Kebahayaan Pas Dalam Politik Malaysia


ULASAN 
RAMAI yang menyangka kemenangan besar Pas dalam pilihan raya umum (Piraum) ke-15 Sabtu lepas akan membawa Mahiaddin Yassin untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri semula buat kali kedua. Mahiaddin diperkirakan akan mencatat rekod menyamai Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan nombor satu itu secara berkembar. 
Kemenangan Pas sampai memperolohi 43 kerusi akan membantu pengerusi PN (Mahiaddin Yassin) menjadi perdana menteri. Kejayaan itu juga meletakkan Pas sebagai parti yang bakal dilihat gah di negara ini pada masa akan datang kerana ia meninggalkan kehebatan Umno sebelum ini.  
Memang PN menjadi gah dan pencapaiannya mengejutkan banyak pihak. Ramai yang tidak menduga kerusi yang diperolehi Pas itu. Walaupun Pas mensasarkan 60 kerusi parlimen, tetapi tidak ramai yang yakin parti itu mendapat sampai 43 kerusi. 
Pencapaian cemerlang itu menyebabkan para pemerhati dan penganalisa menjadi bingung. Mereka tidak percaya kepada sumber dan teori analisa mereka sendiri. Dengan pencapaian Pas itu yang menghimpunkan 73 kerusi dalam gabungan PN sesuatu yang hebat. Bersatu hanya mengutip 30 kerusi. Angka itu menggetarkan PH dan BN. Pas adalah penyumbang utama dan sekaligus muncul sebagai parti yang mengejutkan semua orang, melintasi pencapaian DAP 40. 
Pencapaian Pas itu disambut dengan takbir bergemuruh oleh para penyokong Pas. Pas merayakan kemenangan itu dari Subuh hingga ke Maghrib membawa ke Isyak. Mereka bersorak bangga kerana dapat mengekang PH dan BN daripada mendapat majoriti mudah. Belum pernah berlaku dalam sejarah parti agama itu, mendapat kemenangan sebesar itu. Paling banyak pun sebelum ini Pas berjaya meraih 27 kerusi sahaja pada pilihan raya 1999

Sambang.
Bagaimana pun kegembiraan itu tidak seperti diharapkan. Panas tidak sampai ke petang, dan bulan tidak sempat purnama, sebaliknya sambang sebelum dinihari. Kemenangan itu tidak membawa apa-apa erti kepada Pas khasnya dan PN amnya apabila ia tidak mencapai apa dihajatinya, untuk menobatkan Mahiaddin sebagai perdana menteri. Ia musnah dan hancur  berkecai apabila pengerusi PH Anwar Ibrahim mendapat perkenan untuk mengangkat sumpah sebagai PM10 kira-kira jam 4:30 petang 24 November

Kemenangan besar itu bukan membawa tuah sebaliknya menjadi istidraj kepada PN tetapi membawa tuah kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri. Inilah istidraj dan keterkejutan yang sukar diterima Pas dan PN dengan kejadian itu. Belum tahu Anwar dapat melepaskan hajat untuk jadi perdana menteri kalau Pas tidak menang besar sebaliknya angka atau jumlah kerusi itu bertukar kepada PN. Kemenangan besar Pas itu membantu Anwar. Situasi ini tidak mudah untuk difahami.  
Mungkin ada yang berasa pelik dan hairan kenapa terjadi demikian?  Apakah logik dan munasabahnya hujahan ini? Apakah signifikannya. Apa kena mengena dengan kemenangan besar Pas dengan kemalangan Mahiaddin untuk tidak dapat menjadi perdana menteri kemudian untung serta labanya dipunggut Anwar dan PH? Makrifat politik ini tidak mudah untuk diterima semua orang.

Jika ikutkan perkembangan politik pasca pilihan raya lalu ia sesuatu yang mengejutkan apabila PN yang mendapat kerusi kurang 9 kerusi untuk menyamai kerusi PH tetapi tiba-tiba mereka riuh bercakap untuk menjadi perdana menteri. Keriuhan itu berlaku apabila PN mendapat sokongan daripada GPS (23) dan GRS (6) serta 10 sokongan gelap daripada ahli parlimen Umno dan seorang atau dua Bebas

10 ahli parlimen Umno itu ialah; Hishammuddin Hussein (Semberong), Wee Kah Siong (Air Hitam), Wee Jek Seng (Tanjung Piai), M Saravanan (Tapah), Hasni Mohamad (Simpang Renggam), Jalaluddin Alis (Jelebu), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) Ehsan Mohd Isa (Tampin) dan Joseph Korup (Pensiangan). Mereka ini dianggap sebagai pengkhianat yang terinspirasi daripada Langkah Sheraton.  Dengan sokongan itu Mahiaddin sudah mengira beliau akan diberi perkenan untuk angkat sumpah sebagai perdana menteri. Kerana mempercayai kepada perolehan itulah menyebabkan sampai kini ahli parlimen Pagoh itu semacam tidak berpuas hati dengan pelantikan ahli parlimen Tambun sebagai perdana menteri. 
Hingga ke saat Anwar sedang membaca lafaz dan aku janji memegang jawatan di hadapan Yang diPertua Agong di Istana Negara, Mahiaddin bersama regunya Abdul Hadi Awang mempertikaikannya, mendakwa bahawa beliau yang terdahulu mendapat cukup nombor yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong. 
Manakala Pas yang memberi sumbangan terbesar juga sudah mula mengira-ngira ahli parlimen mereka akan mendapat ghanimah yang tidak pernah dirasai sejak parti itu wujud dan menyertai pilihan raya sebanyak 15 kali. 
Apabila PN diberi dapat membentukan kerajaan dan Mahiaddin diberi perkenan menjadi perdana menteri mereka dapatlah menumpang tuahnya. Kalau semasa menyertai kerajaan Keluarga Malaysia, Pas mendapat tiga jawatan menteri dan empat timbalan menteri, dalam kerajaan baru PN nanti ganjarannya lebih lumayan daripada itu sehingga membayangkan jawatan timbalan perdana menteri untuk Abdul Hadi Awang

Bagaimana pun angan dan impian itu melayang begitu sahaja. Kehilangan itu berlaku disebabkan kesilapan yang mungkin tidak disedari kerana adanya implikasi politik timbul disebalik kemenangan itu. Inilah kuasa Tuhan. Semuanya bermula apabila GPS Sarawak yang mezahirkan sokongan awal untuk PN membuat kesilapan. 
Pengerusi GPS Abang Johari Openg telah membuat kenyataan terbuka memberi sokongan kepada PN tanpa mengira dan mengambil persetujuan konkrit daripada gabungan itu yang terdiri daripada SUPP, PRS dan PBB.  Sikap excited dan gelojoh Johari Openg telah memakan diri sendiri. 
Johari Openg adalah antara pengerusi gabungan politik paling awal mengunjungi Mahiaddin dan membuat kenyataan menyokong PN untuk membentuk kerajaan. Beliau siap dengan mengemukakan tuntutan dan juga syarat-syarat penggabungan dan sokongan yang perlu dipenuhi oleh Mahiaddin Yassin. Dalam kenyataan itu juga bersetuju menamakan Mahiaddin sebagai perdana menteri

Kenyataan atau pendirian Johari Openg itu rupanya tidak dicapai secara konsensus dengan parti-parti dalam gabungan GPS yang terdiri daripada SUPP, PBS dsan PBB. Kegelojohan menyebabkan timbul bantahan dan kemarahan dari beberapa parti dalam gabungan itu. Tentangan itu menjelaskan bahawa kenyataan sokongan GPS dibuat Johari itu sebagai gopoh dan mengelirukan. 
Kenyataan Johari Openg itu telah menimbulkan kemarahan dari kalangan rakyat Sarawak yang tidak dapat menerima keberadaan Pas dalam PN itu. Ia datang daripada parti kaum Dayak, Kadazan dan Cina. Lantaran itu Johari dikecam dan dikutuk, sampai ada perarakan memprotes tindakan GPS untuk bersekongkol dengan PN seperti mana kenyataan Johari Openg itu.

Disebabkan timbul perbalahan itu akhirnya menyebabkan Johari Openg terpaksa membuat kenyataan meralatkan pendirian sebelum dimana soal sokongan kepada kerajaan Persekutuan bakal ditubuh diserahkan kepada Yang diPeretua Agong. Kenyataan itu secara tidak langsung memberi isyarat GPS menarik diri daripada menyokong Mahiaddin. 
Perubahan itulah juga menyebabkan Agong terpaksa memperhalusi jumlah kerusi yang diperoeleh oleh PN yang telah dipersembahkan itu. Hasil semakannya menunjukkan Mahiaddin atau PN tidak mendapat kerusi mencukupi. Kekurangann itu bukan sahaja setelah GPS menarik sokongan tetapi sokongan gelap daripada 10 ahli parlimen Umno juga terbatal apabila Umno membantah SD dikemukakan 10 ahli parlimen berkenaan. 
Apa yang boleh difahami disisni, bahawa Pas telah menjadi masalah kepada PN dan juga Mahiaddin. Mahiaddin hilang sokongan apabila Johari meralatkan kenyataanya, menyerahkan soal pembentukan kerajaan nanti kepada budi bicara Agong. Kenyataan gelojoh Johari itu tidak terpakai.
Justeru, apabila Yang diPertuan Agong terpaksa membuat perincian semula, menyebabkan PN kehilangan majoriti, maka Mahiaddin hilang hak untuk diangkat sebagai PM.

Ertinya kemenangan Pas yang besar itu tidak menguntungkan PN dan Mahaiddin sebaliknya mengundang masalah kepada Mahiaddin dan PN yang bernatijah menyelamatkan Anwar untuk diangkat jadi PM. Kesimpulannya natijah kejayaan besar Pas dalam suasana masyarakat majmuk negara ini tidak menjamin parti itu boleh mendominasi bagi menerajui negara ini. 
Dalam konteks politik dan hubungan masyarakat negara ini, kejayaan PN yang didokong parti agama tidak menjamin ia menyelamatkan keadaan sebaliknya boleh memusnahkan impian. Ini menunjukkan bahawa kejayaan Pas itu dicurigai. Semua itu adalah kerana pendekatan yang diambil oleh Pas yang agressi, redikal menunjukkan semangat agama dan jihad mereka. 
Dari satu sisi PH amnya dan Anwar khasnya perlu berterima kasih dengan kemenangan besar Pas itu kerana ia secara tidak sedar meletakan Anwar di kerusi perdana menteri. Ertinya kedudukan Anwar itu turut sama diasbabkan oleh Pas. Itulah hikmah di sebalik kemenangan besar Pas itu. [wm.kl.38 pm 25/11/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/11/kebahayaan-pas-dalam-politik-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Kuno Jentera Pas Marang Batu 6 Terengganu Otak Obsolete

Politik Kuno Jentera Pas Marang Batu 6 Terengganu Otak Obsolete

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 121 hits
Sekiranya benar tohmahan yang dibuat terhadap 2 kawasan taklukan yang kononya semua sokong PAS Itu adalah satu tindakan yang memalukan dan obsolete Dalam kita berhujah kononnya kitalah ibarat ahli syurga tetapi dalam masa yang sama kita tid...
Terbukti Pengundi 18 Tahun Gagal Memahami Politik Utusan Malaysia 28 11 2022

Terbukti Pengundi 18 Tahun Gagal Memahami Politik Utusan Malaysia 28 11 2022

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 167 hits
SAUDARA PENGARANG SAYA amat menyokong pandangan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bertajuk punca politik kucar kacir yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 23 November lalu Bagi Nadzim pada usia 18 tahun...
W Two Worlds Akan Diadaptasi Di Malaysia Bakal Diterajui Hun Haqeem Daiyan Trisha

W Two Worlds Akan Diadaptasi Di Malaysia Bakal Diterajui Hun Haqeem Daiyan Trisha

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 196 hits
Siapa pernah layan drama W Two Worlds yang ditayangkan pada 2016 dulu ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu W Two Worlds yang diterajui Lee Jong suk dan Han Hyo joo merupakan sebuah melodrama romantik Ia merentasi dimensi berbeza ruang ant...
A New Inclusive Narrative For Malaysia

A New Inclusive Narrative For Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 173 hits
Congratulations to Prime Minister Anwar Ibrahim and Pakatan Harapan If we had the luxury of time we could write long poetic essays about this historical achievement and the immense relief and hopeful excitement that so many of us are feelin...
Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia Kata Pm

Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 143 hits
MALAYSIA berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim nbsp Anwar berkata demikian ketika membalas ucapan tahniah daripada Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud atas pel...
Malaysia Calls On Anwar To Withdraw From Ctpp Sin Chew Daily 26 11 2022

Malaysia Calls On Anwar To Withdraw From Ctpp Sin Chew Daily 26 11 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 112 hits
25 7 10 3 CPTPP CPTPP CPTPP CPTPP CPTPPO CPTPP MOU ABIM PPIM IKRAM PSM 9 29 CPTPP 11 29 Article by Sin Chew DailyMALAYSIA CALLS ON ANWAR TO WITHDRAW FROM CTPP
Malaysia Bangkit Semula Dipimpin Secara Dinamik

Malaysia Bangkit Semula Dipimpin Secara Dinamik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 84 hits
Malaysia bangkit semula dipimpin secara dinamikPosted By on November 26 2022Angkatan Belia Islam Malaysia hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ke 10 dan merafak sembah di atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia S...
Sokong Anwar Untuk Bawa Malaysia Menjadi Harimau Asia Kembali

Sokong Anwar Untuk Bawa Malaysia Menjadi Harimau Asia Kembali

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 171 hits
Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia diharap dapat mengembalikan negara ini sebagai Harimau Asia dengan fokus diberikan untuk mengurangkan kos sara hidup Beliau kini dikelilingi oleh rakan seperjuangan belia...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air