Koleksi 4 Resipi Manisan Karamel Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat


Aduhai. Petang-petang makan manisan yang ada karamel ni memang tak terucap nikmatnya. Manis, lembut dan rasa cair di mulut.
Jom kita tengok 4 resipi yang mesti buat hati meronta nak menikmati manisan berkaramel ni.
Toffee Caramel Walnut Cheese Cake
Bahan A (base):
150 gram digestive biscuits (dihancurkan)
70 gram mentega (dicairkan)
Cara Membuat:
1)Gaul sebati bahan-bahan untuk dijadikan base.
2)Mampatkan adunan di dalam loyang. Sejukkan.
Bahan B (adunan keju):
250 gram krim keju
8 gram gula kastor
8 gram serbuk gelatin (satukan dengan 60 ml air)
100 gram krim putar (non dairy)
100 gram krim putar (UHT)
Cara Membuat:
1)Satukan air dan serbuk gelatin. Double boil sehingga larut. Biarkan suam.
2)Putar krim putar sehingga gebu dan masukkan gula.
3)Masukkan adunan gelatin dan krim putar. Gaul sebati.
Bahan C (toffee):
40 gram almond nib
60 gram gula kastor
Cara Membuat:
1)Masak gula sehingga perang dan masukkan almond nib. Gaul dan tutup api.
2)Ratakan adunan di atas loyang.
3)Apabila sudah sejuk, patah-patahkan sehingga kecil dan dicencang.
Bahan D (caramel sauce):
1 cawan krim putar (UHT)
½ cawan gula perang
1 sudu besar mentega
Cara Membuat:
Campur semua bahan di dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga adunan pekat. Tutup api apabila mentega sudah cair.
Bahan Hiasan:
Walnut secukupnya (dibakar sebentar).
Cara Melapis dan Menghias:
1)Loyang dimampatkan dengan Bahan A dan sejukkan di dalam peti sejuk.
2)Tuangkan adunan Bahan B ke dalamnya.
3)Taburkan Bahan C. Ketuk loyang supaya adunan menjadi padat.
4)Bekukan selama semalaman atau selama tiga jam.
5)Keluarkan adunan dari loyang dan tuangkan Bahan D di atas kek.
6)Taburkan walnut untuk hiasan.
Tip:
Selain sos karamel, boleh guna aneka jem seperti strawberi, bluberi atau kiwi.
Puding Karamel
Bahan-Bahan:
7 biji telur ayam
½ tin susu pekat manis
½ cawan air
1 sudu besar tepung kastard
Esen vanila secukupnya
Bahan Gula Hangus:
4 sudu besar gula pasir
Cara Membuat:
1)Buat gula hangus di dalam loyang dengan api sederhana sehingga kekuningan. Ketepikan.
2)Masukkan air dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3)Masukkan susu pekat manis.
4)Masukkan telur.
5)Masukkan esen vanila. Pukul sebati.
6)Tuang adunan kastard ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus sehingga masak. Terbalikkan dan sejukkan.
Kek Puding Karamel
Bahan Gula Hangus:
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
Bahan Puding:
1 cawan susu cair
60 gram gula kastor
½ cawan teh esen vanila
3 biji kuning telur
Bahan Kek A:
140 gram tepung gandum (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
60 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
50 ml minyak jagung
Bahan Kek B:
6 biji putih telur
60 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
Cara Membuat:
1)Buat gula hangus dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
2)Didihkan semua bahan di dalam periuk dan tuang ke atas karamel di dalam loyang tadi.
3)Pukul Bahan A sehingga kembang dan baru masukkan tepung. Kacau sebati dan tidak bergentel.
4)Pukul Bahan B sehingga kembang.
5)Satukan adunan A dan B.
6)Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
7)Sendukkan adunan ke dalam loyang yang telah diisi puding perlahan-lahan secara berselang seli.
8)Bakar menggunakan kaedah bain marie selama 45 minit menggunakan api bawah dan 15 minit yang seterusnya menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160°C.
9)Kek akan mengecut. Terbalikkan.
10)Sedia untuk dihidangkan.
Kek Karamel Wonderful
Bahan-Bahan:
360 gram tepung gandum
360 gram gula perang
250 gram mentega
250 ml susu segar
4 biji telur ayam
4 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar esen vanila
½ camca teh garam
Bahan Keju Krim Karamel:
125 ml sos karamel
250 gram krim keju
100 gram mentega
60 gram gula aising
1 sudu besar esen vanila
Cara Membuat:
1)Gris loyang dan lapikkan kertas minyak di dalamnya. Ketepikan.
2)Satukan tepung, gula perang, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk adunan. Pukul seminit.
3)Pukul mentega dan telur sehingga sebati. Masukkan susu segar dan esen vanila. Masukkan bahan kering dan pukul rata.
4)Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 175°C. Sejukkan di atas redai. Potong kek kepada dua bahagian.
5)Pukul mentega dan krim keju sehingga sebati. Masukkan gula aising dan esen vanila. Sebatikan.
6)Masukkan sos karamel dan kaup balikkan.
7)Hiaskan pada kek.
Selamat berhujung minggu!
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/koleksi-4-resipi-manisan-karamel-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resipi Lauk Pauk Kenduri Cara Kampung Mudah Sedap

10 Resipi Lauk Pauk Kenduri Cara Kampung Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1458 hits
Menu kenduri kampung semestinya menjadi pilihan ramai Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian sajian begini Andai berkunjung ke negeri Pantai Timur misalnya pasti berselera melihat aneka lauk pauk yang dihidangkan Mungkin sesetengah d...
Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

Koleksi 4 Resipi Nasi Goreng Sedap Terangkat Guna Bahan Penambat Selera Apa Rahsianya

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 883 hits
Mak mak kita dulu suka masak nasi goreng sebab nak menyelamatkan nasi sejuk daripada terbiar basi Selalunya mak akan masak nasi goreng menggunakan lebihan nasi malam tadi Kalau mak masak mesti sedap walaupun campak campak je kan Hari ini RA...
Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin Senang Sedap Korang Semua Bolah Buat

Koleksi 13 Resipi Masakan Pengantin Senang Sedap Korang Semua Bolah Buat

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 1131 hits
Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap Menu hari hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin teliur dibuatnya sebab tu korang semua kena cuba buat...
Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade Sedap Mudah

Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 4286 hits
Kalau ke pasar malam pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad Roti Arbak Roti Tabligh dan banyak lagi nama Tapi bendanya sama je Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda Memang sedap...
Cara Memasak Kangkung Paling Mudah Dan Sedap

Cara Memasak Kangkung Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 499 hits
Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas Ia sesuai dijadikan makanan add on kepada makanan utama seperti ikan daging atau ayam Tambahan lagi kangkung sememangnya mudah didapati dan tidak mahal ...
Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 669 hits
As Salam Resepi Mi Goreng Yang Simple Dan Mudah Tapi Sangat Sedap Maaflah pakcik tukang masak mi goreng kat kedai mamak kalau resepi mi goreng yang bakal saya kongsikan ini akan mengugat bisnes masakan pakcik ya kikih Bajet macam Food Blogg...
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 742 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Hidangan Berasaskan Mi Mudah Dan Gerenti Sedap

Hidangan Berasaskan Mi Mudah Dan Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 601 hits
Pasti hati terasa puas apabila dapat menghidangkan juadah untuk santapan ahli keluarga Namun hidangan nasi pastinya lebih renyah kerana perlu menyediakan beberapa jenis lauk sampingan Maka hidangan berasaskan mi boleh menjadi alternatif bag...
Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1044 hits
As Salam Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap Alhamdulillah Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi pagi saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek Yay Yup dulu ti...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation