimana tu?
Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi meningkatkan kelajuan laman web anda. Antaranya:
Compress gambar yang ada di laman web anda. Atau guna lazy loading. Minify CSS, JavaScript, and HTML Manfaat pengguna cache (seperti W3 Total Cache) Gunakan Content Distribution Network (seperti Cloudflare) Ini antara kaedah yang kebiasaannya digunakan untuk meningkatkan kelajuan laman web anda terutama cache. Jika anda menggunakan plugin seperti W3 Total Cache untuk laman web WordPress anda, ia mampu menghasilkan laman web statik untuk dikunjungi walaupun laman web anda dinamik. Ia hanya akan mengemaskini laman web jika anda mengemaskini kandungan. Lebih menarik, anda juga boleh minify sumber dengan mengguna plugin yang sama. Bagaimana pula dengan kelajuan mobile?
2.2 Google Accelerated Mobile Pages (AMP) Jika laman web anda bermasalah untuk diakses oleh pengguna telefon bimbit, barangkali agak perlahan dan terlalu serabut, saya merasakan Google AMP adalah salah satu alternatif yang anda patut cuba kerana ianya sememangnya dicipta khas untuk penggunaan mobile.
Ini adalah contoh paparan versi mudah alih menggunakan AMP
Buat pengetahuan semua, Google AMP telah diwujudkan sejak daripada tahun 2016 sebagai web framework yang bersifat sumber terbuka yang memfokuskan pada penggunaan mobile. Google menjanjikan laman web yang menggunakan AMP dapat dibuka dengan pantas dengan apa-apa jenis telefon bimbit yang berada di pasaran.
Malahan Rudy Galfi, Pengurus produk Google AMP turut menyatakan tentang kaji selidik oleh SearchEngine.com, kelajuan purata laman web yang menggunakan AMP adalah 0.7 saat berbanding 22 saat untuk mereka yang tidak menggunakan AMP.
2.3 SSL Pastikan laman web anda punyai SSL Certificate
Saya tidak tahulah kenapa saya bercerita lagi tentang Secure Sockets layer (SSL) pada tahun 2021, tapi percayalah saya masih lagi nampak ada laman web yang masih menggunakan http berbanding https. Isu keselamatan kini bukan sesuatu kita patut dipandang ringan dan sepatutnya jika anda ingin mendapat dudukan dan kepercayaan daripada Google, anda perlukan SSL untuk menyerlah.
Kalau susah sangat beli sahaja domain di Jimat Hosting, anda sendiri boleh dapat SSL secara percuma siap pasang. Tak perlu nak daftar sendiri dengan OpenSSL atau letsencrypt.
2.4 Webmaster tools Menghantar pautan (link) ke enjin pencari utama adalah satu kemestian jika anda selesai menerbitkan sesuatu artikel baru. Ini bagi memaklumkan kepada enjin pencari yang “wei, aku ada entri baru ni, mai la indeks”. Gitulah gamaknya.
Saya fokus kepada 2 enjin pencari ini sahaja
Terdapat beberapa webmaster tools yang saya gunakan untuk meminta enjin pencari indeks laman web saya. Kebiasaannya tempoh indeks itu memakan masa 10 minit ke beberapa jam. Antara yang saya gunakan adalah seperti berikut:
Google Search Console Bing Webmaster Tools Yandex Webmaster Tools Google Search Console adalah untuk saya “submit” url saya untuk enjin pencari Google, Big Webmaster Tools saya gunakan untuk “submit” url pada enjin pencari Yahoo! dan Bing, manakala Yandex Webmaster Tools saya gunakan untuk submit ke enjin pencari daripada Rusia yang diberi nama Yandex. Ada satu lagi webmaster yang selalu orang guna iaitu Baidu Webmaster Tools untuk mereka yang menyasarkan pelawat daripada China. Saya malas nak guna. Kalau anda nak guna, gunalah.
Kesimpulannya Diharapkan menerusi penulisan ini, saya memberi gambaran yang jelas tentang implementasi dan mengapa pentingnya on-page SEO kepada laman web. Saya faham bagi pemula, SEO ini adalah sesuatu yang melecehkan. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perkara yang teknikal dari segi susun atur pengurusan laman web ataupun dari segi teknik penulisan.
Akan tetapi jika diendahkan, kemungkinan besar kita akan penat kerana artikel yang ditulis tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, jumlah pelawat yang melawat laman web kita juga akan sentiasa berkurangan tanpa ada apa-apa peningkatan. Jadi nak tak nak kita kena sentiasa belajar.
Baiklah, terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca. Jika ada sebarang persoalan atau cadangan, boleh ajukan diruangan komen. Insyallah jika berkesempatan saya menulis pula tentang off-page SEO, satu hal lagi yang cukup penting untuk diketahui oleh seorang penyedia kandungan atas talian.
The post Panduan On-page SEO yang semua orang wajib tahu! appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/panduan-on-page-seo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongsi Semua Data Password Pasangan Elak Berahsia 5 Perkara Ni Wajib Buat Sementara Pasangan Masih Hidup

Kongsi Semua Data Password Pasangan Elak Berahsia 5 Perkara Ni Wajib Buat Sementara Pasangan Masih Hidup

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 289 hits
Bila dah berumahtangga banyak benda yang perlu dikongsi bersama temasuklah perkara perkara penting seperti password bank nombor akaun bank simpanan harta bil bil penting dan sebagainya Anda perlu bersedia untuk berkongsi semuanya bersama pa...
Memang Patut Pun Dikecam Semua Pelabur Lari Tak Dapat Jumpa Menteri Menteri Banyak Diam Membisu Memang Teruk

Memang Patut Pun Dikecam Semua Pelabur Lari Tak Dapat Jumpa Menteri Menteri Banyak Diam Membisu Memang Teruk

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 237 hits
Netizen kecam Azmin desak gaji menteri dipotong 70 kerana gagal bantu rakyatJanuary 27 2021 Tiada satu komen pun menyokong Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu hantara...
Hiburan Pu Semua Desak Aku Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai

Hiburan Pu Semua Desak Aku Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 400 hits
Disebabkan ramai yang meluahkan rasa risau mengenai berita penceraiannya Zarina Anjoulie ataupun Anju sekali lagi memuat naik video penjelasan menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya BACA AdvertisementJelasnya lagi tiada perkara ya...
Pemerintah Akui Belum Capai Semua Indikator Keberhasilan Tangani Pandemi Covid 19

Pemerintah Akui Belum Capai Semua Indikator Keberhasilan Tangani Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 202 hits
Indikator keberhasilan penanganan pandemi Covid 19 meliputi sejumlah hal Di antaranya pertama laju penularan Covid 19 bisa ditekan yang ditandai dengan kasus positif dan aktif menurun Kedua kebutuhan perawatan pasien Covid 19 menurun Ketiga...
Video Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Seiambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

Video Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Seiambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 257 hits
Tidak dinafikan lagi sepanjang tempoh pandemik Covid 19 ini ramai individu yang terkesan Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hiIang sumber pendapatan Malah ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di ruma...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord