Konflik Mentua Menantu Jangan Sampai Isteri Jadi Mangsa


Konflik Mentua Menantu, Jangan Sampai Isteri Jadi Mangsa! Walau di zaman moden sekali pun, konflik mentua menantu tetap jadi isu yang tak pernah habis dibincangkan. Punyalah susah nak selesaikan, kerana konflik ini bukan sekadar melibatkan fizikal tapi jiwa dan raga dipertaruhkan.
Suami tersepit di tengah-tengah. Mahu lebihkan isteri, mak terasa. Nak dilebihkan mak, isteri pula merajuk berhari-hari.
Pening kepala suami dibuatnya. Tak tahu jalan mana nak diambil. Suami yang bijak, sabar dan kuat dia takkan hanyut sama dalam emosi konflik mentua menantu.
Sebaliknya, dia sebagai orang tengah akan memainkan peranannya dengan baik. Sebaik anak yang taat dan suami yang sayangkan isteri dan setia.
Ketiga-tiganya nanti akan dapat manfaat. Sayangnya ramai yang tak ambil pendekatan itu. Tak nak kusut punya pasal, salah satu dilepaskan.
Jika isteri dipilih, sanggup menjauh dari mak ayah sendiri. Pandai-pandailah adik beradik lain pujuk mak ayah. Sebaliknya, mak ayah jadi pilihan, maka berkorban kasihlah pasangan suami isteri itu.
Sebelum melarat teruk, nah! Mingguan Wanita kongsikan tip ambil jalan tengah yang adil untuk kedua-dua belah pihak.
1. Suami Jangan Jadi Boneka
Kalau isteri mengadu tak puas hati pasal mak mentua. Dengar dulu ceritanya, tapis mana yang patut kau nasihatkan isteri itu.
Cara berbaik dengan mak. Lagipun, suami kan dah hidup lama dengan mak. Tentu dia tahu mana yang mak suka dan tak suka.
Jelaskan dengan isteri. Jangan pula kau ikut saja kehendak isteri. Dan jangan kau paksa pulak isteri tu ikut apa yang mak mentua mahu jam jam tu jugak.
Isteri pun orang, ada emosi, ada rasa.. beri dia masa untuk sesuaikan diri. Jangan sampai isteri tu makan hati baru kau nak pulihkan keadaan salah tu.
2. Jadilah ‘Orang Tengah’ Yang Adil Bila mak kau cerita betapa dia berbulu tengok menantu yang dia tak berkenan tu, kau sebagai suami.. diam dulu. Dengar, hadam baik-baik.
Terangkan dekat mak betapa isteri tu sebenarnya tak seperti yang dibayangkan mak sendiri.
Teranglah background isteri tu macam mana. Dan tak semua anak-anak dibesarkan dengan cara yang sama. Masing-masing, ikut cara didikan mak ayah masing-masing juga akhirnya.
Bila dah berkahwin, berdepan dengan keluarga mentua.. barulah didikan itu di ‘blend’. Mana yang baik ambil, yang kurang sesuai tapis buang. Itu pun jika ada inisiatif untuk ‘blend’. Syaratnya jangan dipaksa ya. Biarlah perubahan itu dilakukan dengan ikhlas.
Tapi benda boleh bincangkan. Teranglah sejelasnya. Mintalah mak ayah berdamai dengan takdir dan jodoh pilihan anaknya itu.
Jangan didesak-desak. Kalau melibatkan kewangan pun begitu. Misal kata anak dah tak lagi memberi seperti sebelumnya, fahamlah yang anak kini sudah berkeluarga.
Berilah dia masa. Dan kalau disindir mak ayah sendiri. Cepat-cepatlah, pujuk mak ayah dengan cara paling halus. Belanja mak ayah saja keluar makan ke. Dan dari situ ceritalah situasi anda dan isteri. Mohon pengertian mereka.
Jadi, gunalah kuasa memujuk sebagai anak untuk berlaku adil.
Memang hal ini tak semudah menulis dan membaca. Nak praktikkan tu pun ya ampun.. Apa pun ketika dilanda masalah sebegini, dekat-dekatkanlah diri padaNya.
Doakanlah ibu dan isteri anda agar kedua-duanya dapat bersatu hati dan berdamai menerima takdir masing-masing.
Jangan kerana tidak tahan dengan kerenah yang ditimbulkan, akhirnya isteri makan hati. Dan jalan perpisahan jadi pilihan.
Sumber: Mingguan Wanita
The post Konflik Mentua Menantu, Jangan Sampai Isteri Jadi Mangsa! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/mentua-menantu-jangan-sampai-isteri-jadi-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 687 hits
Tidak dinafikan wanita ialah insan yang dilahirkan serba boleh Kalau boleh memang mahu suami bersama mengharungi semuanya namun atas kekangan isteri faham ada beberapa keadaan yang perlu dilalui seorang diri Kekangan waktu bekerja suami mis...
Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1323 hits
Ibu bapa keluarga jangan campur urusan rumah tangga anak menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar Berikutan kes penceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar serta isterinya Mawar Abdul Karim ramai netizen terkejut dan tidak menya...
Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya Selepas Setahun Isteri Pergi Lelaki Ini Diuji Pemergian Anak Tercinta

Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya Selepas Setahun Isteri Pergi Lelaki Ini Diuji Pemergian Anak Tercinta

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 935 hits
Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya Selepas Setahun Isteri Pergi Lelaki Ini Diuji Kehilangan Anak Tercinta Tiada siapa mahukan perpisahan tapi siapalah kita untuk menghalang ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan hidup setiap insan A...
Bila Isteri Dah Kendur Jangan Pandai Kutuk Saja Cermin Juga Kekurangan Diri Sendiri

Bila Isteri Dah Kendur Jangan Pandai Kutuk Saja Cermin Juga Kekurangan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 415 hits
Seperti mana makanan ada tarikh luputnya barang barang semakin buruk dan rosak begitu jugalah dengan kita sebagai manusia Itulah lumrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan Seorang suami pasti akan perasan akan perubahan si isteri selepas b...
Isteri Dah Penat Bawa Perut Jangan Biarkan Dia Berseorangan Buat Semua Benda Sendiri

Isteri Dah Penat Bawa Perut Jangan Biarkan Dia Berseorangan Buat Semua Benda Sendiri

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 344 hits
Wanita sekarang terlalu berdikari Ketika mengandung pun boleh buat macam macam perkara Ketika seorang isteri hamil anda hanya mampu melihat susah payahnya dia membawa kandungan Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri an...
Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia

Ibu Mentua Dibakar Menantu Sendiri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 471 hits
Mangsa A Aganasi Mary 69 disahkan meninggal dunia jam 3 05 petang tadi di Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan di hospital berkenaan Ketua Polis Daerah Perai Selatan Superintendan Shafee Abdul Samad berkata siasatan awal dijalanka...
Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia

Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 523 hits
Dalam kehidupan berumah tangga dan hubungan suami isteri pasti ada pertengkaran pertelingkahan atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara perkara tertentu yang menimbulkan kemarahan pasangan lebih lebih lagi isteri merajuk yang bias...
Hisyam Hamid Elak Isteri Cemburu

Hisyam Hamid Elak Isteri Cemburu

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 517 hits
Bergelar seorang pelakon bukan satu kerjaya yang mudah terutama apabila sudah berkahwin dan mempunyai banyak hati yang perlu dijaga Bagi pelakon kelahiran Singapura Hisyam Hamid dia juga tidak dapat mengelak daripada menimbulkan rasa cembur...
Sepasang Suami Isteri 2 Rakan Mereka Ditahan

Sepasang Suami Isteri 2 Rakan Mereka Ditahan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 655 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram