10 Resipi Lauk Pauk Kenduri Cara Kampung Mudah Sedap


Menu kenduri kampung semestinya menjadi pilihan ramai. Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian-sajian begini. Andai berkunjung ke negeri Pantai Timur misalnya, pasti berselera melihat aneka lauk pauk yang dihidangkan. Mungkin sesetengah darinya ada yang anda tak pernah cuba. Keenakannya pula, hmmm… sukar diungkapkan dengan kata-kata.  Unik, menarik dan cukup tradisional untuk anda persembahkan sebagai hidangan tetamu di majlis perkahwinan yang anda bakal adakan nanti. Selamat mencuba!
1. DAGING GULAI KICAP

BAHAN-BAHAN:
2kg daging2 biji bawang besar | dihiris20 sudu makan kicap lemak manis4 gelas airGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaBAHAN KISAR:
24 biji bawang merah12 ulas bawang putih8cm halia30 tangkai cili keringBAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis6 kuntum bunga lawing6 kuntum bunga cengkih8 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.INFO CHEF: Untuk memendekkan waktu memasak, guna daging batang pinang.
2. ACAR TIMUN MASAK

BAHAN-BAHAN:
6-7 batang timun saiz besar800ml air12 sudu makan cuka3 biji bawang Holland | belah 48 biji cili merah | hirisGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaBAHAN KISAR:
2 biji bawang besar12 ulas bawang putih10 sudu makan cili kisar2 inci haliaCARA MEMASAK:
Bersihkan timun, belah 3 bahagian dan hiris memanjang. Buang bijinya. Rendam dalam air garam seketika.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan air dan cuka masak. Kacau sebati dan biarkan mendidih.Seterusnya masukkan timun. Biar mendidih seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Masukkan bawang serta cili potong. Biar masak seketika.Angkat dan hidangkan.INFO CHEF: Timun perlu direndam air garam atau air kapur supaya tidak terlalu lembik dan rasa rangup ketika dimakan.
3. KERABU NANGKA BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda | dicelur empuk dan disiat kasar4-5 ekor ikan kembung | direbus dan dibuang tulang4 cawan santan kelapa pekat10 ulas bawang merah2 sudu makan lada hitam | ditumbuk8 biji cili padi merah| hiris nipis6-7 tangkai kacang panjang | hiris nipis1/2 biji kelapa parut | digoreng tanpa minyak hingga keperangan dan ditumbuk sedikit3 biji jus limau nipisGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan tumbuk sedikit supaya halus.Satukan nangka, kelapa parut goreng, hirisan cili padi dan kacang panjang. Gaul rata.Tumbuk bawang merah, isi ikan dan lada hitam hingga lumat.Panaskan santan dan masukkan bahna-bahan tumbuk tadi.Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.Tuang santan ke dalam bekas berisi campuran nangka.Tambahkan jus limau nipis dan gaul hingga sebati.Sedia untuk dinikmati.INFO CHEF: Santan perlu dimasak bagi mengelakkan kerabu cepat basi.
4. TERESEK JANTUNG PISANG

BAHAN-BAHAN:
2 biji jantung pisang500gm ayam (campuran isi, leher, kepak, hati dan pedal) | potong kecil4 cawan santan pekat4 sudu makan rempah kari daging4 sudu makan kerisik3 keping asam gelugur2 sudu makan ketumbar | tumbuk halusGaram secukup rasaGula melaka / gula merah secukupnyaMinyak masak secukupnyaBAHAN KISAR:
6 biji bawang merah saiz besar6 ulas bawang putih2 inci halia2 inci kunyit hidup6 hiris lengkuas15 tangkai cili keringCARA MEMASAK:
Hiris nipis jantung pisang dan rendam dalam air garam.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.Masukkan serbuk kari. Gaul rata. Tambah sedikit air supaya rempah tidak melekat di kuali. Kacau rempah hingga masak dan naik bau.Masukkan ayam. Gaul rata dan biar empuk.Seterusnya masukkan ketumbar, santan serta asam gelugur. Biar hingga santan masak.Kemudian masukkan hirisan jantung pisang yang telah diperah airnya. Gaul hingga mesra.Masukkan kerisik, garam serta gula. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.Angkat dan bolehlah dinikmati.INFO CHEF: Jantung pisang perlu dihiris halus dna direndam air garam bagi membuang sisa getah serta menjadikan Teresek jadi lebih sedap.
5. DALCA DAGING SAYUR

BAHAN-BAHAN:
2 kg daging tetel12 sudu makan serbuk kari daging | banduh dengan sedikit air1 liter santan pekatAir secukupnya15 biji bawang merah | kisar6 ulas bawang putih | kisar1 1/2 keping gula melaka4 sudu makan cili gilingMinyak masak secukupnya5 biji terung panjang | potong kecil4 batang lobak merah | dipotong kecil10 biji jagung mudah | dihiris serong15 tangkai kacang panjang | dipotong1 biji nanas muda | dipotong kecilGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga masak.Tambahkan rempah kari yang telah dibancuh air. Biar hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan daging. Masak sehingga empuk.Tambahkan santan dan air secukupnya ikut kepekatan yang disukai.Tambahkan hirisan nanas. Biar hingga mendidih.Masukkan juga gula melaka dan garam secukup rasa.Akhir sekali, tambahkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.Sedia untuk dinikmati.INFO CHEF: Air jangan ditambah terlalu banyak kerana sayur dan nanas akan mengeluarkan airnya sendiri.
6. AYAM TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:
2kg isi ayam | potong kecil800ml santanAir secukupnya9 biji tomato hijau | hiris10 biji cili hijau | hiris3 biji bawang besar | hiris15 tangkai kacang panjang | hiris10 biji putik jagung | hiris3 keping asam gelugurMinyak untuk menumisGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
14 ulas bawang merah6 ulas bawang putih3 inci halia2 inci kunyit hidup3 hiris lengkuas8 batang serai1 genggam cili padi | boleh ubah ikut kepedasan yang dikehendaki3cm belacan6 sudu makan taucu3 sudu teh udang keringCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.Masukkan ayam. Masak hingga kecut.Tambahkan santan, air secukupnya dan asam keping. Renih hingga kuah sedikit pekat.Perasakan kuah dengan garam serta gula secukupnya.Seterusnya masukkan kacang panjang, tomato, bawang dan cili hiris. Gaul rata.Setelah kacang layu, angkat dan hidangkan.7. PAJERI NANAS BIJI SAWI

BAHAN-BAHAN:
5 biji nanas separuh masak | buang kulit dan potong kecil6 biji bawang merah besar | hiris10 ulas bawang putih | hiris4 sudu makan biji sawi3 sudu makan serbuk kunyit6-7 sudu makan cuka | tambah jika kurang masam5 biji cili merah | hiris1 cawan airGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang serta biji sawi hingga wangi.Kemudian masukkan air, serbuk kunyit, cuka, garam dan gula secukupnya.Bila mendidih, masukkan kepingan nanas dan cili merah. Biar merenih dan mendidih seketika.Setelah buah nanas kelihatan sedikit lembut, rasa masam dan masinnya. Angkat. INFO CHEF: Buah nanas akan mengeluarkan jus ketika dimasak jadi tidak perlu tambah air terlalu banyak.
8. GULAI LENGKUAS IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:
500gm ikan cencaru kering | belah 2 dan rendam air bagi mengurangkan masin10 batang timun | dibelah dan dipotong. Buang bijinya10-15 biji cili hijau siam | belah 21 biji nanas | dipotong kecil2 liter santanGaram, gula dan perasa secukupnyaBAHAN KISAR:
3 biji bawang besar8 ulas bawang putih14 tangkai cili kering2 biji cili merah6-7 biji cili padi8 inci kunyit hidup2cm lengkuasCARA MEMASAK:
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar. Biarkan mendidih.Masukkan ikan kering, nanas, cili hijau dan timun. Masak hingga timun lembut.Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Rasa dulu sebelum tambah garam bagi elak kuah terlalu masin.Biarkan gulai mendidih sekali lagi. Angkat dan hidangkan.INFO CHEF: Pastikan santan sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah gulai berketul.
9. AYAM SAMBAL LADA BERSERAI

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ayam | potong kecilGaram secukupnyaSerbuk kunyit secukupnya1.5 kg bawang merah besar | dikisar20 biji cili merah | dikisar10 batang serai | dititik20 biji cili padi hijau5 biji bawang Holland | hirisGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Lumur ayam bersama garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai, cili padi, garam dan sedikit gula. Gaul hingga terbit bau wangi.Masukkan ayam dan juga hirisan bawang Holland. Gaul lagi hingga sebati dan bawang sedikit layu.Angkat dan hidangkan. INFO CHEF: Lauk kenduri yang sangat ringkas dan sedap. Lebihkan bahan kisar jika nak menu yang lebih bersambal.
10. SOLOK PETOLA ULAR

BAHAN-BAHAN:
5 batang petola ularSantan sederhana pekat dari 1 biji kelapa1 ikat daun ubi | dibersihkanBAHAN TUMBUK:
5 ekor ikan kembung mentah | ambil isinya10 biji bawang merah1 1/2 biji kelapa parut1 sudu makan lada hitamSedikit haliaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Potong petola sepanjang 6 cm dan buang isi.Tumbuk bahan-bahan inti dan sumbat ke dalam petola tadi. Pastikan cukup rasa masin, manis serta inti tidak berderai apabila dikepal.Ambil daun ubi dan alas didasar periuk. Kemudian susun petola ular tadi.Masukkan santan dan masak guna api perlahan hingga petola empuk.Angkat dan sedia untuk dinikmati.INFO CHEF: Jika susah nak jumpa petola ular, boleh digantikan dengan cili hijau.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/10-resipi-lauk-pauk-kenduri-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Masak Lempeng Yang Lembut Dah Sedap

Cara Mudah Masak Lempeng Yang Lembut Dah Sedap

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1173 hits
Lempeng merupakan menu ringkas yang disukai ramai Bukan hanya menu ini senang disediakan malahan ianya mengenyangkan kerana ramuan utama lempeng adalah tepung gandum Namun untuk menghasilkan menu lempeng yang sedap ianya perlu disediakan me...
Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade Sedap Mudah

Cara Buat Roti Khurasan Secara Homemade Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 4276 hits
Kalau ke pasar malam pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad Roti Arbak Roti Tabligh dan banyak lagi nama Tapi bendanya sama je Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda Memang sedap...
Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 494 hits
Semua orang boleh buat sambal ikan tidak kira sambal itu sambal cili padi sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh tetapi hasilnya pelbagai Sebenarnya apa yang penting jika mahu sambal sedap sambal kena tumis sampai masak mesti ada ...
Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap Dan Tahan Lama

Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 847 hits
As Salam Tips Dan Cara Mudah Supaya Sambal Tumis Lebih Sedap dan Tahan Lama Apa lagi yang mak mak akan buat time cuti sekolah ni kalau tak marathon kat dapur around the clock huhu Kadang tu siap sound kat anak anak mama dah masak sekali har...
Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1084 hits
Bab masak ni kalau boleh Fiza suka menu yang mudah dan sedap Kalau menu leceh leceh ni buat lagi kurang rajin nak memasak Lagi lagi kalau hari hari nak fikir nak masak lauk apa Selain menu simple suka juga menu yang tidak menggunakan minyak...
Cara Memasak Kangkung Paling Mudah Dan Sedap

Cara Memasak Kangkung Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 491 hits
Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas Ia sesuai dijadikan makanan add on kepada makanan utama seperti ikan daging atau ayam Tambahan lagi kangkung sememangnya mudah didapati dan tidak mahal ...
Koleksi 4 Resipi Manisan Karamel Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat

Koleksi 4 Resipi Manisan Karamel Yang Sedap Dan Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 648 hits
Aduhai Petang petang makan manisan yang ada karamel ni memang tak terucap nikmatnya Manis lembut dan rasa cair di mulut Jom kita tengok 4 resipi yang mesti buat hati meronta nak menikmati manisan berkaramel ni Toffee Caramel Walnut Cheese C...
Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 723 hits
Tercari cari resipi Air Asam paling sedap Ini resipi yang anda kena cuba Air asam ni kalau kena dengan nasi panas ulam dan lauk ikan bakar memang bertambah nasi di pinggan Lebih lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu dulu Me...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran