13 Resepi Kek Batik Sedap Pelbagai Rasa Mudah Dibuat


Resepi Kek Batik Premium
Siapa yang tidak kenal kek batik kan? Kek yang sedap dan sudah pasti mudah dibuat. Kek batik selalunya dibuat menggunakan biskut Marie dan tidak menggunakan ketuhar. Hanya sejukkan dalam peti sejuk je. Kek batik yang asas menggunakan Milo, Mai pun selalu buat yang ini. Sekarang ini, terdapat banyak resepi kek batik yang diolah dengan rasa dan rupa yang menarik. Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan.. Jom, Mai kongsikan 13 resepi kek batik sedap pelbagai rasa yang boleh kita cuba



1. Kek Batik Lapis Keju Meleleh


Bahan-bahan:

Kek batik..

1 paket biskut Marie
1 cawan Vico atau Milo
1/2 cawan air suam
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan, mengikut rasa manis masing-masing)
3 sudu besar serbuk koko
Sebiji telur
250 gram Buttercup

Adunan cheese leleh..

250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan, mengikut rasa manis masing-masing)

Cara-cara membuat kek batik lapis keju:

1. Masukkan 250g cream cheese dan 1/2 cawan susu pekat manis ke dalam bekas adunan dan kacau hingga sebati. Boleh pukul adunan guna tangan, blender atau mixer. Apabila sudah siap, ketepikan adunan.

2. Masukkan vico, air suam, susu pekat manis, serbuk koko dan telur. Kacau sebati. Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau.

3. Masukkan Buttercup sedikit demi sedikit, sehingga habis. Teruskan kacau sehingga betul-betul sebati, tidak nampak ketulan Buttercup. Apabila adunan telah sebati, tutup api.

4. Biskut Marie direndam seketika di dalam adunan coklat. Kemudian susun di dalam loyang dan padatkan. Tuang sedikit adunan coklat dan ratakan.

5. Lapisan seterusnya, tuang sedikit adunan cream cheese di atas lapisan biskut tadi. Ratakan.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga biskut dan adunan habis. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk beberapa jam. Boleh dihidangkan.
2. Kek Batik Karamel


Bahan-bahan:
(sukatan cawan)

1/2 cawan butter
1 cawan gula perang
1/4 cawan whipping cream
1/4 cawan susu pekat
Biskut 4 segi 20 keping

*Loyang yang digunakan saiz 8.5”x4.5”

Cara-cara:

1. Cairkan butter bersama gula perang.
2. Kacau sehingga gula larut kemudian tuangkan whipping cream. Apabila nampak sos karamel mula berbuih tutupkan api sebentar.
3. Buka api semula dan kacau lagi sampai nampak gula sebati bersama cream, akhir sekali masukkan susu pekat.
4. Boleh tutup api sambil kacau sos karamel sehingga tekstur mula memekat.
5. Pecah-pecahkan biskut dan masukkan ke dalam sos karamel. Gaul bersama sehingga bersalut.
6. Lapikkan loyang dengan cling wrap, masukkan semua biskut yang bersalut karamel ke dalam loyang.
7. Padatkan biskut tekan-tekan sehingga padat di dalam loyang.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau freezer selama 30 minit.
9. Setelah batik karamel mengeras boleh potong dengan pisau tajam dan hidangkan.
Sumber: Hurun'Iin Malik
3. Kek Batik Horlicks


Bahan-bahan:
300 gram biskut Marie (dipatah 4 setiap keping)
125 gram Buttercup
2 biji telur
1 cawan Horlicks (beli Horlicks secara online di sini - klik)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air suam
1 sudu kecik esen vanila


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan air suam, Horlicks, susu pekat manis dan telur ke dalam kuali. Kacau hingga telur sebati (untuk elakkan telur menjadi berketul apabila dipanaskan atas api). Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Perlu dikacau selalu.

2. Masukkan Buttercup dan teruskan kacau sehingga betul-betul sebati hingga tidak nampak ketulan Buttercup.

3. Apabila adunan telah sebati, masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan ke dalam adunan. Gaul sehingga semua kepingan biskut diselaputi adunan. Tutup api.

4. Kemudian, masukkan biskut yang telah diselaputi adunan ke dalam loyang. Loyang boleh dilapik dengan plastik atau baking paper supaya mudah dikeluarkan.

5. Ratakan biskut di dalam loyang. Selepas itu, tabur sedikit Horlicks di atas permukaan biskut.

6. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.


4. Kek Batik White Coffee


Bahan-bahan:
500 gram biskut Marie
1 cawan mentega
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat
6 sachet kopi 3 in 1
Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega.
2. Masukkan susu segar dan susu pekat.
3. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api.
4. Masukkan kopi 3 in 1. Kacau rata, pastikan kopi tidak berketul-ketul.
5. Masukkan ke dalam loyang acuan.
6. Simpan dalam peti ais 4-6 jam atau semalaman.Sumber: SirapLimau


5. Kek Batik Horlicks Cheese Milky

Bahan-bahan:
300g biskut Marie coklat - dipatah-patahkan200g mentega200g susu pekat400g cream cheese yang dipukul lembut250g HorlicksSedikit pewarna putihKekacang pilihan (disangai seketika)
1. Cairkan mentega di dalam kuali
2. Masukkan susu pekat, kacau sebati
3. Kemudian masukkan cream cheese dan gaul sebati
4. Setelah sebati, masukkan Horlicks dan gaul sebati
5. Tambahkan sedikit pewarna putih dan gaul lagi. Kemudian, tutup api dapur
6. Asingkan sedikit adunan (untuk dijadikan topping) ke dalam mangkuk, ketepikan seketika
7. Masukkan biskut Marie ke dalam adunan di dalam kuali dan gaul sebati
8. Selepas itu, tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan ratakan
9. Letak adunan topping yang diasingkan ke dalam mangkuk tadi di atas adunan biskut, ratakan
10. Setalah siap, tabur kekacang di atas permukaan
11. Akhir sekali, simpan loyang kek batik di dalam peti sejuk beberapa jam. Siap

Sumber: Ummi Lyza



6. Kek Batik Indulgence Cadbury


Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
.
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
4 telur
200g buttercup/kalau pakai marjerin jadikan 140 gram. Dia tak sama dgn buttercup
300 g biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam ( kalau pakai merjerin JANGAN TAMBAH GARAM)
.
Cara membuatnya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut...
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat

Dah agak2 pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau

Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit

2- Cheese cream
120g whipping cream
40 gram gula kastor
Setengah sudu essen vanilla
250g cream cheese
Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam

3- Toping Cadbury
120 g whiping cream
3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nk masukkan yg coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 atau 5 kiub je coklat cadbury tu sbb tak nak bagi manis sgt.)
Beza tau kiub dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Kiub ni satu petak coklat cadbury tu ya.. jangan tertuko
ataupun
200 gram dark chocolae
200 gram whipping cream
Double boil kan semua bahan2 di atas
Tuang atas cream cheese tadi
Tinggalkan semalaman atau 12 jam dan boleh makan. Siap dihidangkan

Sumber: Muhammad Ali

7. Kek Batik Matcha



Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-bahan:
1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
100g serbuk oishii Matcha
3 sudu susu pekat
Cara penyediaan:
1. Alaskan loyang dengan plastik, supaya senang nak keluarkan kek bila dah sejuk.
2. Cairkan butter dalam kuali dengan mengggunakan api kecil.
3. Setelah cair, masukkan susu,serbuk oishii matcha sedikit demi sediki gaul hingga sebati
5. Setelah pekat, susun biskut marie dalam loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan ratakan. Ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais.Sumber: Oishii Matcha


8. Kek Batik Horlicks Pandan


Bahan-bahan:
340 gm mentega
220 gm gula kastor
10 biji telur
260 gm tepung gandum
250 gm susu pekat manis
200 gm horlicks
60 gm Nestle nestum original
1 bungkus biskut Marie Munchy's original atau secukup kegunaan
1/2 tsp perisa pandan ( Diana guna Star Brand ) _ bubuh lebih sedikit jika suka rasa pandan yang kuat dan jangan bubuh jika ingin mengekalkan rasa horlicks
1 1/2 tsp Koepoe Koepoe pasta perisa & pewarna pandan _ jika tidak bubuh perisa pandan Star Brand, boleh bubuh dalam 2 1/2 tsp
Sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4. Tambahkan tepung gandum dan pukul seketika.
5. Masukkan horlicks dan nestum. Pukul adunan hingga sebati.
6. Masukkan perisa dan pewarna pandan. Pukul rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga adunan pekat ( rujuk SINI cara memasaknya ).
8. Tutupkan api. Kemudian masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
9. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
10. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.

** Cara lain untuk melapis kek ~ 1. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi
2. Ratakan.
3. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
4. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong

** NOTA
Jika anda suka rasa pandan, adalah lebih baik bubuh kedua perisa dan pewarna pandan seperti di atas atau lebihkan sedikit perisa pandan Star Brand tersebut dan Koepoe Koepoe pasta perisa tersebut mengikut citarasa masing-masing.Jika anda ingin mengekalkan rasa horlicks, bolehlah skip perisa pandan Star Brand dan bubuh 2 1/2 tsp Koepoe Koepoe pasta perisa & pewarna pandan
Sumber: Melley Mey's Kitchen

9. Kek Batik Strawberry Ganache


Bahan-bahan:
300 gm Roti Merry (dipatah-patahkan)
200 gm Milo
250 gm Butter Churn
250 gm Susu Manis
3 Sb Dark Cocoa Powder
50 ml Air Biasa
100 gm Kacang Ditumbuk Kasar (yang dah siap disanggai)
Strawberry Ganache
300 gm White Chocolate Milks
200 gm Whipping Cream
1 SB golden syrup (optional)
2 SB butter
1 SB Strawberry Paste
Pewarna pink secukupnya

Cara membuatnya:

1. Cairkan Butter kedalam kuali..Selepas cair,masukkan susu..gaul sampai sebati..
2. Masukkan Milo dan Cocoa Powder,gaulkan lagi sampai betul² sebati dan tak da ketulan milo dalam adunan (guna api sederhana kecil sahaja)dan air..
3. Selepas adunan sebati,barulah masukkan roti merry yg dah dipatah 2 ke dalam adunan sedikit demi sedikit,bersama kacang tanah,sehingga adunan milo serap dan melekat di roti..
4. Sediakan loyang 7x7,yg sudah gris dgn minyak dan dilapik dgn baking paper...masukkan sedikit demi sedikit dan tekan perlahan² dgn menggunakan penekan kek di atas permukaan kek yg dilapik dgn baking paper(supaya adunan xmelekat kat penekan kek) - ketepikan

Cara buat Topping Ganache
1. Ambil bowl dan masukkan white chocolate..ketepikan seketika.
2. Di dalam periuk, panaskan whipping cream dalam pan sehingga mendidih. (Jangan terlalu lama,nanti whipping cream akan berkerak)
3. Kemudian,tuangkan whipping cream td ke dlm bowl chocolate dan kacau cepat² sehingga menyatu..
4. Kemudian,masukkan butter,strawberry paste, golden syrup dan perwarna pink...kacau sebati..
5. Tuangkan ganache ke atas kek td,dan sejukkan semalaman..

Sumber: Zull Hans

10. Kek Batik Empire Oreo Cheese


Bahan-bahan:

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred A
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
3 pek biskut Oreo - (buang krim dan patah-patahkan)
pandan paste
pewarna hijau
Bahan-bahan lapisan cheese:
250 g Cream Cheese
1 bj Telur Gred A
2 sb Gula Halus (pemilik resepi, Aznie guna 1/4 cwn je)
sedikit nutella

Cara menyediakannya:
1.Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen, pukul lagi hingga sebati.
3.Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.
4.masukkan pandan paste juga sedikit pewarna hijau. Gaul hingga sebati.
5.masukkan biskut oreo.. Gaul hingga rata.
6.Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.
7.Masukkan adunan ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
8.Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana selama 1 jam...

Untuk lapisan cheese

1. Putar kesemua bahan kecuali nutella sehingga kembang.
2. Ambil sedikit adunan dan campurkan ngan sedikit nutella..
3. Tuangkan adunan cheese plain diatas kek batik tadi...
4. Kemudian paipkan adunan cheese yang telah dicampur ngan sedikit nutella.. Buat la corak ikut suka..
5. Bubuh sedikit oreo diatas cheese.. (ikut suka, sekadar hiasan)
6. Kukus selama 5-8 minit.
7. Sejukkan di dlm peti sejuk sebelum di potong/hidangkan

Sumber: Aznie Khasri


11. Kek Batik Red Velvet


Bahan-bahan:
Biskut Marie – 1 bungkus (300gram)
Buttercup – 2 sudu besar
White Coklat – 300 gram
Susu cair – setengah tin
Susu pekat – 2 sudu besar
Serbuk Koko – 4 sudu besar
Garam – secubit
Esen Vanilla – 1 sudu teh
Pewarna merah – 1 sudu tehCara membuatnya:
1. Campurkan susu cair, susu pekat, serbuk koko dan esen vanilla dan gaulkan hingga sebati.
2. Dengan menggunakan kaedah double boil, panaskan bancuhan tadi dan kemudian masukkan butter cup dan secubit garam. Kemudian kacau sehingga larut. Garam tu secubit kecik jer tau.
3. Masukkan coklat putih dan kacau sehingga larut.
4. Masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Gaulkan bancuhan coklat tersebut dengan biskut marie yang telah dipatah dua dan gaul sehingga sekata.
6. Oh yaaa… Bancuhan coklat tadi simpan sikit untuk tuang bahagian atas.
7. Tuang biskut marie yang dah disalut coklat tu ke dalam loyang dan padatkan.
8. Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Sumber: Lan Careno

12. Kek Batik Peanut Butter

Bahan-bahan:
300g biskut Marie (dipatah-patahkan)100g mentega1/4 cawan susu pekat1/4 cawan serbuk koko1/2 cawan Milo1/4 cawan air1 biji telur gred C (optional)1 sudu kecil esen vanila
Topping 
250g dark chocolate250g whipping cream1 sudu besar mentegaPeanut butter secukupnya
Cara membuatnya:
1. Gunakan api dapur kecil.. cairkan mentega kemudian masukkan susu pekat dan kacau sebati
2. Masukkan serbuk koko dan Milo. Gaulkan. Kemudian masukkan air dan kacau sebati
3. Masukkan pula telur, kacau lagi. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Setelah sebati, tutup api
4. Selepas itu, masukkan biskut sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat dan gaul sebati sehingga semua biskut disaluti coklat
5. Tuang adunan biskut ke dalam loyang dan tekan sedikit adunan

Topping
1. Cairkan dark chocolate dan whipping cream, kacau sebati. Biarkan sejuk seketika, kemudian tuang dan ratakan ke atas permukaan kek batik tadi
2. Sudukan peanut butter secukupnya dan lorek corak di atasnya

Simpan di dalam peti sejuk dan siap

Sumber: Fatin Fasihein
13. Kek Batik Cornflakes

Bahan-bahan:
1 paket biskut Marie
1 cawan Vico
1/2 cawan air suam
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko
Sebiji telur
250 gram Buttercup
1 cawan cornflakes yang telah diramas sedikit (atau mengikut kuantiti yang anda suka)
Choc chip dan coklat tabur (sebagai hiasan)

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan vico, air suam, susu pekat manis, serbuk koko dan telur. Kacau sebati. Kemudian masak adunan ini dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk elakkan daripada hangus.

2. Masukkan Buttercup sedikit demi sedikit, sehingga habis. Teruskan kacau sehingga betul-betul sebati, tidak nampak ketulan Buttercup. Apabila adunan telah sebati, tutup api.

3. Biskut Marie direndam seketika di dalam adunan coklat. Kemudian susun di dalam loyang dan padatkan. Tuang sedikit adunan coklat dan ratakan. Selepas itu, tabur cornflakes di atasnya.

4. Ulang langkah 3 sehingga biskut dan adunan habis. Lapisan atas sekali, tabur sedikit choc chip. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Boleh dihidangkan selepas beberapa jam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2021/03/resepi-kek-batik-sedap-pelbagai-rasa-mudah-dibuat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

Sedap Dan Mudah Resepi Nasi Lemak Beras Basmathi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 427 hits
Siapa suka Nasi Lemak tapi rasa beratnya lah nak makan nasi lemak ni sebab kalori saja dah berapa untuk sepinggan Nasi lemak boleh dikatakan menu wajib bagi rakyat Malaysia dan sangat mudah didapati di mana saja Lauk gandingan haruslah ada ...
Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 326 hits
Resipi Agar Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt hi korang Salah satu makanan atau kuih traditional yang CH suka adalah agar agar kering Mudah saja nak buatnya tapi nak jemur dan tunggu sehingga kering tu yang sus...
Resepi Air Cincau Susu Letak Selasih Yang Sedap Confirm Ketagih

Resepi Air Cincau Susu Letak Selasih Yang Sedap Confirm Ketagih

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 481 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi Bila dah nak dekat puasa mulalah mencari resepi lagi lagi resepi yang melibatkan air Betul tak Pelik Bila puasa je mesti tercari cari koleksi resepi air yang sedap Tapi kalau tak bulan puasa takde pulak beria na...
Cara Masak Sambal Hitam Pahang Yang Mudah Sedap

Cara Masak Sambal Hitam Pahang Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 400 hits
Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai Enak dimakan bersama nasi panas ada lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera Bagi anda yang nak belajar cara cara membuat Sambal Hitam Pahang yang sedap dan mudah saudari Fazima...
3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

3 Resipi Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berkelah

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 380 hits
Semakin hari semakin kita terkesan dengan keadaan yang berlaku Kadangkala timbul juga rasa tertekan akibat perubahan gaya hidup yang berubah secara mendadak Tapi jika difikirkan semula dari sudut positif sekurangnya kita masih bernafas tanp...
Cara Buat Garlic Bread Mudah Untuk Minum Petang Sedap Sungguh

Cara Buat Garlic Bread Mudah Untuk Minum Petang Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 290 hits
Kalau ada roti yang hampir tamat tempoh eloklah jika buat garlic bread Nak buat garlic bread ni sangatlah mudah Tahu tahu habis licin sepinggan Lagi lagi kalau makan panas panas dan dicicah dengan sup cendawan memang layan Kalau ikut resipi...
Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah Sedap Dimakan Sejuk

Aneka Resipi Puding Homemade Yang Mudah Sedap Dimakan Sejuk

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 233 hits
Puding memang enak dimakan sejuk Pelbagai rasa dan rupa menjadikan manisan mudah ini menjadi pilihan ramai BAgi anda yang suka sangat makan pudding RASA kongsikan 12 jenis resipi puding dari instafamous tersohor Wan Zura Aishah yang boleh a...
Resepi Kek Coklat Lapis Nutella

Resepi Kek Coklat Lapis Nutella

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 501 hits
Perkongsian tentang Resepi Kek Coklat Lapis Nutella yang sangat mudah Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat Jom cuba Jangan lupa kongsikan resepi ini Bahan bahan A 3biji telur1 cwn serbuk koko1 cwn susu pekat1 cwn su...
Cara Buat Kuah Dhal Yang Sedap Rasa Asli

Cara Buat Kuah Dhal Yang Sedap Rasa Asli

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 767 hits
Resepi yang lain Gambar ehsan dari Google kari dhal terbaik yang biasa dimakan dengan roti canai dan boleh juga dimakan dengan nasi minyak Kuah kari dhal yang tak pekat sangat memang kegemaran kami Kalau sedap siap hirup lagi kuah dia heheC...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


United States President Joe Biden Signs A Rule To Ban Tiktok In The United States Here S The Reason

Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat