Koleksi Resipi Pelbagai Jenis Laksa Sedap Ada Di Malaysia


Di Malaysia ni ada pelbagai jenis laksa dan setiap satunya punya rasa dan keenakan yang tersendiri. Tidak kiralah macam mana cara pembuatan dan penggunaan bahan-bahannya, semuanya punya cara dan gaya masing-masing. Menghormati resipi yang dikongsi dan menghargai sajian warisan setiap negeri, tidak membuatkan kita rugi malah sebaliknya mampu menerbitkan rasa harmoni serta saling menghormati. Mungkin ada yang suka ubah atau ‘improvise’ resipi. Semua itu terpulang pada cita rasa masing-masing. Hari ni RASA kongsikan beberapa resipi-resipi laksa yang ada di Malaysia yang boleh anda cuba. Ada banyak lagi sebenarnya. Memang sedap! Selamat mencuba!
1. ASSAM LAKSA LEMAK

BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang – rebus dan kisarBAHAN KISAR:
10 biji bawang merah1 labu bawang putih1 inci kunyit hidup1 inci lengkuas1 inci halia3 batang serai1 inci belacan10 biji cili padi10 tangkai cili keringBAHAN TAMBAHAN:
LaksaAir asam jawa1 batang bunga kantan3 keping asam gelugur1 batang serai – diketuk1 kotak santanDaun pudinaSedikit airGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar.
2. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
3. Kemudian masukkan santan ikut kepekatan kuah yang disukai. Jangan terlalu pekat sangat sebab kurang sedap.
4. Bila kuah mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
5. Tambahkan daun pudina untuk mewangikan kuah laksa.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama laksa.
Kredit resipi & foto: Ekynn Aziz
2. LAKSA PENANG  

BAHAN-BAHAN:
1kg laksa beras @ 2 paket laksa kering siap rebusBAHAN KUAH:
2 liter air1kg ikan sardin |direbus dan ambil isinya40gm cili kering | direbus dan dikisar halus8 biji bawang besar |dikisar4sm halia |dikisar4 kuntum bunga kantan | dibelah 21 ikat daun kesum7 keping asam kepingGaram secukup rasaBAHAN SAMPINGAN:
8-10 biji telur rebus1 biji timun | dihiris2 biji bawang besar | dihirisHirisan daun salad secukupnyaLimau kasturi secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan kuah ( kecuali daun kesum)dan biarkan masak sehingga mendidih.Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih lagi sehingga mencapai kepekatan yang disukai.Masukkan daun kesum dan biarkan layu seketika.Apabila mendidih sekali lagi, angkat dan hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan lain.Sedia dinikmati.3. LAKSA ASAM NYONYA

BAHAN-BAHAN TUMISAN:
1/2 kilo isi ikan kembung/ikan tenggiri2 sudu makan cili kisar1000ml air rebusan ikan½ biji nanas1 mangkuk air asam jawa1/2 inci halia1/2 inci lengkuas8 biji bawang merah4 ulas bawang putih10 keping asam gelugor2 batang serai | dititikGaram secukupnyaBAHAN-BAHAN ULAM-ULAMAN:
Laksa rebus secukupnyaTelur rebus secukupnyaSedikit hirisan nanasDaun pudina secukupnyaHirisan bawang besar secukupnyaHirisan timun secukupnyaCili merah secukupnyaCARA MEMASAK:
 Ikan direbus dan dibuang tulangnya. Simpan air rebusan untuk dijadikan kuah. Kisar ikan sehingga halus. Kisar bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan nanas. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi, cili kisar, isi ikan, daun bunga kantan, daun kesum, air asam jawa, serai dan asam gelugur ke dalam air rebusan ikan. Biarkan ia mereneh sehingga menggelegak dan kuah masak. Setelah masak, perasakan dengan garam secukup rasa. Untuk menghidang, letak laksa di dalam mangkuk dan tambah ulam-ulaman seperti hirisan timun, hirisan nanas, hirisan bawang besar, hirisan daun kesum, hirisan bunga kantan, hirisan cili dan daun pudina. Sedia dinikmati panas.4. LAKSA IKAN SARDIN TIN

BAHAN A:
1 tin ikan sardin – buang sos – beli online DISINI1 paket pes asam pedas – beli online DISINI1 keping nanas masak ranumSedikit belacan – dibakar – beli online DISINI2 biji bawang merah – beli online DISINILada kering – abaikan jika tak suka pedasBAHAN B:
Bunga kantanDaun kesum – beli online DISINI1-2 keping asam gelugur – beli online DISINIBebola ikan secukupnyaSedikit garam dan serbuk secukup rasaAir secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan A dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk. Kemudian tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam gelugur. Biar kuah mendidih.
4. Kemudian masukkan bebola ikan, sedikit garam dan serbuk secukup rasa. Kacau sebati dan bila sudah cukup rasa, padamkan api.
5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama laksa, telur, hirisan limau dan juga ulam-ulaman yang digemari.
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
5. LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN :
400 gm satu paket spagetiGaram secukup rasaBeberapa titik minyak zaitun atau minyak masakBAHAN A :
1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi500 gm udang basah/rebus dan ambil isi3 keping ikan kurau masin5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basahBAHAN B :
8 keping asam gelugor3 biji kelapa parut -ambil santan pekat1 sudu makan gula melaka1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikanBAHAN KISAR HALUS :
20 tangkai cili kering15 ulas bawang merah10 ulas bawang putih10 batang serai4 sm halia4 sm lengkuas2 sm kunyit hidup3 sm belacan9 sudu makan biji ketumbar3 sudu makan biji jintan putih3 sudu makan jintan putih2 biji buah keras4 sudu makan kerisikBAHAN ULAM :
Limau kasturi/dipotong untuk diperahTaugehDaun kesum atau daun selasihTimunSambal belacanBawang besar /dipotong bulatKacang panjangLobak asinCARA MEMASAK :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
6. LAKSA THAI
BAHAN UTAMA
1 peket laksa Thai
BAHAN KUAH:
*5 ekor ikan selayang / sardin rebus dengan 2 cawan air. Perisikan.
*3 biji bawang merah kecil
*2 ulas bawang putih
*5 biji cili thai (jika nak kuah pedas)
*1/2 inci lengkuas
*Sebatang akar ketumbar
*1 inci kunyit hidup / serbuk
5 pasang daun limau purut
1 batang serai – ketuk
2 keping asam gelugur
2 cawan santan segar / 1 kotak santan 200 ml.
3 sudu besar nampla (sos ikan)
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK KUAH:
Bahan bertanda dikisar dengan air rebusan ikan.Masukkan dalam periuk. Masuk bahan yang tidak bertanda pula seperti daun limau purut, serai, asam gelugur, santan, sos ikan, garam dan gula.Didihkan sambil kacau perlahan-lahan.BAHAN SAMBAL:
Cili Thai tumbuknamplajus limau nipisCARA MEMASAK SAMBAL:
Tumbuk halus cili. Masukkan nampla dan jus limau,BAHAN HIASAN:
Taugeh segarDaun selasih ThaiKacang panjangDaun ketumbarTelur dadar gulung / telur rebusDaun salad dan sebagainya ikut selera anda.Kredit resipi & foto: Yuss Aisya
7. LAKSA LEMAK KEDAH

BAHAN-BAHAN
1 tin sardin – dibuang sos sardin & cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan jugak)
1-2 biji bawang besar- di kisar
2-3 SB serbuk kari ikan
1 ketul lengkuas besar ibu jari
1-2 batang serai dititik
5-6 tangkai daun kesum
4-5 keping asam keping
1 cawan santan pekat (kalau kurang tambah lagi)
Air
Garam gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak & tumis bawang kisar, serbuk kari ikan & masukkan sekali serai, lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dan rempah dah masak elok. Masukkan sardin gaul sebati kemudian masukkan santan, asam keping & tambah sedikit air.
3. Last masukkan garam, gula secukup rasa & daun kesum. Daun kesum dah layu boleh tutup api. Siap!
4. Jangan lupa rebus laksa.  Ulam-ulam boleh la letak timun, bawang, selom, cili padi yang dihiris nipis.
Kredit resipi & foto: Liyana Hassan
8. LAKSA PAHANG ‘SPECIAL’
BAHAN-BAHAN :
2 paket spageti @ mi laksa | direbus masukkan sedikit garam dan tosBAHAN A :
1kg ikan tenggiri | dibersihkan dan direbusBAHAN B :
200 gram isi ikan masin kurau | bakar dalam kuali sebentarBAHAN DIKISAR C :
7 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 batang serai7.6 sm lengkuas7.6 sm halia25 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
(disangai sekejap dan dikisar halus):2 1/2 sudu makan serbuk ketumbar2 1/2 sudu makan serbuk jintan manis2 1/2 sudu makan serbuk jintan putih3 cawan air2 cawan santan cair2 biji kelapa | ambil santan pekat
3 sudu makan kerisik
3-4 asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN ULAM :
Tauge | dicelur sebentar dalam air panasDaun kaduk | dihirisDaun kunyit | dihirisKobis | dihirisDaun kesum | dihirisDaun selasih | dihirisBawang besar | dihiris nipisKacang panjang | dihiris2 biji limau kasturi | diperahSambal belacan | cili kering ditumbuk dengan belacan dan air sedikitBAHAN SAMBAL BELACAN:
2 tangkai cili merah15 tangkai cili padiSebesar ibu jari belacan1 sudu kecil garam halus2 biji limau kasturi untuk perahanSedikit gulaCARA MEMASAK :
Cara masak sambal belacan :
1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering.
2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan.
3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi
Cara masak Kuah :
1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan untuk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang.
2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya
3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini.
4. Selepas ikan kurau masin dibakar dalam kuali, rendam ikan masin dalam air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini.
5. Bahan C dikisar halus.
6. Campurkan bahan A,B, C masak hingga mendidih dengan api yang perlahan.
7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu.
8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula
9. Masak lama lebih kurang 7 jam hingga pecah minyak dan kacau selalu.
10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.
INFO: Anda boleh juga menggunakan mi laksa yang biasa selain spageti. Ikan selayang juga boleh digunakan selain ikan tenggiri.
9. LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
BAHAN KUAH :
1500 ml santan pekat10 ekor ikan kembong atau ikan selayang/ direbus, dibuang tulang dan kisar4 sudu makan rempah kari ikan3 sudu makan kerisik2 sudu makan cili boh3 biji bawang besar /dikisar1 labu bawang putih /dikisar2 sm halia /dikisar4 sm lengkuas /dikisarSedikit serbuk kunyit2 sm belacan / dikisar45 gm ikan bilis /dikisar3 sudu makan udang kering /dikisar2 ketul gula Melaka3 sudu makan gula4 keping asam keping6 gelas air (220 ml satu gelas)LAKSA:
1 kg laksa kering
*Direbus hingga lembut dan toskan
BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)
150 gm kacang panjang1 kuntum bunga kantan100 gm taugeh60 gm daun kemangi/selasih200 gm kubis (jika suka)BAHAN SAMBAL:
100 gm cili merah20 gm belacan /dibakarGaram secukup rasa*Tumbuk sekali hingga lumatCARA MEMASAK;
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Bila agak garing masukkan santan dan air.
3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping.
4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yang dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa.
5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.
INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bagi mereka yang sukakan rasa masam dan manis yang enak.
10. LAKSA LEMAK PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:
2kg laksa basah8 ekor ikan selayang | direbus dan ambil isinya2 cawan santan pekat2 cawan air untuk tambahan | untuk sesuaikan pekat/cair1 labu bawang besar | kisar8 ulas bawang merah | kisar1 ulas bawang putih | kisar1 inci halia | kisar½ sudu teh lada hitam | tumbuk halus2 keping asam gelugorGaram dan gula secukup rasaserbuk perasaBAHAN SAMBAL LADA:
Cili padiGaramBelacanBAHAN ULAM-ULAMAN/HIASAN:
TaugeKacang panjang | hiris halusTimun | hiris halusBunga kantan | hiris halusKubis| hiris halusCARA MEMASAK KUAH:
Kisar isi ikan bersama air hingga halus.Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus.Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kacau hingga mendidih.Sesuaikan rasa dan tutup api.CARA BUAT SAMBAL LADA:
Satukan semua bahan dan kisar sehingga halus.Sesuaikan rasanya. Info chef: Jika kuah terlebih pekat boleh masukkan sedikit air panas.
 
11. LAKSA SARAWAK

 BAHAN–BAHAN PES LAKSA SARAWAK (200gm)
8 biji bawang merah | kisar halus4 ulas bawang putih | kisar halus10-12 tangkai cili kering | kisar halus1 inci lengkuas | kisar halus1 sudu teh ketumbar | kisar halus1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih3 biji buah keras | kisar halus2-3 batang serai  | kisar halus1 inci belacan bakar  | kisar halus1/4 cawan kacang tanah | digoreng dan dikisar halus1/4 cawan bijan | digoreng tanpa minyak dan dikisar halusSedikit garamSedikit minyak untuk menumisBAHAN-BAHAN KUAH:
200gm pes laksaIsi ayam secukupnya | direbus dan dicarik halus1/2 kilo udang basah 1 bungkus bihun | direndam dan dicelur4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus2 batang serai | diketuk250ml santan pekatGaram dan gula secukup rasaTaugeh | dicelurSedikit daun ketumbar | diracikLimau kasturi secukupnya | dibelah duaBAHAN SAMBAL UDANG KERING :
6 biji bawang merah | dikisar2 ulas bawang putih | dikisarSedikit belacan bakar | dikisarSegenggam udang kering | dikisar halus4-5 sudu makan cili kisarSedikit air asam jawaGaram dan gulaCARA MEMASAK PES:
Satukan semua bahan yang telah dikisar halus.Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.CARA MEMASAK KUAH LAKSA:
Panaskan 2 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang tadi dan kacau menggunakan api perlahan. Boleh tambah air jika perlu.Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.CARA MEMASAK SAMBAL UDANG KERING: 
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.Info chef: Simpan pes di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk menyimpan dalam tempoh lama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/koleksi-resipi-pelbagai-jenis-laksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi Pastri Sedap Mudah Boleh Cuba Buat Di Rumah

Koleksi Resipi Pastri Sedap Mudah Boleh Cuba Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 418 hits
Selain pelbagai jenis manisan hidangan berasaskan pastri selalunya menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika hari raya Paling digemari ramai tentunya pastri manis Dihasilkan dengan pelbagai rupa dan rasa yang enak hidangan ini tentunya memik...
Nampak Sedap 8 Jenis Roti Gardenia Keluaran Singapura Ini Tapi Sayang Tak Jual Di Malaysia

Nampak Sedap 8 Jenis Roti Gardenia Keluaran Singapura Ini Tapi Sayang Tak Jual Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 1592 hits
Tular gambar perkongsian roti Gardenia rasa banana walnut fine grain California Raisin Sekali imbas macam tak pernah nampak pula roti Gardenia ini dijual di kedai kedai di Malaysia Setelah diselidik rupanya roti roti Gardenia ini adalah kel...
10 Jenis Laksa Popular Yang Terdapat Di Malaysia Setiap Satu Ada Keunikan Tersendiri

10 Jenis Laksa Popular Yang Terdapat Di Malaysia Setiap Satu Ada Keunikan Tersendiri

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 654 hits
Laksa merupakan salah satu sajian tradisional signatur rakyat Malaysia dan menjadi menu mesti cuba bagi pelancong yang datang ke Malaysia kerana rasa dan keunikannya yang tersendiri Dalam Malaysia sahaja terdapat banyak versi dan jenis resi...
Resipi Mi Kuah Istimewa Air Tangan Arwah Abah Tak Perlu Garam Perasa Dah Cukup Sedap

Resipi Mi Kuah Istimewa Air Tangan Arwah Abah Tak Perlu Garam Perasa Dah Cukup Sedap

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 354 hits
Orang kata air tangan suami atau ayah kita sememangnya cukup istimewa Sekali sekala turun ke dapur lain macam sedapnya Resipi yang dikongsikan oleh ini memang lain macam sedapnya Resipi istimewa air tangan arwah ayahnya ini menjadi santapan...
5 Resipi Kek Homemade Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Ketuhar

5 Resipi Kek Homemade Sedap Boleh Masak Tanpa Guna Ketuhar

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 495 hits
Terasa nak buat kek tapi tak ada ketuhar Jangan susah hati kerana ada macam macam resipi kek tanpa ketuhar yang anda boleh cuba Ini antara resipi resipi kek kukus homemade yang sedap dan boleh anda cuba Pasti puas hati Bolehlah cuba buat un...
Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 468 hits
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya Kalau nak tahu resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate Hirisan daging dalam kuah menaikkan la...
Resipi Pepes Ayam Simple Sedap Sesuai Untuk Berbuka Puasa Nanti

Resipi Pepes Ayam Simple Sedap Sesuai Untuk Berbuka Puasa Nanti

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 389 hits
Pepes Ayam merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat Dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar menjadikanya seakan akank otot otot tetapi otot kebiasaannya dibuat hanya isi ikan dan kelapa parut Lain pula dengan pepes kerana pe...
Resipi Nasi Tomato Cara Mudah Sedap Ini Sukatan Tepat Memang Power

Resipi Nasi Tomato Cara Mudah Sedap Ini Sukatan Tepat Memang Power

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 362 hits
Baru memasuki Syawal ke 5 juadah raya pastinya masih tersedia buat anak anak dan suami Bukan untuk dihidangkan kepada tetamu tetapi untuk sekeluarga Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah terasa tidak lengkap jika tidak dihidangkan kepada kelu...
Tak Makan Bendi Boleh Cuba Resipi Ni Bendi Goreng Rangup Viral Menu Ringkas Tapi Sedap

Tak Makan Bendi Boleh Cuba Resipi Ni Bendi Goreng Rangup Viral Menu Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 445 hits
Tidak dinafikan bukan semua daripada kita yang gemar makan sayur bendi Alasannya kerana bendi yang berlendir dan lembut Nak pastikan lebih sedap Bendi Goreng Rangup Viral ini mama wajib cuba Resipinya ringkas dan paling penting habis licin ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos