Kedudukan Anwar Makin Kukuh Peralihan Kuasa Tidak Dapat Dielakkan



Berdasarkan sambutan di konvensyen PKR negeri-negeri di mana sehingga ini hanya tinggal satu dua negeri saja lagi belum mengadakannya, apa yang terpapar nyata ialah kedudukan Anwar Ibrahim jelas semakin mantap dan kukuh.Beliau bukan saja mendapat sokongan dalam menerajui PKR, bahkan untuk menerajui negara selepas Tun Mahathir Mohamad.Melihat kepada intipati ucapannya yang banyak menjurus kepada soal menjaga rakyat, memerangi kemiskinan, prihatin kepada denyut nadi masyarakat dan semua yang bergelar pemimpin dalam PKR diingatkan harus lebih kerap turun padang bagi memahami permasalan di akar umbi, Anwar seolah-olah adalah nafas baru bagi negara ini.Sambutan yang diterimanya juga memperlihatkan, di sebalik ada usaha memecah-belahkan PKR sebelum ini, misalnya dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, walaupun namanya tidak pernah dicalonkan untuk menyertai kabinet lantaran sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor selepas keputusan PRU14 lalu, terbukti telah tidak menemui kejayaan.Bukan saja PKR tidak berpecah, malah semakin mantap kedudukannya, sebaliknya Azmin sendiri yang cuba diperalatkan kian terpinggir dalam PKR lantaran kegelojohannya meletakkan kesetiaan di tempat yang salah.Kedudukan PKR yang mantap dan sokongan yang diterima Anwar juga membuatkan Tun Mahathir akhirnya tidak ada pilihan lain dengan baru-baru ini membuat pengakuan beliau pasti akan berundur sebelum PRU15 akan datang.Kenyataan Tun Mahathir itu dengan sendirinya bererti beliau menolak sama sekali desakan pelbagai pihak, misalnya daripada Pas, beberapa Ahli Parlimen UMNO, Azmin dan kalangan pemimpin Bersatu yang mahu beliau menamatkan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.Walaupun tarikh penyerahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar masih menjadi teka-teki – sama ada dua tahun atau tiga tahun – pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau tetap akan berundur sebelum PRU15 adalah merupakan satu lagi petunjuk penting bahawa peralihan kuasa memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan sebelum PRU15 diadakan.Anwar adalah satu-satunya pilihan yang signifikan dan disokong penuh oleh semua parti dalam PH sebagai calon PM8 dan seterusnys mengemudi PH untuk pilihanraya akan datang.Cubaan menonjolkan nama lain, baik daripada dalam PH, lebih-lebih lagi kalau daripada luar gabungan itu, ia adalah suatu tindakan durjana serta khianat kepada pilihan pengundi yang sepakat memilih menumbangkan UMNO dan BN pada PRU14 lalu.Dalam hal ini, oleh kerana Tun Mahathir tentunya lebih mahu PH terus menang pilihanraya seterusnya, setidak-tidaknya agar legasi dan kenegarawanannya tidak tercemar, adalah mustahil beliau hanya akan berundur dan menyerahkan jawatan kepada Anwar sesingkat dua atau tiga hari sebelum tarikh PRU15 diumumkan.Tun Mahathir tidaklah sukar untuk memahami bahawa Anwar harus diberi masa yang sesuai sekurang-kurangnya dua tahun bagi beliau menunjukkan kepimpinan dan memperkenalkan dasar-dasar baru dalam menerajui negara ke arah bukan saja menjaga rakyat dengan lebih baik, bahkan mengekalkan kemenangan PH.Jika lebih singkat daripada itu tempoh yang diberikan kepadanya, adalah sukar untuk Anwar melakukan sesuatu dengan berkesan untuk rakyat dan negara.Tetapi, berdasarkan prestasi kerajaan sekarang yang begitu banyak dipertikaikan dan tidak berkembang, malah Tun Mahathir yang menjangkau usia 95 tahun itu dianggap sudah tepu, banyak pihak merasakan lagi cepat peralihan kuasa dilakukan, ia lagi baik untuk negara ini.Dua tahun iaitu Mei 2020 adalah paling sesuai dan munasabah untuk penyerahan jawatan dilakukan, manakala tiga tahun dianggap terlalu lewat dan mungkin menyebabkan bertambah merosotnya keyakinan rakyat kepada PH dan kerajaan.Dirasakan bahawa Anwar dengan idealisme dan semangat reformasi yang sarat bertapak dalam jiwanya sejak lebih 20 tahun lalu, beliau dianggap lebih memahami untuk terus melakukan pembaharuan politik, sosial dan ekonomi bagi negara ini untuk fasa-fasa seterusnya sebelum PRU15 diadakan.Reformasi lahir ditangan Anwar, setelah PH berjaya menjadi kerajaan, maka beliaulah yang lebih sesuai untuk melakukan pembaharuan sebagaimana generasi Malaysia Baru benar-benar hendak ia dilaksanakan di negara ini. (ShahbudinHusin 10/11/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/kedudukan-anwar-makin-kukuhperalihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Peralihan Kuasa Kita Boleh Bercakap Tun Mahathir

Isu Peralihan Kuasa Kita Boleh Bercakap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 315 hits
DENYUT REFORMASI Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berbincang mengenai peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu bagaimanapun perbincangan tersebut perlu dilaku...
Isu Peralihan Kuasa Jadi Duri Dalam Daging Dalam Pakatan Harapan

Isu Peralihan Kuasa Jadi Duri Dalam Daging Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 249 hits
Isu peralihan kuasa mesti diselesaikan segera untuk menjamin keutuhan Pakatan Harapan KUALA LUMPUR Isu peralihan kuasa di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja telah menjadi duri dalam daging yang membu...
Fraksi Azmin Ali Dan Anwar Ibrahim Mula Berbalas Balas Kenyataan Pkr Makin Panas

Fraksi Azmin Ali Dan Anwar Ibrahim Mula Berbalas Balas Kenyataan Pkr Makin Panas

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 671 hits
PRK Parlimen Tanjung Piai sudah hampir melabuhkan tirainya Kempennya sudah berakhir malam tadi Menjelang senja nanti keputusan pembuangan undi 52 471 orang pengundi akan diketahui dan dihebahkan Yang kalah akan tunduk merenung telur sendiri...
Masalah Ekonomi Jangan Bebankan Kepada Tun M Sebagai Alasan Melengahkan Peralihan Kuasa

Masalah Ekonomi Jangan Bebankan Kepada Tun M Sebagai Alasan Melengahkan Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 339 hits
Saya telah membaca kenyataan Menteri Ekonomi YB Dato Seri Azmin Ali di dalam Malaysia Gazzet yang mengulas tentang isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan YB Dato Seri Anwar Ibrahim Pertamanya tahniah kepada Azmin yang telah bercakap bag...
Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis

Konflik Peralihan Kuasa Punca Ph Kalah Di Tg Piai Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 331 hits
Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai disebabkan pertelagahan berterusan dalam kalangan parti gabungan itu sambil menambah undi protes menyumbang kepada kemenangan besar Ba...
Tahniah Perniagaan Papa Nampaknya Makin Kukuh Netizen

Tahniah Perniagaan Papa Nampaknya Makin Kukuh Netizen

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 335 hits
Baru baru ini ada seorang pengguna dari laman Twitter JarrNadjmuddean berkongsi sebuah tweet mengenai Mustapha Kamal yang juga dikenali sebagai pelakon Tahniah sis ucapkan kepada Mustapha Kamal kerana telah mendapat gelaran Datuk Paduka yan...
Peralihan Jawatan Pm Bukan Perkara Mendesak Kata Anwar

Peralihan Jawatan Pm Bukan Perkara Mendesak Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 284 hits
PENAMPANG Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peralihan jawatan Perdana Menteri bukanlah satu perkara mendesak sebaliknya semua kepimpinan dalam Pakatan Harapan harus memberi perhatian penuh kepada soal pembangun...
Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja

Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 338 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata telah menjadi tradisi bahawa timbalan presiden parti akan dijemput merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanitanya KUALA LUMPUR Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa kemelut yang berlaku an...
Peralihan Kuasa Tidak Akan Berlaku Sehingga Parlimen Dibubarkan

Peralihan Kuasa Tidak Akan Berlaku Sehingga Parlimen Dibubarkan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 309 hits
Portal ini pernah menyiarkan artikel mengenai kuasa politik semuanya bergantung kepada angka Untuk jadi Perdana Menteri Malaysia perlu ada 112 Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang menyokong calon Perdana Menteri tersebut Akhbar berbahasa Cina SI...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital