Koleksi Menu Harian Yang Ringkas Dan Gerenti Disukai Keluarga


Masakan harian tidak semestinya yang susah. Lauk yang simple pasti menjadi rebutan. Biasanya untuk hidangan makan tengah hari atau malam lebih gemar satu lauk berkuah dan bergoreng sudah memadai. Lagi ringkas dapat hidangan nasi goreng sudah lengkap untuk hidangan makan tengah hari . Apa yang penting ia boleh mengenyangkan perut. RASA bariskan menu harian yang pasti keluarga menyukainya.

KARI AYAM.
KARI AYAM
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam
1 biji kentang potong 4
3 sudu makan rempah kari daging
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, cengkih & kayu manis)
1 inci halia
1 biji buah tomato
1 biji lada merah dibelah dua
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
½ cawan santan
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang.
2.Masukkan rempah 4 sekawan.
3.Agak bawang telah wangi dan keperangan masukkan rempah yang telah digaul sedikit dengan hirisan bawang.
4.Masukkan daun kari & daun pandan.
5.Masak sehingga pecah minyak.
6.Masukkan kentang.
7.Masukkan ketulan ayam.
8.Tambahkan sedikit air dan renehkan sehingga ubi empuk dan ayam masak.
9.Masukkan bahan perasa.
10.Masukkan santan.
11.Masak sehingga kuah agak pekat.
12.Siap untuk di hidangkan.

UDANG MASAK SOS TIRAM.
UDANG MASAK SOS TIRAM
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
5 ekor udang segar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
Bawang Holland dipotong bulat
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 keping asam gelugur
2 sudu teh gula
Garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1.Udang digaul dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng sehingga garing.
2.Masukkan hirisan bawang dan halia.
3.Masukkan sos tiram dan sedikit sahaja air.
4.Gaul hingga sos sebati dengan udang.
5.Masukkan asam keping.
6.Masukkan gula. Sesuaikan rasanya.
7.Angkat dan taburkan hirisan bawang Holland.
8.Siap untuk dihidangkan.

SOTONG MASAK ASAM.
SOTONG MASAK ASAM
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar dikelar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 biji kentang potong bulat nipis
Hirisan bawang Holland
½ mangkuk air asam jawa
Bahan perasa, garam & gula
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Di dalam kuali, goreng hirisan kentang sehingga garing dan ketepikan.
2.Di dalam minyak yang sama, tumis semua bawang dan halia.
3.Masukkan air asam jawa.
4.Sesuaikan rasa garam & gula.
5.Masukkan sotong dan masak seketika.
6.Setelah masak, masukkan hirisan kentang goreng tadi dan gaul rata.
7.Masukkan tomato dan cili padi.
8.Masukkan daun sup dan daun bawang.
9.Sedia untuk dihidangkan.

NASI GORENG CILI KERING.
NASI GORENG CILI KERING
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Pedas menyelerakan
Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering
4 keping lobak masin
½ genggam ikan bilis
1 biji telur
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan.
2.Goreng lobak masin dan ketepikan.
3.Cabai kering direndam di dalam air panas terlebih dahulu dan ditumbuk kasar.
4.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah.
5.Setelah naik bau, masukkan cili kering yang ditumbuk tadi.
6.Masukkan cili padi .
7.Masukkan telur dan gaul sehingga telur agak garing.
8.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.
9.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
10.Masukkan ikan bilis dan lobak masin yang digoreng tadi. Gaul lagi sehingga sebati. 11.Siap untuk dihidangkan.

BUBUR NASI DAGING.
BUBUR NASI DAGING
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM10
BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging dihiris nipis
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
1 inci halia*
Rempah 4 sekawan*
1 sudu kecil serbuk lada hitam*
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang & daun sup
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji lobak merah dipotong baji
Bahan perasa, garam & gula
Bawang goreng
1 mangkuk beras
CARA MEMASAK 1:
1.Di dalam periuk, masukkan beras bersama bahan bertanda *.
2.Masak sehingga beras lembut menjadi seperti bubur.
3.Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
4.Setelah itu, masukkan kentang, lobak merah, cili padi, tomato.
5.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
6.Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan bawang.
7.Taburkan bawang goreng.
8.Siap untuk dihidangkan.
ATAU
CARA MEMASAK 2:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai.
2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup.
3.Masukkan kentang.
4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi.
5.Setelah kentang empuk, masak seketika. Sesuaikan rasa.
6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup.
7.Sedia untuk dihidangkan.

NASI GORENG SARDIN.
NASI GORENG SARDIN
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Pedas menyelerakan
Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
1 tin sardin
1 biji telur
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan cili padi.
4.Masukkan sardin berserta sosnya.
5.Hancurkan isi ikan sardin dan kacau rata.
6.Pecahkan telur, masak hingga garing.
7.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.
8.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
9.Goreng sehingga nasi menjadi berderai.
10.Siap untuk di hidangkan.
Untuk mengelakkan isi sotong menjadi liat, sotong hendaklah dimasak tidak terlalu lama.
Satu lagi kaedah membuat bubur nasi adalah dengan cara nasi dikisar halus bersama kuah sup yang telah dimasak terlebih dahulu.Kaedah ini lebih menjimatkan masa tetapi rasanya tidak sesedap bubur nasi yang direbus sehingga menjadi bubur.
Sup ini sedap dimakan bersama cili kicap juga bawang putih.

SUP SOTONG BERSERAI.
SUP SOTONG BERSERAI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar dikelar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang & daun sup
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji serai dititik
Bahan perasa, garam dan Gula
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai.
2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup.
3.Masukkan kentang.
4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi.
5.Setelah kentang empuk, masukkan sotong. Masak seketika, Sesuaikan rasa.
6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup.
7.Sedia untuk dihidangkan.
Masakan ini boleh dilazatkan lagi dengan penambahan daun kari. Aroma daun kari dapat memberikan rasa lebih enak kepada masakan.
Selain sotong, masakan sup ini juga sesuai untuk udang dan juga ketam.
Santan di dalam masakan ini boleh digantikan dengan kerisik. Boleh menambah kerisik bersama santan. Penggunaan kerisik dapat membuatkan kuah kari menjadi lebih pekat beraroma dan lazat.
Petai yang dipotong bersama kulit perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu bagi mengelakkan petai berasa kelat semasa proses memasak.

TELUR MASAK KICAP CILI PADI.
TELUR MASAK KICAP CILI PADI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas
Anggaran kos: RM8
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur ayam
3 ulas bawang putih
Hirisan bawang besar
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Kicap pekat manis
Hirisan daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Telur digoreng mata kerbau dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis hirisan bawang.
3.Masukkan cili padi dan hirisan tomato.
4.Masukkan kicap pekat manis bersama sedikit sahaja air.
5.Masukkan telur mata tadi, tumis sehingga telur mesra bersama kuah kicap.
6.Masukkan bawang besar.
7.Angkat dan taburkan daun bawang.
8.Siap untuk dihidangkan.

IKAN BILIS LADA BERSAMA PETAI.
IKAN BILIS LADA
BERSAMA PETAI
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas
Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis
1 biji kentang dipotong dadu
1 genggam cili padi
5 ulas bawang merah
1 keping asam keping
3 tangkai petai dihiris bersama kulit
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi dan bawang merah.
2.Goreng ikan bilis dan ubi kentang sehingga garing.
3.Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan blender.
4.Masukkan asam keping.
5.Masukkan bahan perasa, garam & gula.
6.Tumis sehingga sambal garing.
7.Masukkan petai.
8.Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
9.Siap untuk dihidangkan.
Masakan ini tidak perlu lagi ditambah garam dan gula kerana rasanya sedia terdapat daripada kicap yang digunakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/koleksi-menu-harian-yang-ringkas-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Minta Polisi Tangkap Dan Hukum Setimpal Pembunuh Editor Metro Tv

Keluarga Minta Polisi Tangkap Dan Hukum Setimpal Pembunuh Editor Metro Tv

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 254 hits
Sebelum ditemui meninggal dunia sang adik mengaku menjumpai sejumlah hal berbeda dari kebiasaan kebiasaan sang kakak sebelumnya Akhir akhir ini almarhum sering ngaji setiap malam salat malamnya jadi rajin kata Dimas
Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu Aktiviti Keluarga

Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu Aktiviti Keluarga

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 441 hits
Walaupun Lahad Datu tengah kecoh kecoh pasal pencerobohan rakyat Filipina berketurunan Sultan Sulu tapi kitaorang sempat lagi pegi mandi mandi kat pantai di Tungku iaitu salah satu daerah kecil di Lahad Datu ada kitaorng kesah pasal lanun h...
Annuar Pembahagian Kerusi Pn Umno Ppbm Dibincang Secara Keluarga

Annuar Pembahagian Kerusi Pn Umno Ppbm Dibincang Secara Keluarga

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 201 hits
July 11 2020 7 18 PMSetiausaha agung BN Annuar Musa berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi perlu dibuat secara tertutup bagi memastikan rakyat tidak terlalu dihidangkan dengan cerita politik KUALA LUMPUR Perikatan Nasional akan me...
Keluarga Arwah Adib Dukacita Dengan Pdrm

Keluarga Arwah Adib Dukacita Dengan Pdrm

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 213 hits
HARAKAH DAILY KELUARGA arwah Adib meletakkan harapan yang sangat tinggi agar Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan dengan bersungguh sungguh dan telus bagi mencari dan menangkap pembunuh arwah Adib sesuai dengan dapatan terperinci Mahk...
Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 322 hits
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kematian anggota bomba ber...
Hiburan Yang Menghina Ingat Korang Pun Ada Keluarga Sharifah Sakinah Tampil Bersuara Selepas Dihina Netizen

Hiburan Yang Menghina Ingat Korang Pun Ada Keluarga Sharifah Sakinah Tampil Bersuara Selepas Dihina Netizen

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 502 hits
Tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet berikutan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran berbentuk lua...
Keluarga Sempat Ingin Melapor Polisi Saat Yodi Hilang Kontak

Keluarga Sempat Ingin Melapor Polisi Saat Yodi Hilang Kontak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 230 hits
Fauzan rekan sekantor korban menjelaskan bahwa orang tua korban juga sempat menanyakan keberadaan korban ke pihak kantor
Setiap Hari Hanya Minum Milo Lelaki Dedah Tabiat Pelik Pekerjanya Rupanya Ada Kisah Sedih Tentang Keluarga

Setiap Hari Hanya Minum Milo Lelaki Dedah Tabiat Pelik Pekerjanya Rupanya Ada Kisah Sedih Tentang Keluarga

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 279 hits
Selalu orang kata kalau seseorang itu ada tabiat pelik dalam rutin hariannya mesti ada sebab yang tidak diceritakannya Misalnya menyimpan sesuatu barang yang dijadikan sebagai tanda kenangan Ada juga tabiat pelik di mana seseorang itu akan ...
Program Pemerkasaan Keluarga Kak Lah Ke Beaufort Sabah

Program Pemerkasaan Keluarga Kak Lah Ke Beaufort Sabah

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 308 hits
FACE fokus pengukuhan institusi keluargaSYUKUR Beberapa hari lepas Kak Lah meneruskan Lawatan Kerja ke Komuniti FACE di Kg Rancangan Klias Beaufort Sabah FACE atau Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti adalah satu program pembangunan ke...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi