Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin Senang Sedap Korang Semua Bolah Buat
Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin, jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap. Menu hari-hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin, teliur dibuatnya sebab tu, korang semua kena cuba buat. Bab hiasan ikut kreativiti. Sesuai sangat musin orang kahwin sekarang ni.
SIAKAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | siang dan bersihkan1 sudu teh lada hitam | kisar kasar1 biji bawang besar | hiris bulat3 ulas bawang putih| mayang halus2cm halia | mayang halus1 sudu makan puri tomato1/2 sudu makan kicap pekat3 sudu makan kicap manisGaram secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan hirisan halia, bawang putih, bawang besar hingga wangi.Kemudian masukkan puri tomato, kicap pekat dan kicap manis.Seterusnya perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.Setelah cukup rasa, tutup api, kemudian tuangkan sos lada hitam ke atas ikan goreng tadi.Ikan sedia dihidangkan.
SIAKAP MADU TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | siang dan besihkan1 biji tomato | dadu kecil1 keping nanas dalam tin | dadu kecil1/4 batang timun | potong dadu1/4 lobak merah | potong dadu1 sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisBahan Kisar:
1 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 biji cili merah5 tangkai cili padi1 batang serai1 sudu makan jus limau nipisCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas), goreng ikan hingga garing. Ketepikan dalam pinggan.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi dan timbul minyak.Masukkan bahan sayur-sayuran yang telah dipotong dadu tadi. Kacau rata lebih kurang tiga minit.Masukkan sos cili dan garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali, tuangkan sos atas ikan goreng tadi dan hidangkan.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos1 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk jintan putihGaram secukupnyaMinyak secukupnya untuk menggorengBahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang4 biji cili merah | kisar kasar3 sudu makan sos cili2 sudu makan cukaGaram dan gula secukup rasaSedikit daun ketimbar | hirisMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi.Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyakSeterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN;
1kg beras basmati pusa | rendam 30 minit10gm rempah briyani2 helai daun pandan | simpul1 batang serai | titik2 biji bawang besar | kisar2 ulas bawang putih | kisar3cm halia | kisar1 cawan susu cair1 liter air1 kiub pati ayamSedikit biji gajusSedikit kismisGaram secukup rasa1 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masakRempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang3 ulas buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.Goreng biji gajus dan kismis. Ketepikan.Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi.Baru masukkan rempah briayani. Kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan air, susu cair, garam dan pati ayam.Tuangkan dalam periuk nasi elektrik dan biarkan nasi sehingga separuh masak.Kemudian masukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi, gaul rata.Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi masak lebih kurang lima minit lagi.Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkanGaram secukupnyaSedikit serbuk kunyit1 sudu teh serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh lada sulahMinyak masak secukupnya untuk menggorengBahan Sos Percik:
1 liter santan pekat4 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar4cm halia | kisar3cm lengkuas | kisar3cm kunyit hidup | kisar3 biji cili merah | kisar3 batang serai | kisarGaram dan gula secukup rasa CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas).Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tosGaram secukupnyaSedikit serbuk kunyitBahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar6cm halia | kisar2 batang serai | kisar3 sudu makan pes cili kering100ml susu cair1 sudu makan air asam jawaGula secukup rasaGaram secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumisRempah penumis:
1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.Untuk menyediakan sambal.Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
UDANG SOS OREN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Udang Goreng:
500gm udang saiz XL | bersih dan toskan100 gm tepung jagung2 biji telur | kacau sebatiSecubit garamMinyak untuk menggorengBahan Sos:
1 ulas bawang putih | cincang1 sudu makan pati oren1/2 sudu makan gulaGaram secukup rasa½ sudu makan mentegaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam. Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.Kacau seketika atas api sederhana.Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi.
SOTONG SUMBAT SRI ASTANA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong basah | bersihkan dan buang kulit luar.150ml pati santan1 helai daun pandanGaram dan gula secukup rasaBahan Sumbat;
2 biji tauhu | hancurkan1 pokok daun bawang | hiris1 biji bawang besar | cincang1 tangkai cili merah | cincang1 biji telurSedikit garamCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan sumbat. Masukkan tauhu dalam mangkuk bersama hirisan daun bawang, bawang dan cili.Seterusnya masukkan telur dan secubit garam. Kacau sebati.Setelah sebati dan cukup rasa, sumbatkan dalam sotong.Kemudian kemaskan hujung sotong dengan lidi. Lakukan hingga habis. Ketepikan.Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan.Perasakan dengan sedikit garam dan gula.Masak atas api sederhana, apabila mendidih masukkan sotong.Biarkan kuah mereneh dan kacau sekali sekala.Apabila kuah pekat dan melekat pada sotong angkat dan hidangkan.
BAWAL KICAP SRI PENGANTIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | bersih, kelar dan tos1 biji bawang besar | hiris bulat3 ulas bawang putih | hiris4 cm halia | hiris1 batang serai | titik1 sudu makan pes cili kering1 sudu makan kicap manis½ sudu makan kicap pekatGaram dan perasa secukupnya secukup rasaMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap pekat manis, kicap pekat, kemudian perasakan dengan sedikit garam (jika perlu kerana kicap sudah masin).Setelah secukup rasa, tuangkan sos kicap di atas ikan.Sebelum dihidangkan hias atasnya dengan hirisan daun bawang dan cili.
UDANG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang saiz besar | bersihkan1 biji nanas madu200gm tepung jagung3 biji telur ayam1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menggorengLidi satay | untuk cucuk udang CARA MEMASAK:
Cucuk udang dengan lidi satay hingga habis.Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian kacau dengan sedikit garam dan lada sulah.Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).Celupkan udang dalam telur dan golekkan di dalam tepung jagung.Kemudian segera goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.Untuk menghias, potong dua nanas, ambil bahagian atas ( bahagian yang berpucuk).Letakkan dalam pinggan, kemudian cucukkan udang di sekeliling nanas seakan udang panjat.Udang sedia dihidangkan dengan sos pilihan.
SOTONG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong basah saiz besar | bersihkan250 gm tepung jagung3 biji telur ayam10 biji telur burung puyuh10 biji tomato ceri warna merah10 biji tomato ceri warna kuning1 biji nanas madu1 sudu teh lada sulahGaram secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggorengLidi satay | untuk cucuk sotongCARA MEMASAK:
Cucukkan sotong pada lidi satay. Lakukan hingga habis.Pukul telur dalam mangkuk bersama sedikit garam dan lada sulah.Sementara itu panaskan minyak.Seterusnya, celup sotong dalam bancuhan telur, kemudian golekkannya di atas tepung jagung dan segera goreng dalam minyak panas.Setelah garing angkat dan toskan minyak.Sambil itu, cucukkan tomato ceri warna merah, diikuti telur puyuh dan diakhiri dengan tomato ceri warna kuning.Potong nanas, ambil bahagian atas (bahagian pucuk). Kemudian cucukkan lidi sotong dengan tomato mengelilingi nanas secara berselang seli dengan lidi buah tomato.Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sos cili di meja makan beradab pengantin.
NASI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam3 helai daun pandan | simpul150ml air pandan60 ml susu cair1 liter air1 batang serai | titik3 biji bawang besar | kisar3 ulas bawang putih | kisar3cm halia muda | kisarSedikit pewarna hijauGaram secukup rasa1 sudu makan minyak sapi2 sudu makan minyak masakBahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga.CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
BAWAL SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal siang dan bersihkan3 sudu makan pes cili kering1 biji bawang besar | kisar4 ulas bawang putih | kisar3cm halia | kisar1 batang serai | kisar100 gm sos tomato100 gm sos cili1/2 cawan susu cairGaram dan gula secukup rasaMinyak secukupnya untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Ketepikan.Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.Masukkan susu cair, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.Kecilkan api, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.Tutup api, tuangkan sos sambal di atas ikan goreng.Hidangkan panas-panas.Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/koleksi-13-resipi-masakan-pengantin.html