Komugi Japanese Bakery Melawati Mall
Minggu lepas waktu jalan-jalan di Melawati Mall, ternampak kedai bakeri baru dibuka. Tak sengaja lalu sebenarnya. Bila betul-betul berada dekat dengan kedai, baru terpandang signboard kedai.
Terpampang nama KOMUGI Japanese Bakery depan mata. Ya ampun secara tak sengaja menjerit kecil sebab terlalu gembira.
Ya begitulah perangai saya bila jumpa benda yang saya suka. KOMUGI Japanese Bakery ni ialah one of my favorites kedai pastri. Terus Tarik tangan suami ajak masuk sama-sama.
KOMUGI Japanese Bakery Pastry, Melawati MallDulu waktu kerja, tahun 2016 Diah selalu beli roti dan kek di KOMUGI, Sunway Pyramid. Memang akan selalu beli signature Cheese Roll Cake mereka.
Sudah berapa tahun Diah tak makan kek dan roti dari KOMUGI Bakery. Rindu sangat. Memang rezeki betul.
Kalau nak tahu KOMUGI Japanese Bakery ni menjual bakeri dan pastri berkualiti dengan jiwa Jepun. Selalu tengok dokumentari kegigihan dan minat orang Jepun hasilkan bakeri dan pastri.
Jadi bila mereka buka KOMUGI, mereka bukan saja promote roti dan bakeri tapi juga resepi dan budaya orang Jepun.
Menu KOMUGI Japanese Bakeri & PastriKalau datang sini memang akan rambang mata nak pilih. Produk dia sangatlah aesthetik, cantik di pandangan mata dan sedap pula tu.
Ada kek, biskut, Japanese Signature, Puding, aneka roti dan banyak lagi. Haritu Diah beli;
Hanjuku Cheese Roll RM6.90
Honey Roll RM5.90
Roll dia memang gebu, lembut dan cair dalam mulut. Paling penting tak terlalu manis.
Pandan Custard Bun RM3.80
Custard dia tidak berketul, tidak terlalu manis dan roti dia lembut. Nak lagi sedap simpan dulu dalam peti ais. Makan waktu custard tu sejuk. Memang nikmat.
Sausage Bun RM4.60
Spicy Chicken Floss Bun RM4.60
Pudding Mango RM6.90
Chicken Floss Bun tu terasa pedas dia. Cukup masin. Maff Sausage Bun anak Diah yang makan, tak sempat ambil gambar.
Pudding Mango memang pekat sangat rasa dia. Macam makan puri buah pon ye juga. Makan sejuk-sejuk sedap. Selalu Diah beli Pudding Chocolate.
KOMUGI Japanese Bakery menjual lebih daripada 100 kepelbagaian produk Jepun asli berkonsepkan semula jadi, ringkas, segar setiap hari, buatan tangan dan premium.
Setakat ini kalau di Malaysia, ada di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Boleh semak store locater KOMUGI Malaysia
Selain tu ada di peringkat antarabangsa ada 15 cawangan francais di Filipina, dan 4 cawangan francais di Brunei.
Review KOMUGI Japanese Bakeri & PastriApa yang Diah suka tentang KOMUGI adalah komitmen mereka menghasilkan produk yang berkualiti. Bila makan tu dapat rasa mereka jual kerana cintakan makanan.
Entah, tak tahu nak explain macamana tapi bila makan tu boleh faham sendiri.
Komugi bukan sahaja berhasrat untuk membuat semua pelanggan tersenyum pada gigitan pertama tetapi juga berpuas hati dengan perkhidmatan pelanggan budaya Jepun.
Dari segi rasa pula, produk bakeri dan kek mereka tak terlampau manis. Sedang elok je. Entah, tak tahu nak explain macamana tapi sedap ya ampun. Kek dia lembut sangat.
Kalau pertama kali cuba, dicadangkan cuba kek roll, kalau suka cheese cuba Hanjuku Cheese. Pudding dia pekat dan sedap. Selain Mango ada Pudding Chocolate dan Pudding original.
Status Halal KOMUGI Japanese BakeryKomugi Central Kitchen juga telah mendapat pensijilan halal pada Januari 2018 dan memperoleh pensijilan Hazard Analysis And Critical Control Points (HACCP) pada Februari 2021.
Tanda halal terpampang besar diletakkan di hadapan pintu masuk kedai. Jadi Muslim boleh makan dengan selamat.
Lepas ni tak payah susah-susah nak cari kek birthday boleh ke KOMUGI Japanese Bakery.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/12/komugi-japanese-bakery-melawati-mall.html