Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis




Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai disebabkan pertelagahan berterusan dalam kalangan parti gabungan itu, sambil menambah “undi protes” menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN).
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata penyebab utama konflik itu adalah pertikaian mengenai pengganti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan peralihan kuasa.
Azman menyeru Mahathir menyatakan rancangan penggantian yang jelas sebelum menyerahkan jawatannya kepada presiden PKR Anwar Ibrahim, mengatakan isu itu menjadi sebab utama konflik dalaman PH.
Beliau memberitahu FMT, Mahathir yang seolah-olah tidak mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan akar umbi DAP dan PKR terhadap pengerusi PPBM itu.
“Sudah tiba masanya Mahathir mengumumkan penyerahan kuasa dengan lebih khusus supaya rakyat lebih bersedia. Melambatkan tarikh penyerahan kuasa akan menyebabkan keraguan timbul dalam kalangan rakyat serta dalam kalangan penyokong PH,” kata Azman.
Beliau berkata terdapat persepsi dalam kalangan pengundi Cina bahawa PPBM cuba mengawal PH walaupun kerusi parti itu tidak banyak dalam gabungan tersebut, manakala pengundi Melayu berhati-hati terhadap DAP yang semakin banyak memegang pentadbiran kerajaan yang boleh menyebabkan mereka terpinggir.
Azman berkata kemenangan BN menunjukkan muafakat nasional antara Umno dan PAS tidak mengasingkan orang bukan Melayu, sambil menambah ia akan membimbangkan kepimpinan tertinggi PH.
Bagaimanapun, dinamik politik Malaysia sentiasa berubah dengan masa dan pelbagai situasi.
“Orang Cina tahu kemenangan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri sementara Putrajaya akan kekal di bawah PH. Ini adalah referendum mini orang Cina kepada PH mengenai banyak isu yang mereka tidak puas hati.
“Untuk mengatakan sokongan rakyat beralih kepada pembangkang tidak benar sepenuhnya kerana ia hanya PRK. Tetapi ini adalah amaran awal dan ‘amaran merah’ kepada PH dan perdana menteri untuk melakukan yang lebih baik.”
Azmi memberitahu FMT bahawa PH kehilangan kira-kira 7,000 undi dalam “protes” pengundi. Bilangan undi untuk Wee Jeck Seng hampir sama dengan jumlah yang diperoleh BN dan PAS pada pilihan raya umum tahun lepas.
“Ini dapat dijelaskan oleh jumlah pengundi hanya 73% berbanding 86% pengundi pada tahun lepas. Sebanyak 13% pengundi luar mewakili 7,000 pengundi tambahan, di mana PH kehilangan sebahagian besar sokongan mereka.
“Jika PH tidak membetulkan atau menghentikan perbalahan yang berlaku dalam pandangan umum, maka saya meramalkan kerajaan PH akan menghadapi kemarahan rakyat – dengan atau tanpa pilihan raya kecil.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/18/konflik-peralihan-kuasa-punca-ph-kalah-di-tg-piai-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganalisis Ramal Dr M Terjejas Jika Ph Kalah Di Tg Piai

Penganalisis Ramal Dr M Terjejas Jika Ph Kalah Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 392 hits
Faiz Zainudin PETALING JAYA Hanya berbaki dua hari menjelang pilihan raya kecil Tanjung Piai suhunya semakin panas apabila dua parti utama bertanding iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional masing masing mempunyai peluang untuk menang Se...
Prk Tg Piai Kaji Selidik Ide Salah Lagi Kata Penganalisis

Prk Tg Piai Kaji Selidik Ide Salah Lagi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 403 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang penganalisis politik mempersendakan kaji selidik sebuah badan pemikir dikaitkan dengan PKR Institut Darul Ehsan yang jauh meleset bagi Pilihan Raya Kecil Semenyih dan Tanjung Piai Kamarul Zaman Yusoff dar...
Mahathir Sakit Kenapa Diam Membisu Setelah Kalah Di Tanjung Piai

Mahathir Sakit Kenapa Diam Membisu Setelah Kalah Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 474 hits
3 hari lepas Siti Nurhaliza terharu apabila Dr Mahathir sanggup hadir ke konsert beliau Ketika itu minggu berkempen di PRK Tanjung Piai Zuraida Kamaruddin juga hadir bersama Kelmarin tsunami rakyat berlaku di Tanjung Piai Rakyat telah bersu...
Kedudukan Anwar Makin Kukuh Peralihan Kuasa Tidak Dapat Dielakkan

Kedudukan Anwar Makin Kukuh Peralihan Kuasa Tidak Dapat Dielakkan

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 266 hits
Berdasarkan sambutan di konvensyen PKR negeri negeri di mana sehingga ini hanya tinggal satu dua negeri saja lagi belum mengadakannya apa yang terpapar nyata ialah kedudukan Anwar Ibrahim jelas semakin mantap dan kukuh Beliau bukan saja men...
Anwar Jumpa Tun M Bincang Isu Peralihan Kuasa

Anwar Jumpa Tun M Bincang Isu Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 345 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad senada dan sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman dan teratur Presiden PKR dan Perdana Menteri itu...
Bantuan Nelayan Di Tg Piai Rasuah Politik Kata Pemimpin Pkr Johor

Bantuan Nelayan Di Tg Piai Rasuah Politik Kata Pemimpin Pkr Johor

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 358 hits
Bantuan nelayan di Tg Piai rasuah politik kata pemimpin PKR Johor Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Nov 2019 1
Kj Kemuka Usul Bahas Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

Kj Kemuka Usul Bahas Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 348 hits
Pagi ini tular satu tangkap layar surat Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah MalaysiaGazette yang memperoleh tangkap layar tersebut mendapati ia menggunakan kepala surat bekas M...
Tukar Vernakular Jadi Kebangsaan Saya Belum Kalah Lagi Kata Peguam Kepada Masyarakat Cina

Tukar Vernakular Jadi Kebangsaan Saya Belum Kalah Lagi Kata Peguam Kepada Masyarakat Cina

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 435 hits
SEMASA Peguam Putra Buzze Azam ataupun nama sebenarnya Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz meluahkan kekesalannya ke atas media cina berikutan kegagalan mencabar kewujudan Sekolah Aliran Vernakular adalah bercanggahan dengan perlembagaan negar...
Bukan Tun M Tapi Syed Saddiq Punca Ph Kalah Syaiful Irfan Anang

Bukan Tun M Tapi Syed Saddiq Punca Ph Kalah Syaiful Irfan Anang

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 433 hits
Astro Awani Syaiful Irfan Anang berkata punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti Foto fail KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed S...
Levels Of Investments

Sle Autoimmune Disease

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

678 Mario678 Info 9 September 678 30 678 Top 87 By Margery

Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembantu Kedai Maut Ditikam Seorang Suspek Diberkas

Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah Rumah Di Semabok Melaka

The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Perlancaran Berani Gagal

Capitalist System Not On Our Side Over 60 Groups Issue 51 Demands

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers