Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia


Dalam kehidupan berumah tangga dan hubungan suami isteri pasti ada pertengkaran, pertelingkahan atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara-perkara tertentu yang menimbulkan kemarahan pasangan, lebih-lebih lagi isteri merajuk yang biasanya akan berkecil hati dengan suami.
Apabila berlaku hal ini, rajuk isteri pasti akan menjadi-jadi jika kesilapan itu berpunca daripada suami. Hubungan akan menjadi lebih tegang dan dingin sekiranya si suami tidak memujuk dan membiarkan si isteri merajuk dan isteri pula masih dengan pendiriannya dan tidak mahu mengalah.
Sebagai seorang ketua keluarga, suami tidak seharusnya membiarkan isteri begitu sahaja tanpa memujuknya. Jika dibiarkan begitu sahaja pasti hubungan suami isteri akan menjadi lebih teruk lagi. Adalah lebih baik suami memujuk isteri dengan penuh ikhlas, tapi mengapa suami harus memujuk isteri walaupun suami tidak bersalah? Sila baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini yang akan menjelaskan mengapa dan kenapa.

Isteri Merajuk
Tadi balik dari Pulau Pinang ke KL, jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa macam mahu marah saja. Dia menangis, 24 jam asyik marah saja, menjerit, marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak.
Mana suami puan?
Di belakang tu. Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya.
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua. Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang. Bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.
Sunnah bawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita. Masa itu kita bantu buat kerja rumah.
Sekali-sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca denga cinta dan sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita. Dengar dengan cinta dan perasaan, dengan jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumah tangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Kasihan ramai isteri jadi overstress, sakit jiwa, sakit, kurus dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.
Abang tu kata terima kasih ustaz. Syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kasih.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia. Allah jaga orang jaga agama.
Sumber: Ustaz Ebit Lew & mediamaklumat.com
The post Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk. Jangan Dua-Dua Ego, Baru Rumah Tangga Bahagia  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-merajuk-cepatlah-pujuk-jangan-dua-dua-ego-baru-rumah-tangga-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 460 hits
Duduk sembumbung tetapi masih ramai yang anggap kerja rumah ini hanya tugas seorang isteri semata mata Dia lah yang jaga anak anak dan dia lah yang kemas rumah dan cuci pinggan mangkuk bagai Allah memang penat kalau isteri seorang saja yang...
Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1163 hits
Ibu bapa keluarga jangan campur urusan rumah tangga anak menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar Berikutan kes penceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar serta isterinya Mawar Abdul Karim ramai netizen terkejut dan tidak menya...
Suami Hargailah Isteri Kita Susah Dia Faham Bila Senang Jangan Lupakan

Suami Hargailah Isteri Kita Susah Dia Faham Bila Senang Jangan Lupakan

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 372 hits
Untuk suami apa pun sanggup isteri sanggup korbankan demi melihat pasangan menjadi insan terbahagia Apabila suami senang jangan pula isteri dilupakan Suami isteri pasti berkongsi susah senang bersama sejak dari awal perkahwinan Susah senang...
Baru Dua Minggu Kerja Pekerja Maut Disedut Mesin Giling Sosej

Baru Dua Minggu Kerja Pekerja Maut Disedut Mesin Giling Sosej

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 343 hits
Setiap pekerjaan sudah pastinya mempunyai risiko kecederaan terutamanya yang melibatkan mesin dalam proses pengeluaran Oleh itu pelbagai langkah telah diperkenalkan bagi mengatasi risiko ini Walau bagaimanapun kecederaan tetap berlaku di te...
Pencemaran Teluk Jakarta Disebut Akibat Limbah Industri Dan Rumah Tangga

Pencemaran Teluk Jakarta Disebut Akibat Limbah Industri Dan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 205 hits
Pembangunan kawasan Pantai Bersama hasil reklamasi yang dilanjutkan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta dinilai tidak mengganggu keberadaan biota laut termasuk produksi kerang hijau Penurunan produksi kerang hijau di wilayah itu terjadi disebab...
Afkir Dini Baru Berdampak Pada Harga Ayam Dua Bulan Ke Depan

Afkir Dini Baru Berdampak Pada Harga Ayam Dua Bulan Ke Depan

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 227 hits
Kementerian Pertanian tengah berupaya menstabilkan pasca anjloknya harga ayam di tingkat peternak Salah satu opsi yang tengah dibahas adalah pengurangan produksi atau afkir dini Lewat program ini panen indukan ayam dipercepat Indukan dipane...
Hendak Buang Air Kecil Dua Bocah Temukan Mayat Tinggal Kerangka Di Rumah Kosong

Hendak Buang Air Kecil Dua Bocah Temukan Mayat Tinggal Kerangka Di Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 388 hits
Kasubag Humas Polres Metro Bekasi Kota Kompol Erna Ruswing Andari mengatakan mayat belum diketahui identitasnya tersebut ditemukan di antara rumah kosong oleh dua anak anak yang tengah bermain di sana
Jangan Merajuk Pleaseeeee

Jangan Merajuk Pleaseeeee

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum Hari Sabtu Ahad semenjak dari balik KL lepas Raya haritu I memang ajak kawan kawan datang by group I takde buat Open House tapi sesapa nak datang beraya are welcome Tapi jangan la call nak datang setengah jam sebelum grrrrrr...
Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

Senarai Baru Saman Lucut Hak 1mdb Dua Minggu Lagi Sprm

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 351 hits
Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dikeluarkan sekurang kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi Timbala...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi