Resipi Pepes Ayam Simple Sedap Sesuai Untuk Berbuka Puasa Nanti
Pepes Ayam merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat. Dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar menjadikanya seakan-akank otot-otot tetapi otot kebiasaannya dibuat hanya isi ikan dan kelapa parut. Lain pula dengan pepes kerana pepes ini boleh dibuat menggunakan isi ayam atau isi ikan.

Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri, ikuti resipi ini. Boleh buat untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Bahan-bahan;
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis

Bahan yang siap diblender

Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan.Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.

Sediakan 3 ketul dada ayam. Potong kecik. Pecahkan 2 biji telur

Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air.

Ayam yang telah dikisar

Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.

Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam

Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang 3×4 Inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.

Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.

Hasil yang telah dibungkus.

Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.

Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.

Siap untuk dihidang.
kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru di potong dan dibakar.
Kredit:Rosmirah Yussof
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Pepes Ayam Simple & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa Nanti appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-pepes-ayam-simple-sedap-sesuai-untuk-berbuka-puasa-nanti/