Isteri Dah Penat Bawa Perut Jangan Biarkan Dia Berseorangan Buat Semua Benda Sendiri


Wanita sekarang terlalu berdikari. Ketika mengandung pun boleh buat macam-macam perkara. Ketika seorang isteri hamil, anda hanya mampu melihat susah-payahnya dia membawa kandungan. Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa. Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
TEMANKAN SI DIA KE PEMERIKSAAN BERKALA
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.
BANTU ISTERI TIDUR
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda. Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.
BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.
Suami adalah orang paling penting sepanjang proses mengandung. Isteri mengharapkan suami untuk sentiasa bersedia dan ada dengannya setiap masa. Jika tidak mampu untuk buat semua perkara di atas, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada si isteri atas pengorbanannya itu.
The post Isteri Dah Penat ‘Bawa Perut’, Jangan Biarkan Dia Berseorangan Buat Semua Benda Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-dah-penat-bawa-perut-jangan-biarkan-dia-berseorangan-buat-semua-benda-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Isteri Dah Kendur Jangan Pandai Kutuk Saja Cermin Juga Kekurangan Diri Sendiri

Bila Isteri Dah Kendur Jangan Pandai Kutuk Saja Cermin Juga Kekurangan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 314 hits
Seperti mana makanan ada tarikh luputnya barang barang semakin buruk dan rosak begitu jugalah dengan kita sebagai manusia Itulah lumrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan Seorang suami pasti akan perasan akan perubahan si isteri selepas b...
Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 454 hits
Duduk sembumbung tetapi masih ramai yang anggap kerja rumah ini hanya tugas seorang isteri semata mata Dia lah yang jaga anak anak dan dia lah yang kemas rumah dan cuci pinggan mangkuk bagai Allah memang penat kalau isteri seorang saja yang...
Isteri Bekas Tentera Ditikam Mati Suami Sendiri

Isteri Bekas Tentera Ditikam Mati Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 552 hits
Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di Taman Seri Duyong Fasa Dua Melaka pagi Rabu Mangsa Samnah Mohamed 55 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditikam dengan pisau pemotong sayur JOHORTIMES M...
Isteri Maut Ditikam Suami Yang Kemudian Cuba Menikam Dirinya Sendiri

Isteri Maut Ditikam Suami Yang Kemudian Cuba Menikam Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 322 hits
The ReporterSeorang wanita berusia 55 tahun ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dipercayai dibunuh oleh suaminya di Taman Seri Duyong Fasa 2 awal pagi tadi Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 30 pagi mangsa Samnah Mohamed...
Zamani Mahu Bawa Bakal Isteri Tunaikan Umrah

Zamani Mahu Bawa Bakal Isteri Tunaikan Umrah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 510 hits
Bakal menunaikan umrah buat kali pertama pada November depan Zamani memasang impian untuk membawa bakal isteri bersama ke tanah suci Mekah andai The post appeared first on
Memang Stress Bawa Anak Ke Mall Kalau Tak Bersedia Hadapi Perangai Anak Jangan Pergi

Memang Stress Bawa Anak Ke Mall Kalau Tak Bersedia Hadapi Perangai Anak Jangan Pergi

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 586 hits
Menjadi ibu bapa bukan mudah lebih lebih lagi jika anda mempunyai anak anak yang sedang membesar aktif dan panjang akal Kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mengawal tingkah laku anak anak Tingkah laku anak anak boleh berubah sekelip...
Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 810 hits
Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak anak jug...
Saya Lihat Sendiri Video Pernikahan Mereka Isteri Tuntut Cerai Buat Laporan Polis Terhadap Suami Nikahi Adik Kandungnya

Saya Lihat Sendiri Video Pernikahan Mereka Isteri Tuntut Cerai Buat Laporan Polis Terhadap Suami Nikahi Adik Kandungnya

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 764 hits
The ReporterHancur luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya telah bernikah dengan adik bongsunya sendiri di Daerah Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia beberapa hari lalu Difahamkan sebelum pernikahan itu si suami Ansar 32 dida...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025