Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur


Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur | Salam semua, nasi goreng, menu yang kebanyakan menjadi pilihan untuk waktu sahur dalam bulan puasa nanti. Menu yang boleh dikatakan cepat dimasak sebab semua lauk dah disatukan sekali dalam nasi. Kalau tak buat tiap - tiap hari pun dalam tempoh 30 hari mesti kena masak nasi goreng. Kali ini sis nak kongsi resepi nasi goreng sedap untuk buat sahur nanti. Bila waktu sahur biasanya nak makan pun tak lalu sangat kan tapi bila buat sedap sikit macam nasi goreng, tentu berselera sikit nak makan. 

Seeloknya sebelum nak tidur, boleh dah sediakan bahan - bahan yang nak dimasak untuk nasi goreng. Tak adalah masa bangun nanti sibuk nak potong itu ini kan. Persediaan awal itu lebih penting. Tak nak jadi kalut. Semua bahan - bahan kena lah beli awal - awal tak nak ada tertinggal nanti kan. Kalau tak cukup bahan nanti tak sedap. 
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur Di bawah adalah senarai menu nasi goreng serta cara masak nasi goreng untuk dicuba nanti 
1. Resepi Nasi Goreng Kampung 
Bahan - Bahan
3 cawan nasi
6 ekor udang, dibuang kulit
2 ekor sotong, dipotong bulat
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
1/2 ikat sayur kangkung
1 mangkuk kecil karot, didadu
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
2 ketul fish cake, putong dadu
Ikan bilis goreng
Serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.4. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur.5. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
6. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. 7. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
8. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.
Kredit : https://resepichenom.com/resepi/nasi-goreng-kampung/show
2. Resepi Nasi Goreng Cina Tanpa Perencah
Bahan-Bahan
2 mangkuk nasi putih
2 biji telur
Isi ayam, hiris nipis
Isi udang
Sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
Lada sulah
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil minyak bijan
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Bahan untuk hiasan
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Hirisan cili
Timun
Sambal belacan

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. 4. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
5. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
6. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 8. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

Tips:
1. Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasik goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. 2. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng. 
Kredit : https://resepichenom.com/resepi/nasi-goreng-cina/show
3. Resepi Nasi Goreng Tomyam
Bahan-Bahan
Bahan untuk nasi goreng
3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
1 biji telur
2-3 sudu besar pes Tom Yam ( guna pes Tom Yam Kung )
7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
2 batang serai, hiris nipis
3 helai daun limau purut, carik-carikkan
2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
Sayur kobis, potong kecil
Karot, potong dadu kecil
2-3 helai sawi, hiris nipis
Bahan untuk tumbuk kasar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
Bahan untuk hiasan tambahan
Keropok goreng
Telur goreng mata
Cara - Cara
1. Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.
Kredit : Siti Fatimah
4. Resepi Nasi Goreng Sardin 
Bahan - Bahan
1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg
1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 batang karot - potong dadu
3 biji telur
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit garam - jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan Hiasan
Daun sup
Cili merah
Bawang goreng

Cara - Cara
1. Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai.
2. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. 3. Masak hingga cili masak dan pecah minyak.
4. Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. 5. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap saja
6. Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. 7. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi.
8. Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. 9. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
S10. ebelum dihidangkan, tabur daun sup, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.

Kredit : https://www.aziekitchen.com/2017/11/nasi-goreng-sardin-sangat-sedap.html
5. Resepi Nasi Goreng Ayam 
Bahan - Bahan 
Nasi putih (nak sedap nasi yangg masak dalam 2 jam) tak keras lagi
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering blend | 2 atau 3 sudu
Ayam
Telur sebiji
Cili padi kalau nak
Kicap manis / kicap apa pun boleh
Garam
Gula
Ajinamoto
Kiub pati ayam (1/2)
Sayur (apa-apa sayur yg sedap sawi ,carrot, kobis dan kacang panjang
Cara - Cara
1. Pertama sekali, ayam mentah di cuci bersih dan digaul garam serta kunyit. 2. Kemudian di goreng( ayam goreng).
3. Kemudian, tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih. 4. Apabila sudah garing dan wangi masukkan cili kering.
5. Dah pecah minyak masukkan kicap manis atau apa-apa kicap kemudian pecahkan telur sebiji dan kacau.
6. Masukkan perasa iaitu garam, gula sikit, kiub pati ayam dan ajinamoto sikit kalau nak (ajinamoto yang buat sedap)
7. Dah nampak pekat dan cukup rasa tu baru masukkan nasi putih. 8. Kemudian kacau lah sehingga sebati.
10. Akhir sekali masukkan sayur yangg disukai.
11. Kemudian ambil ayam goreng tu diketuk dan cincang seperti dalam gambar, curahkan sos di atas.

Nota 1. Kalau rajin buat  sup dan kemudian potong timun ,tomato ke salad ,bawang goreng ke sebagai hiasan.
2. Siap untuk dihidangkan.
Kredit : https://dailymakan.com/resepi-mudah-nasi-goreng-ayam/21801/
6. Resepi Nasi Goreng Daging 
Bahan - Bahan 
Daging 300 gram
4 – 5 senduk nasi
3 sudu makan ikan bilis *
2 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
2 tangkai cili kering *
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap masin cair
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap pekat manis
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
Secubit garam gula serbuk perasa jika mahu
Sayur / cili / hirisan daun bawang
Cara - Cara 
1. Potong nipis daging dan didihkan air. Apabila sudah didih, masukkan daging dan rebus sampai masak. Toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda (*) 3/4 lumat.
3. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng biar garing sedikit dan angkat. Ketepikan.
4. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik baru. 5. Kemudian masukkan cili kisar, masak sekejap dengan api kecil barulah masukkan kicap cair, sos tiram, sos cili, kicap dan minyak bijan. Perasakan untuk kali pertama.
6. Sebelum masukkan nasi, keluarkan 1/2 mangkuk perencah nasi goreng tadi untuk elak nasi terlalu lembut. 7. Masukkan nasi dingin atau yang disejukkan. Gaul rata. Kalau nasi kering, tambah bahan perencah ikut keperluan.
8. Perasakan dengan lada sulah, sayur dan potongan cili serta garam gula mengikut pilihan anda.
9. Masak sehingga sayur layu dan boleh lah dihidangkan dengan sambal becan dan lobak jeruk serta ditaburkan dengan hirisan daun bawang.
Kredit : https://bidadari.my/resepi-nasi-goreng-daging/
7. Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai 
Bahan - Bahan 
Bawang putih kisar kasar/tumbuk.
Ikan masin jenis apapun boleh, cincang kasar.
Kacang panjang hiris kasar.
Minyak.
Cili padi. Untuk yang suka pedas.
Fish sos.
Sos tiram.
Garam.

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.
2. Masukkan 1/2 sdm bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.
4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak.
5. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
6. Selepas itu masukkan 2 sudu makan sos ikan.
7. Masukkan 1 sudu makan sos tiram.
8. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!

Tips :
Kalau mahu lagi sedap pastikan masa goreng nasi menggunakan api kuat hingga nasi masak sebati.
Kredit : https://saji.my/resepi-nasi-goreng-ikan-masin/
8. Resepi Nasi Goreng Cili Kering Versi Opah
Bahan - Bahan
3 cawan nasi
Bawang besar 1 biji (tumbuk)
Bawang putih 3 ulas (tumbuk)Ikan bilis (tumbuk)Cili kering (7 batang rebus/tumbuk)
Belacan 1 inci (tumbuk)
Telur 2 biji
Garam
Perasa
Kalau nak tambah sayur /daging/udang pon boleh

Cara - Cara 
1.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sampai garing menggunakan planta (minyak pun boleh)
2.Pecahkan telur dan selepas itu, masukkan nasi.
3.Letak garam dan perasa.4. Siap untuk dihidangkan

Kredit : https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/nasi-goreng-cili-kering-versi-opah-aduhai-simple-dan-sedap/
9. Resepi Nasi Goreng USA 
Bahan - Bahan
Nasi putih 4 cawan
Isi ayam, udang, sotong
Sayur kangkung
Cili padi secukupnya diketuk dahulu
Bahan Tumis
4 sudu besar ibu sambal (optional ) 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar cili kisar @ ciliboh
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
kicap manis secukupnya
1 kecil serbuk lada sulah
1 biji telur
Garam, gula,secukup rasa
Cara - Cara
1. Tumis bawang hingga layu masukkan cili kisar tumis lgi hingga pecah minyak dan masukkan telur biarkan hampir masak baru kacau rata.
2. Masukkan bahan tumis yg berbaki satu persatu sambil kacau. 3. Akhir sekali  masukkan ayam, udang, sotong gaul rata dan kecilkan api reneh sekejap hingga udang hampir masak.
4. Masukkan nasi, kangkung dan kacau sebati. Siap.
Kredit : Aisyah Humaira 
10. Resepi Nasi Goreng Kimchi 
Bahan - Bahan
Kimchi - kuantiti semangkuk kecil - dipotong
2 batang daun bawang - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 ketul isi ayam - dipotong dadu
Separuh lobak merah - dihiris halus
Semangkuk nasi
2 sudu besar minyak masak
Sos pedas Korea Adabi
Kepingan rumpai laut Big Bang - digunting
1 biji telur ayam

Cara - Cara
1. Mula - mula panaskan 2 sudu besar minyak masak.
2. Kemudian tumiskan 2 batang daun bawang (dihiris) dan 3 ulas bawang putih (dicincang) sehingga naik bau wangi tumisan.
3. Masukkan 2 ketul isi ayam (dipotong dadu) dan gaul sehingga masak.
4. Masukkan hirisan kimchi dan gaul rata.
5. Untuk perasa pedas, saya masukkan sedikit sos Korea Adabi. Boleh tambahkan garam untuk rasa yang lengkap.
6. Masukkan hirisan lobak merah untuk tambahan tekstur rangup dalam hidangan.
7. Masukan semangkuk nasi. Guna beras tempatan pun ok juga. Untuk lebih dekat dengan rasa Korea, anda boleh gunakan beras Jepun jenama Sumo.
8. Gaul sebati, masa ni bau masakan sangat harum. Terasa macam masuk restoran Korea, ada bau asap kimchi yang dimasak.
9. Siap dan sedia dihidang. Untuk makan bersama, bolehtelur goreng mata dan hirisan seaweed jenama Big Bang.
Kredit : Zurina Zulkefli
11. Resepi Nasi Goreng Pattaya 
Bahan-Bahan
Bahan untuk nasi goreng
2 cawan nasi putih
3 sudu besar minyak masak
5 ekor udang, buang kulit
sedikit isi ayam, potong kiub
1 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
Sedikit sayur campur
1/2 ketul kiub ayam
Serbuk lada sulah
Sedikit kicap cair
Timun, untuk hiasan
Tomato, untuk hiasan
Bahan untuk salutan atau telur dadar:
2 biji telur ayam
Secubit garam

Cara - Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
3. Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
4. Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kacau telur bersama secubit garam. 7. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
8. Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. 9. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.
Kredit : https://resepichenom.com/resepi/nasi-goreng-pattaya/show
12. Resepi Nasi Goreng Paprik Ala Thai 
Bahan-Bahan
Bahan Nasi Goreng  (3 orang makan)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)3 ulas bawang putih (cincang halus)
3 sudu besar cili kering blender1 sudu besar paste tomyam
Isi ayam (ikut selera)
Sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
Garam gula secukup rasa
Bahan Paprik Campur 
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili blender
1 sudu besar sos tomato
Sayur-sayuran ( kubis bunga, carrot, kacang panjang, tomato)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)
2 batang serai diketuk
1 sudu tepung jagung( bancuh dengan sedikit air)
Kicap pekat & kicap lemak manis
1 inci halia dihiris
Isi ayam, udang dan sotong
Cara - Cara 
Penyediaan Nasi Goreng 
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak

Penyediaan Paprik Campur 
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih,halia dan serai hingga naik bau, kemudian masukkan cili blender dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehingga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5.Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi

Kredit : Nana Ereena
13. Resepi Nasi Goreng Kerabu  13 Jenis Ulam 
Bahan - Bahan
4 cawan nasi
Ikan masin goreng 3 ekor (bila dah sejuk ditumbuk kasar)
Ikan bilis secawan ditumbuk
7 biji bawang merah kecik ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
Cili padi pedas 15 biji
3 batang serai dihiris2 halus
1 batang bunga kantan dihiris halus
Garam dan serbuk perasa
Pelbagai jenis ulam daun - daun kayu (Dihiris halus)

Ulam yang dihiris halus
Daun serai kayu
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Bayam Brazil
Kacang panjang
Kacang botol
Daun Otak Udang
Ulam raja
Daun sambung nyawa
Daun cekur
Daun kesum
Pucuk kunyit muda
Daun selom

Cara - Cara
1. Panaskan minyak, masukkan kesemua bahan tumbuk tadi (bawang, ikan bilis dan cili padi). Goreng sehingga garing.
2. Masukkan serai & bunga kantan hiris.Kacau sebati kemudian masukkan nasi dan pelbagai jenis ulam2 tadi.
Masukkan ikan masin tumbuk tadi..perasakan garam sikit je sbb ikan masin dah masin dan serbuk perasa sedikit, kacau sebati, siap
Sedap dimakan bersama sambal belacan.
Nota : Ulam ikut apa yang ada pun ok juga

Kredit : Siti Mazlyn
14. Resepi Nasi Goreng Cendawan
Bahan - Bahan
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - cincang
200 gm isi ayam - potong kecil-kecil 
1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 biji kobis ungu - dihiris halus 
1/2 biji capsicum kuning - didadu 
1 tin cendawan butang - dibelah 43 sudu besar kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu. 
7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam.

Kredit : Group resepi nasi goreng best facebook
15. Resepi Nasi Goreng Ladna 
Bahan - Bahan untuk nasi 
Nasi sejuk (3-4 mangkuk)
Sedikit minyak
Kicap secukupnya
Sedikit serbuk secukup rasa
1 ulas bawang putih

Bahan-bahan (untuk ladna)
Sedikit udang, sotong, dan isi ayam (dipotong mengikut kesesuaian)
Sayur campur - Sawi jepun, putik jagung, carrot, bunga kubis, cili merah (dipotong)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Sedikit minyak (untuk menumis)
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung (mengikut kepekatan)
Sedikit air (untuk kuah ladna)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Penyediaan Nasi Goreng 
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
3. Masukkan kicap secukupnya dan tambahkan serbuk secukup rasa.
4. 5. Kemudian gaul dan kacau sekata dengan nasi yang telah dileraikan.
Matikan api dan ketepikan

Penyediaan Masak Ladna 
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang, sotong, dan isi ayam. Tambahkan air secukupnya.
3. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air sejuk. 5. Kacau sehingga kuah pekat-pekat sedikit.
6. Masukkan sayur campur. Biarkan masak seketika.
7. Tambah gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
8. Siap. Sedia dihidangkan bersama nasi goreng tadi.
Kredit : http://reenkhan7067.blogspot.com/2018/05/nasi-goreng-ladna.html
Diharap dapat membantu sekiranya buntu nak masak apa untuk sahur nanti. Boleh cuba buat nasi goreng yang mudah ini. Terima kasih buat penyumbang resepi yang sudi berkongsi. 
Sis banyak ambil dekat facebook di group masakan dan juga kredit untuk pemilik blog yang sudi berkongsi. 
Baca Juga : 
1. Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa
2. Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa
3. 30 Resepi Kuih Tradisional Mudah Untuk Berbuka Puasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/04/koleksi-resepi-nasi-goreng-sedap-dan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 504 hits
Siapa suka Nasi Lemak tapi rasa beratnya lah nak makan nasi lemak ni sebab kalori saja dah berapa untuk sepinggan Nasi lemak boleh dikatakan menu wajib bagi rakyat Malaysia dan sangat mudah didapati di mana saja Lauk gandingan haruslah ada ...
6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 479 hits
Bulan Ramadan penuh keberkatan kian menjelang Bila tiba saat ini para ibu tentunya antara yang paling sibuk menyediakan sajian sahur buat keluarga tercinta Bangun awal untuk memasak sahur menjadi satu cabaran terutamanya bagi ibu ibu yang b...
13 Resepi Kek Batik Sedap Pelbagai Rasa Mudah Dibuat

13 Resepi Kek Batik Sedap Pelbagai Rasa Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 1164 hits
Resepi Kek Batik PremiumSiapa yang tidak kenal kek batik kan Kek yang sedap dan sudah pasti mudah dibuat Kek batik selalunya dibuat menggunakan biskut Marie dan tidak menggunakan ketuhar Hanya sejukkan dalam peti sejuk je Kek batik yang asa...
Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 347 hits
Siapa suka makan roti dengan jem Lebih spesifik Jem Nanas Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat Boleh sahaja buat sendiri di rumah Anak saya Zikri pun boleh buat Jem Nanas se...
Ini Rahsia Mi Goreng Sedap

Ini Rahsia Mi Goreng Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 432 hits
Teringin nak makan mi goreng sedap tapi nak cuba cara masak yang lain Pernah jemu makan mi goreng sampai nampak mi goreng pun rasa nak muntah Tak tahulah sejak COVID 19 terperap duduk rumah ni selera makan pun jadi tak sihat Cepat betul jem...
Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap

Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 787 hits
Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap Setiap kali bulan Ramadhan tiba soalan yang dah biasa keluar nak masak apa menu untuk berbuka puasa Bukan senang nak fikirkan menu hari hari untuk berbuka Kalau macam sis sendiri pun d...
Resepi Mudah Roti Telur Rangup Dengan Serbuk Roti

Resepi Mudah Roti Telur Rangup Dengan Serbuk Roti

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 854 hits
Roti Telur Goreng Rangup Dengan Bread Crumb Bread crum atau serbuk roti memang boleh membantu merangupkan makanan yang anda goreng Dah sarapan Sarapan apa hari ini Mesti ada yang makan nasi lemak nasi goreng roti canai dan sebagainya Kami m...
Resepi Murtabak Mee Baby Potong Jejari Comel Mudah Anak Nak Pegang

Resepi Murtabak Mee Baby Potong Jejari Comel Mudah Anak Nak Pegang

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 254 hits
Sesekali berkreatif dengan hidangan anak pastinya buat anak makin berselera Murtabak Mi Baby yang dipotong jejari comel antara hidangan kreatif mudah dan sedap yang boleh diberikan untuk anak Paling menarik hendak membuatnya pun cukuplah mu...
Cara Mudah Nak Buat Apam Balik Homemade Yang Sedap Puas Makan

Cara Mudah Nak Buat Apam Balik Homemade Yang Sedap Puas Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 418 hits
Sedapnya kuih Apam Balik panas panas ni Sekeping je tak cukup Tapi ramai yang tak berani nak cuba masak secara homemade sebab tak ada dapur khas Usah risau sebab walau tak ada dapur khas untuk apam balik anda masih boleh masak kuih ni Guna ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui