Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air


Bila tiba ketika bekalan air terganggu, pastinya kaum ibu rasa resah. Mana tidaknya air tu sangat berguna dalam nak uruskan hal-hal seharian di rumah. Nak memasak, membasuh dan macam-macam lagi. Bagi ibu-ibu yang pening fikir menu di hari-hari air tak ada ni, berikut adalah koleksi resipi mudah yang boleh anda masak.
1. DAGING GORENG BERTELUR

BAHAN-BAHAN:
200gm daging | dihiris nipis dan kecil50gm bawang Holland | dihiris 2 ulas bawang putih | dicincang halus2 biji telurSedikit serbuk pati ayamSedikit serbuk kunyit½ sudu teh garam halusSedikit minyak masakCARA-CARA MEMASAK:
Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minitPanaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.Masukan telur ke dalam bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yang dihiris atau potong cili padi untuk rasa yang sedikit pedas.
2. NASI GORENG AYAM PAPRIK

BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih1 biji telur50gm sayur campur | lobak merah, kacang pis, jagung2 biji bawang merah | dicincang2 ulas bawang putih | dicincang3 ulas cili padi | dihiris halusSedikit serbuk pati ayam1 sudu sos tiramGaram secukup rasaMinyak untuk menggorengBAHAN AYAM PAPRIK:
150gm isi ayam | dihiris nipis dan kecil50gm lobak merah | dihiris memanjang½ biji cili banggala hijau | dihiris2 helai daun limau kasturi | dihiris1 batang serai | dititik5 biji cili padi | dihiris1/2 biji bawang besar | dihiris2 ulas bawang putih | dihiris1 sudu makan sos tiram½ sudu makan sos ciliGaram secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan hirisan cili hingga wangi.Masukkan sayur campur, kacau seketika kemudian masukkan serbuk pati ayam.Seterusnya, masukkan nasi, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata dan sekata.Ketepikan nasi,masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.Kemudian gaulkan dengan nasi, selepas seminit dua, tutup api dan ketepikan.Untuk menyediakan ayam paprik. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, putih dan serai dalam kuali hingga wangi.Masukkan hirisan ayam, kacau dua tiga minit.Masukkan pula hirisan lobak merah, cili benggala, sos tiram, sos cili, cili padi dan daun limau purut.Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam.Hidangkan bersama nasi goreng tadi. 
3. SAMBAL SARDIN CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin | saiz sederhana2 sudu makan  pes cili kering1/2 biji bawang besar |dihiris2 ulas bawang  putih |dicincang5 biji cili padi | belah dua1 biji kentang | buang kulit dan potong wedges1 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih  hingga wangi.Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.Tambahkan sedikit air, masukkan kentang, biarkan sehingga kentang empuk.Masukkan ikan sardin berserta air asam jawa. kacau sehingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan masukkan cili api yang dihiris.Sedia  untuk dihidangkan.INFO CHEF: Lebih sedap jika ikan sardin digoreng terlebih dahulu.
4. SUP AYAM KENTANG

BAHAN-BAHAN:
100gm isi dada ayam | dihiris100gm tulang leher ayam | potong 3cm250ml air1 biji bawang merah | dihiris2 ulas bawang putih |dihiris2cm halia | dihiris halus1 bunjut sup bunjutSedikit serbuk pati ayam2 biji kentang | potong wedgesGaram secukupnyaSedikit minyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih serta halia yang dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan air.Apabila air mereneh, masukkan tulang leher ayam dan rebus sehingga empuk.Masukkan pula sup bunjut dan kentang. Didihkan sehingga kentang empuk sedikit. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk pati ayam.Akhir sekali masukkan isi ayam yang siap dipotong dan masak selama lima  minit lagi.Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang  ke dalam sup.INFO CHEF: Boleh hiris cili api untuk rasa yang pedas dan makan bersama sup.
5. KUETIAU KERANG

BAHAN-BAHAN:
300gm kuey tiaw150gm kerang | direbus dan buang kulit4 ekor udang | dibersihkan2 biji telurSedikit taugeSedikit daun kucai1 sudu makan pes cili kering1 sudu makan sos tiram1 sudu makan sos cili1 sudu makan kicap pekat manisGaram  dan perasa secukupnyaMinyak masak untuk menumis.CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng udang sehingga bertukar warna kemerahan.Ketepikan dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.Kacau bersama udang goreng tadi hingga pecah minyak.Masukkan kerang dan kuey tiaw, sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis.Ketepikan kuey tiaw dalam kuali pecahkan telur dan gaul rata.Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.Sebelum angkat, masukkan tauge dan kucai. Kacau seketika dan hidangkan.INFO CHEF: Jika ingin basah boleh tambah sedikit air.
6. AYAM GORENG KUNYIT LADA BENGGALA

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh garam halus1/2 sudu teh serbuk lada sulahBahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang2 tangkai cili merah | hirisBahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang1 biji bawang besar | hiris3cm halia muda | hiris halusBahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu makan sos tiram1/2 sudu teh perasa ayamGaram, gula dan perasa secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan  tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.Kacau seketika, kemudian tutup api.Sedia dihidangkan.7. SAMBAL TELUR HANCUR

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur5 biji bawang merah | kisar2 ulas bawang putih |kisar5 sudu makan cili kisarMinyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaSedikit asam jawaANDA MUNGKIN SUKA: 
13 Resipi Mudah Boleh Masak Guna Periuk Nasi Elektrik
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.Angkat dan sedia dihidangkan.8. SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung |bersihkan30gm lengkuas |dihiris10gm halia |hiris1 batang serai |hiris2 biji bawang besar |belah enam15gm cili padi10gm kunyit hidup  hiris200ml air10gm asam kepingCARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan. Biarkan kuah mereneh.Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan selama beberapa minit, bergantung pada saiz ikan tersebut.Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.INFO CHEF: Boleh masukkan cili padi ketuk untuk sedikit rasa pedas.
9. BIHUN SINGAPURA

BAHAN-BAHAN:
600gm bihun | direndam lembut dan tos kan3 sudu makan minyak masak3 ulas bawang putih | diketuk300gm ayam | dihiris nipis200gm kucai |dipotong pendek250gm kubis |racik halus1 batang lobak merah |disagat1 cawan air1 sudu makan lada  hitam kisarGaram secukup rasaTelur dadar | dihirisCili merah | dihirisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih  sehingga wangi.Masukan ayam dan lada hitam. Kacau rata.Apabila mendidih masukkan mihun, kubis, lobak merah, garam dan air. Kacau rata.Bila nampak mihun lembut masukkan daun kucai.Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.Bila hidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.INFO CHEF: Boleh gantikan hirisan ayam dengan hirisan daging yang telah direbus lembut.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/koleksi-resipi-masakan-ringkas-sesuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sotong Masak Ala Thai Tak Payah Lauk Lain Dah

Resipi Sotong Masak Ala Thai Tak Payah Lauk Lain Dah

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 2315 hits
Kalau datang rasa malas nak masak macam macam lauk RASA sarankan korang masak je lauk sotong macam ni Rasanya dah cukup lengkap manis masin dan pedas Rahsia sedapnya masakan sotong ala Thai ni sebab ada gula apung Thai yang menjadikan rasan...
12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yang Sedap Masak Tanpa Minyak

12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yang Sedap Masak Tanpa Minyak

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1584 hits
Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yang masak tanpa minyak ni Ha Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda koleksi resipi lauk pauk berbuka tanpa minyak yang RASA kongsikan ini pasti b...
Balik Kampung Salai Ikan Masak Masakan Kampung

Balik Kampung Salai Ikan Masak Masakan Kampung

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 699 hits
Hi korang Bz ke tu SA as usual memang tengah bz sangat2 ikutkan hati nak cuti je lama lama tapi sedar diri cuti tak banyak macam orang lain Cuti SA ada 19 hari untuk tahun ni tp dh tinggal 12 hari dh ikutkan esok nak kena cuti lagi ada perj...
Nak Cepat Kurus Sebelum Raya Boleh Cuba 9 Resipi Masakan Ayam Ini

Nak Cepat Kurus Sebelum Raya Boleh Cuba 9 Resipi Masakan Ayam Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 766 hits
Bulan Ramadhan pun dah nak dekat lepas tu Hari Raya kan Semua orang mesti nak nampak cantik dan kurus masa menyambut Hari Raya Kalau begitu anda kena mula menjalani gaya hidup sihat bermula dari sekarang Pemakanan harus dijaga dengan makan ...
10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni

10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 606 hits
Orang kita kalau makan tak pedas tak umpp sebab tulah kebanyakan lauk pauk masakan orang Malaysia terutamanya di kalangan masyarakat Melayu Untuk korang semua yang suka sambal ini ada 10 resipi sambal lauk pauk yang memang terbaik untuk ber...
Informasi 4 Jenama Minyak Masak Air Spritzer Halal Jakim

Informasi 4 Jenama Minyak Masak Air Spritzer Halal Jakim

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1169 hits
Produk Helang Vesawit Knife dan Buruh masih pemegang sijil halalBANGI 12 Syaaban 1440H Khamis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menafikan dakwaan kononnya beberapa jenama minyak masak termasuk air minuman Spritzer mengandungi bahan tidak hala...
Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Sebarang Majlis

Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Sebarang Majlis

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 807 hits
Bacaan Doa Mudah Dan Ringkas Sesuai Untuk Sebarang Majlis Masyarakat kita sememangnya gemar mengadakan sebarang majlis tidak kira majlis berbentuk ilimah mahupun sebagainya Dan seandainya kalian sendiri secara tiba tiba di minta untuk menja...
3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yang Manis Dan Sedap

3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yang Manis Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 728 hits
Ikan dori sering dijual dalam bentuk fillet isi ikan yang disejuk beku Isinya manis dan lembut dan cepat masak Sedap digoreng sebagai menu fish and chips yang popular Ikan Dori memiliki banyak khasiat kesihatan Manfaat paling terkenal adala...
Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam Pencecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang Ramadhan

Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam Pencecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1225 hits
Pelbagai Resepi Ikan Bakar Berserta Air Asam P encecah Yang Harus Anda Cuba Sepanjang RamadhanResepi ikan isi masak asam cukaBahan2
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini