Dinner Di Torii Teppanyaki Setia City Mall
Assalamualaikum..
Lepas jer game bowling hari tu, SA dan Dania dinner kejap kat situ jugak..malas nak pergi tempat lain lagipun dah malam kan..habis event dalam pukul 8.00pm macam tu..SA decided dinner dulu la..kang malas nak makan kalau dah sampai rumah..so pilihan kami kali ni adalah Teppanyaki. Lama sebenarnya x makan kat Teppanyaki..teringin daging goreng apa ntah yang famous tu...dulu outlet Teppanyaki siap masak depan kita kan...kali ni kat SCM dah xde, diorang ada dapur diorang.
Kami berdua tak tau nak makan apa..banyak pilihan..SA sampai lupa amik gambar masa ni..biasalah blogger kan semua nak amik gambar..lepas tu nak letak dalam blog..so gambar outlet Torii Teppanyaki bawah tu SA amik dari google aje.
Dania order Chicken Katsu Curry Don. SA plak order Spicy Jigoku Ramen Beef. Masa mula- mula masuk dalam orak nak makan lain..dah dapat buku menu pilih lain plak..mengada kan..selalu macam tu..
source from google
Melayan anak dara ni ..eh dia suka plak curry japan tu...menu SA special skit..sebab mangkuk clypot tu dia panaskan betul2 panas, tunag kuah jadi menggelegak.lepas tu tutup ngan corong tu...x tau la apa nama menda tu
Chicken Katsu Curry Don Dania punya...sedap kata dia..nasi dia tu beras apa ntah tapi cepat kenyang
ni makanan SA.
Menggelegak macam nak tumpah..lepas tu waiter tu datang suruh kacau- kacau..mana kita tau..kita first time makan ramen gini..
Tang daging tu best...lembut..tapi sikit nau.
Sedap ke ramen SA
Sedap walau pedas..jenuh nak makan sebab panas giler kan...leka duk terhembus2...nasib sedap..biasa SA kalau pilih makan yang bukan- bukan ni dia turn jadi tak sedap..
Tak sabar plak nak balik JB Jumaat ni ngan Dania..trip healing lepas exam dan JJCM..Leh la sambut anniversary mama uncle cukup 3 bulan kahwin. Eh kejap betul la masa berlalu...so far SA dah boleh terima hidup PJJ dengan suami..harap- harap suatu hari nanti kami boleh duduk serumah bersama..boleh jalani kehidupan berumahtangga macama orang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2023/11/dinner-di-torii-teppanyaki-setia-city.html