Kolej Pengajian Seni Kreatif Memperkasa Pelajar Melalui Dia Fest 2023


Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara telah melalui transformasi yang pelbagai. Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM terpanggil untuk memperkasakan pelajar mereka dengan cara tersendiri. Lahirlah Digital & Imaging Arts Festival 2023 (DIA Fest 2023) yang merupakan acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Pengajian Seni Digital dan Imejan dengan kerjasama Bidang Pengurusan Industri Kreatif dibawah Pengajian Seni Liberal. Festival ini menyatukan bidang-bidang pengajian dan program di bawah pengajian iaitu Bidang Seni Reka Grafik, Teknologi Percetakan, Fotomedia Kreatif, Filem, dan Teknologi Kandungan Kreatif.




Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) merupakan gabungan 3 fakulti iaitu Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Fakulti Muzik dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Setelah digabungkan, lahirlah Kolej Pengajian Seni Kreatif dan beberapa faktor seperti ciri, kualiti, dan pengkhususan seni visual digital dilihat mempunyai keupayaan untuk memangkin usaha sinergi antara bidang pengajian di UiTM. Sinergi ini bakal menghasilkan impak yang maksima kepada UiTM, bakal graduan, industri dan komuniti. Namun, menurut Ketua Pengajian Seni Digital dan Imejan, Ts. Dr. Mohd Erman Maharam, sinergi ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa kolaborasi dan semangat yang tinggi para pensyarah dan pelajar serta sokongan alumni yang kukuh. Strategi yang signifikan dan membabitkan jalinan kolaborasi ini pastinya akan diperhalusi menjadi satu model yang bersifat jangka panjang yang menguntungkan semua pemegang taruh. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu menambah baik sistem pendidikan tinggi, dan berhasrat untuk membangunkan bakat terpelajar dipacu nilai, yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara, Ts. Dr. Mohd Erman Maharam menegaskan bahawa DIA Fest 2023 tekad memasarkan dan mempromosikan hasil karya pelajar kepada umum untuk mewujudkan jaringan intelektual antara pensyarah, pelajar, alumni, industri dan komuniti.
Pengarah Projek DIA Fest 2023, Encik Azri Abu Hassan juga menyatakan program ini dianjurkan selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) dalam menjadikan industri kreatif negara lebih berdaya saing dan dinamik untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan memartabatkan budaya negara bangsa. Antara karya alumni yang boleh diangkat dan dibanggakan ialah “Prebet Sapu” karya Muzzamer Rahman yang merupakan Alumni Kolej Pengajian Seni Kreatif yang telah tercalon mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-94 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Timbalan Pengarah Projek, Cik Andrialis Abdul Rahman berkata DIA Fest 2023 ini bukan sahaja untuk diperkenalkan kepada pihak industri, malah mampu dijadikan pemangkin para pelajar di peringkat rendah dan menengah untuk mula mengenali bidang yang ada di bawah pusat Pengajian Seni Digital dan Imejan.
Manakala bagi Ketua Pengajian Seni Liberal, Dr Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin pula menjelaskan bahawa kolaborasi ini merupakan satu manifestasi sinergi dalam usaha untuk mempromosikan dan memperkenalkan program-program akademik setiap pengajian di bawah KPSK. Perancangan yang sistematik diperlukan bagi mencapai objektif yang diingini dan sekaligus satu acara terhasil dari kolaborasi ini. Setiap bidang mempunyai kekuatan tersendiri dan festival ini membuktikan bahawa kesemua bidang saling memerlukan di antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang DIA Fest 2023 adalah pameran karya pelajar tahun akhir, diskusi, tayangan filem pendek dan perkongsian ilmu bersama pihak industri yang sekaligus akan menilai kesemua hasil akhir pelajar. Antara Penilai industri yang akan turut serta ialah mantan Ketua Pengarah Finas, Dato’ Kamil Othman. Penyunting filem, Isazaly Isa. Pengarah filem dan alumni KPSK, Putri Purnama. Karya bidang Fotomedia Kreatif pula akan dinilai oleh Encik Bazuki Muhammad yang merupakan bekas wartawan Reuters dan Penyunting Foto NSTP, manakala Bidang Teknologi Percetakan menjemput Puan Nurul Husna Azmi yang merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pembungkusan Ultimate Print Sdn Bhd. Bidang Seni Reka Grafik menjemput Puan Samsiah Jendol, Pengasas Little Syam dan Encik Mohamad Zaky Khairuddin, Pensyarah Seni Visual, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menilai karya pelajar bidang Animasi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program Digital & Imaging Arts Festival 2023 (DIA Fest 2023), boleh hubungi Puan Darlina Baharuddin, di talian 019 – 204 9520 atau rujuk laman sosial rasmi Instagram @DiaFest23.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.raydahalhabsyi.com/2023/02/kolej-pengajian-seni-kreatif-kpsk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Win Umrah Korea Travel Packages From Ikhlas At Kamya Fest 2023

Win Umrah Korea Travel Packages From Ikhlas At Kamya Fest 2023

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 136 hits
Pay Zakat or Fidyah with IKHLAS for a chance to win IKHLAS Umrah or halal Korea travel packageGrab exclusive IKHLAS and airasia academy merchandise at Happy Hour triviaPray with comfort and convenience at Surau IKHLAS Pay your Zakat and Fid...
Pelancaran Kamya Soap Di Kamya Fest 2023 Tawar Harga Istimewa Selama 3 Hari Acara

Pelancaran Kamya Soap Di Kamya Fest 2023 Tawar Harga Istimewa Selama 3 Hari Acara

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 203 hits
PELANCARAN KAMYA SOAP DI KAMYA FEST 2023 TAWAR HARGA ISTIMEWA SELAMA 3 HARI ACARA Assalammualaikum semua pada 10 Februari 2023 telah berlangsung pelancaran produk terbaharu dari KAMYA iaitu Kamya Soap yang mampu merawat 1001 permasalahan ku...
Bantuan Kewangan Bkpkk Rm3 920 00 Untuk Pelajar Tahun 2023

Bantuan Kewangan Bkpkk Rm3 920 00 Untuk Pelajar Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 159 hits
Bantuan Kewangan BKPKK RM3 920 00 Untuk Pelajar Tahun 2023 Bantuan BKPKK tahun terkini tahun 2023 Di situasi ekonomi kini adalah merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi rakyat Malaysia terutama bagi pelajar pelajar Malaysia yang telah ...
Karya Seni Unik Di Pameran Art Jakarta Gardens 2023

Karya Seni Unik Di Pameran Art Jakarta Gardens 2023

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 222 hits
Pameran seni Art Jakarta Gardens kembali digelar tahun ini mulai dari tanggal 7 12 Februari 2023 Dalam pameran ini pengunjung dapat menjelajahi kombinasi presentasi karya seni rupa yang ditampilkan dari dalam dan luar ruangan dengan karya b...
Memperkasa Pelancongan Agro Di Negeri Selangor Melalui Aktiviti Berkonsepkan Pelancongan Berasaskan Komuniti

Memperkasa Pelancongan Agro Di Negeri Selangor Melalui Aktiviti Berkonsepkan Pelancongan Berasaskan Komuniti

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 145 hits
Pelancongan agro dan pelancongan berasaskan komuniti merupakan antara fokus utama negeri Selangor bagi memperkasakan industri pelancongan untuk tahun 2023 Melalui amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari ke...
Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin Kpt

Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin Kpt

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 439 hits
January 30 2023 Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin KPT MALAYSIADATELINE January 30 2023Kementerian Pendidikan Tinggi akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang b...
1 Februari 2023 Analisis Teknikal Intraday Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

1 Februari 2023 Analisis Teknikal Intraday Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 203 hits
In the intermediate term the pair is just above the newly visited price levels around 0 9600 that haven t been visited since 2002 Untuk dagangan jangka sederhana pasangan mata wang ini dilihat sedang berada di atas tahap harga yang baru dil...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa