Komentar Kerajaan Pn Perlu Elak Dan Hapus Rasuah Untuk Kekal Berkuasa Bekas Hakim Negara



KEDUDUKAN kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat rapuh. Jika undi tidak percaya dilakukan terhadap beliau apabila Parlimen bersidang, kita tidak tahu beliau boleh mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Isu yang paling utama ialah adanya UMNO dalam kerajaan itu. PH tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PH terhadap UMNO ialah UMNO parti corrupt. Penyertaannya dalam Kerajaan PN menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan corrupt.

Perhatian khusus akan diberi kepada DS Zahid, sama ada beliau akan diberi jawatan dalam kabinet.

Jika beliau diberi jawatan Menteri, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri, terus terang saya katakan, TS Muyiddin akan kalah undi tidak percaya dan Kerajaan PN akan tumbang.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang menyokong Kerajaan PN, termasuk saya, akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali.

Mereka akan mengambil sikap “Mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing.



Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen PN perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengelukan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan, bahawa:

1. PN tidak akan mengulangi kesilapan UMNO dan PH.

2. PN tidak akan berkompromi dengan amalan rasuan dan penyalahgunaan kuasa.

3. PN tidak akan melantik ahli Parlimen yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah sebagai untuk memegang sebarang jawatan dalan Kabinet PN.

4. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berpengalaman dalam pendakwaan dan undang-undang, berdedikasi danberintegriti untuk menjadi Peguam Negara/Pendakwa Raya.

5. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai kanan SPRM yang berpengalaman, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

6. Kerajaan PN tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi Peguam Negara/Pendakwa Raya dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

7. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan mempengaruhi atau menekan Pendakwa Raya supaya menghentikan pendakwaan atau menarik balik pertuduhan terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya.

8. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam menjalankan tugas kehakimannya.

9. Kerajaan PN tidak akan meminta pengampunan ke atas sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya. Tetapi hak mereka berbuat demikian tidak dihalang.

10. Kerajaan PN akan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbaiki ekonomi negara, taraf kehidupa rakyat dan pentadbiran negara.


TS Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklahbertegas dalam hal ini. Lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah.

Jika UMNO berkeras menghendaki DS Zahid menjadi Menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan UMNO keluar, biarkan PN tumbang. UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

Dalam ucapan pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 12 2007, antara lain, saya berkata:

“Saya sedar bahawa, jika Allah s.a.w. melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan Ketua Hakim Negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah s.w.t. saya memegang jawatan ini hanya sehari sahajapun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk menghakiminya.”
Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

Oleh:
Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/03/komentar-kerajaan-pn-perlu-elak-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Tun Abdul Hamid Mohamad Bekas Ketua Hakim Negara

Dari Tun Abdul Hamid Mohamad Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 325 hits
KEDUDUKAN kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat rapuh Jika undi tidak percaya dilakukan terhadap beliau apabila Parlimen bersidang kita tidak tahu beliau boleh mendapat sokongan majoriti atau tidak Isu yang paling utama ialah ad...
As 7 Bilion Hasil Rasuah Di Zimbabwe Disorok Di Luar Negara

As 7 Bilion Hasil Rasuah Di Zimbabwe Disorok Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 195 hits
AS 7 bilion hasil rasuah di Zimbabwe disorok di luar negara Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Feb 2020 11 00PM
Kerajaan Baharu Perlu Jaga Teras Utama Negara Pembina

Kerajaan Baharu Perlu Jaga Teras Utama Negara Pembina

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 174 hits
Pembentukan pentadbiran harus diselesai secara berhati hati bijaksana BANGI Persatuan Belia Islam Nasional meminta supaya teras utama negara Perlembagaan institusi diraja Melayu dan Islam yang dahulunya sering kali dicabul untuk terus dijag...
Ucapan Tergempar Tun Mahathir Kekal Pendirian Kerajaan Perpaduan

Ucapan Tergempar Tun Mahathir Kekal Pendirian Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 205 hits
Perutusan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad chedetofficialTerlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tua...
Kpn Keadaan Negara Kekal Aman

Kpn Keadaan Negara Kekal Aman

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR 24 FEB Malaysia kekal aman dan orang ramai diberi amaran supaya tidak membuat spekulasi mengenai keadaan politik semasa sehingga menjejaskan keamanan kata ketua polis negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan dititah mengada...
Ahmad Faizal Kekal Mb Perak Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa

Ahmad Faizal Kekal Mb Perak Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 192 hits
Ipoh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini memaklumkan beliau masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak sebagaimana yang diamanahkan selepas mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Selain...
Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

Kemelut Politik Negara Tak Mungkin Berakhir Tanpa Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 205 hits
APABILA Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dan diikuti 10 pemimpin PKR kerajaan sedia ada telah runtuh Berikutan itu juga Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sebelah tengah hari Bagaimanapun Yang di Pe...
Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik

Peguam Negara Lepas Jawatan Atau Patuh Dasar Kerajaan Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 279 hits
Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada mahu mematuhi dasar kerajaan atau melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindaka...
Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

Kes Ltte Patuh Arahan Kerajaan Atau Letak Jawatan Peguam Negara Maszlee Beritahu Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 401 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memberi kata dua kepada Peguam Negara Tommy Thomas berikutan tindakannya memberhentikan pertuduhan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Maszlee ber...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak

Dua Kali Ditangkap Khalwat Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2