Kolum Orang Politik Bermodal Basi


malaysiakini.com
Abdullahjones
Diterbitkan: Dec 2, 2022 8:33 AM
KOLUM | Malaya Baru! Itu andaian yang kami buat apabila PH menang pertama kali yakni pada PRU ke-14 dulu. Kami jangka dengan terbentuknya kerajaan itu, kita semua bakal menikmati kehidupan yang lebih bersama.

Pada waktu itu kami juga menjangkakan bahawa ia adalah waktu untuk melihat matinya politik perkauman.

Kami agak kita semua boleh berpindah dari kehidupan yang penuh dengan syak wasangka kepada hidup saling berganding bahu demi memajukan negara. Sama-sama kita menjalani hidup tanpa ada rasa curiga.

Kami membayangkan semua rakyat saling bertepuk-tampar mentertawakan diri sendiri kerana sudah sedar betapa bodohnya penah hidup dengan saling membenci.

Dalam mimpi indah itu juga kami melihat sebuah negara yang rakyatnya adalah penentu kuasa pemerintahan. Politikus baik dibantu dan yang jahat, korup serta rasis, dicampak jauh-jauh.

Ahli politik mengikut telunjuk rakyat, dan bukan sebaliknya.

Namun bibit awal yang timbul daripada kemenangan itu adalah sifat perkauman yang semakin jelas. Kumpulan yang menang berasakan bahawa mereka adalah pemegang kuasa mutlak dan bersiap sedia untuk membalas dendam.

Yang kalah pula berasa terpaksa memberikan hak istimewa mereka kepada pihak lawan.

Kami bercakap tentang penyokong, bukan pemain utama di pentas politik kita. Dan dalam tempoh 22 bulan itu semangat perkauman menjadi terlebih paràh.

Sikap sesetengah ahli politik juga tidak membantu.

Tak lagi menaruh harapan

Giat benar mereka mencurahkan minyak kepada api persengketaan yang sedang marak menyala. Lalu kami pun habis berharap apabila berlakunya langkah sumbang di Hotel Sheraton itu.

Kemudian datang lagi musim pilihan raya. Muncul kembali ahli politik yang membawa modal basi. Pangkah itu masuk neraka, tanah Melayu milik Melayu.

Yang Cina juga tidak kurang biangnya. Mereka memainkan isu remeh hanya kerana mahu menang.

Lalu kita pun duduk dalam pertelingkahan yang amat lama. Sama ada disedari atau tidak, orang politik terus mempergunakan kita semua hanya untuk memegang tampuk kuasa.

Datang PRU ke-15, dan hanya kerana telah ada akta yang menghalang mereka daripada melompat dan menari dari satu parti ke parti lain, sebuah kerajaan akhirnya dapat dibentuk.

Namun kami tidak lagi menaruh harapan yang kita semua akan keluar daripada sikap perkauman yang melampau. Lihat saja apa yang berlaku dalam waktu senggang sementara kerajaan gabungan dibentuk.

Segala macam kisah lama diulang-ulang. Dan yang menariknya, mereka yang belum dilahirkan pada waktu peristiwa 13 Mei misalnya, juga giat menjadi ejen adu domba dan batu api.

Kami mengandaikan ini sebagai sebuah kejayaan propaganda antikaum yang disemai sekian lama oleh orang politik.

Kita selamanya tidak akan tenteram jika kita semua masih sanggup menjadi si bodoh yang menyokong ahli politik.

Selama-lamanyalah kita akan dipergunakan oleh mereka jika kita masih berasakan bahawa tujuan utama perjuangan orang politik itu adalah untuk memberi kebahagian kita.

Daripada saling membenci, mereka tanpa rasa bersalah akan saling bermaafan apabila kepentingan memiliki kuasa memerlukan. Yang menjadi gila adalah kita.

Naik pening kita mahu memaki siapa.

Berhentilah daripada menjadi balaci politik. Kita bukan apa-apa di mata mereka melainkan alat untuk mereka memperkayakan diri.

Sedikit nasihat buat Lim Guan Eng: ringgit disebut seperti gigit. bukan seperti menyebut tonggek. Dan kepada Anwar Ibrahim, cita-cita kamu untuk menjadi perdana menteri sudah pun terlaksana.

Segala penat lelah kamu kini sudah terbayar. Pimpinlah negara ini dengan baik dan teduh, dan er.... jangan ‘buat tahi.’

ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan pengembara.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kolum-orang-politik-bermodal-basi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Politik Mengelirukan Pengundi Hilang Sudah Moral Dan Nilai Perjuangan

Parti Politik Mengelirukan Pengundi Hilang Sudah Moral Dan Nilai Perjuangan

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 151 hits
agendailt com25 11 2022Kemesraan Rafizi Ramli dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Semasa berkempen bercakap lain tetapi selepas menang lain pula dibuatnya itu yang boleh diperkatakan terhadap sikap parti politik yang bertandi...
Permohonan Maaf Dap Bukti Gps Benar Amal Politik Bersih Kata Abang Jo

Permohonan Maaf Dap Bukti Gps Benar Amal Politik Bersih Kata Abang Jo

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 187 hits
GABUNGAN Parti Sarawak menerima permohonan maaf DAP dengan hati terbuka dan berjiwa besar kata pengerusinya Abang Johari Openg Beliau berkata baginya yang penting DAP mengakui kesilapan mereka dan bersedia membuka lembaran baharu dalam hubu...
Kembali Kepada Politik Kebersamaan Bukan Perpecahan Media Variasi 23 11 2022

Kembali Kepada Politik Kebersamaan Bukan Perpecahan Media Variasi 23 11 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Semua pemimpin Melayu Islam disaran untuk terus memelihara semangat ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan mereka tidak kira apa jua jajaran politik dicapai Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihakny...
Undi18 Dikatakan Punca Suasana Politik Baharu Samudera My 23 11 2022

Undi18 Dikatakan Punca Suasana Politik Baharu Samudera My 23 11 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 23 November 2022 Undi18 dikatakan antara punca suasana politik negara berada dalam keadaan tidak menentu dan tiada pemerintah dapat ditentukan ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Bagaimana ke...
Kebahayaan Pas Dalam Politik Malaysia

Kebahayaan Pas Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 235 hits
ULASAN RAMAI yang menyangka kemenangan besar Pas dalam pilihan raya umum ke 15 Sabtu lepas akan membawa Mahiaddin Yassin untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri semula buat kali kedua Mahiaddin diperkirakan akan mencatat rekod menyam...
Kejayaan Pengkhianatan Zahid Konco Kepada Tuhan Politik D A P Mereka

Kejayaan Pengkhianatan Zahid Konco Kepada Tuhan Politik D A P Mereka

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 277 hits
Kali ni tuhan politik D A P dah boleh tidur baring tak perlu susah payah lagi mahu mengatur orang Melayu kerana kuda belang macai barua telah berjaya menyediakan kerusi empuk untuk mereka bertahta di puncak kuasa Itu sebab saudara barua DAP...
Protes Di China Tunjuk Masalah Politik Mendalam

Protes Di China Tunjuk Masalah Politik Mendalam

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 122 hits
PROTES yang merebak pantas di China dicetuskan oleh rakyat berikutan dasar sifar Covid yang keras kerajaan komunis selain turut mendedahkan kekecewaan terhadap sistem politik negara yang lebih mendalam Orang ramai turun ke jalan di seluruh ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu