Pelancaran Kamya Soap Di Kamya Fest 2023 Tawar Harga Istimewa Selama 3 Hari Acara


PELANCARAN KAMYA SOAP DI KAMYA FEST 2023 TAWAR HARGA ISTIMEWA SELAMA 3 HARI ACARA | Assalammualaikum semua, pada 10 Februari 2023 telah berlangsung pelancaran produk terbaharu dari KAMYA iaitu Kamya Soap yang mampu merawat 1001 permasalahan kulit wajah anda semua. 
Sepanjang 3 hari acara Kamya Fest 2023, harga Kamya Soap dijual pada harga pengenalan RM 19.90 sahaja. Dapatkan sabun ini segera dan jom cantik bersama. #CantikItuKamu
Pasti anda tertanya-tanya acara apa Kamya Fest 2023 ni? Ia adalah festival yang menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan dari usahawan tempatan. Jenama Kamya pastinya menampilkan jualan dan pengenalan produk kecantikan dalaman dan luaran. 
Tidak hanya tertumpu kepada produk kecantikan dan kesihatan, pengunjung boleh enjoy pelbagai jenis jualan makanan, minuman tempatan dan antarabangsa. Malah pakaian bundel, petting zoo, pameran kenderaan antik, tapak karnival untuk seisi keluarga turut tersedia

PELANCARAN KAMYA SOAP DI KAMYA FEST 2023 TAWAR HARGA ISTIMEWA SELAMA 3 HARI ACARA

Acara perlancaran Kamya Soap di reruai Kamya Beauty di Kamya Fest 2023 sangat meriah bersama host sensasi Vee Abdullah. Kemudian di kawasan ini turut diadakan sesi tutorial mekap bersama MUA Amy yang berkongsi cara mekap harian mudah tetapi memberi wajah anda kelihatan segar berseri sepanjang hari. 

Bayangkan mekap MUA Amy pada cuaca panas boleh cantik elok dekat Ayu. Ruby sangat kagum dengan hasilnya


Penampilan Pengasas Kamya, Puan Erna Elliyana yang sentiasa ceria dan bertenaga memberi suasana wow. Beliau menerangkan manfaat Kamya Soap. Malah beliau mendendangkan 2 buah lagu secara langsung. Beruntung ahli jemaah Kamya ada founder happy go lucky begini. Aura positif terus menyelubungi suasana acara. 
Selain itu, acara sampingan bersama tetamu di Kamya Fest 2023 iaitu Catwalk bersama lagu tema Kamya. Acara ini sangat meriah dengan penyertaan 6 peserta dari berlainan latar belakang. Hadiah lumayan berupa Emas dari Habib Jewels. 

Tahniah buat semua peserta dan pemenang. Meriah acara dengan hilaian ketawa nampak semua peserta sedaya upaya meyakinkan juri. Hehehe. 
KAMYA FEST 2023
Bermula 10, 11 dan 12 Februari 2023, acara Kamya Fest 2023 diadakan di Tapak Parking B, Stadium Nasional Bukit Jalil. Festival bermula seawal 10 pagi hingga 10 malam selama 3 hari. 
Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat dengan penganjuran festival Kamya Festival (Kamya Fest). 
Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. 
Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama


Kamya Fest diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir A & B, Stadium Nasional Bukit Jalil, merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga


Melalui pengalaman Ruby yang telah pergi ke Kamya Fest 2023,  Ruby nak kongsikan tips apabila anda ke festival. Memandangkan sekarang sedang musim hujan dan panas terik lain macam. 


Pastikan pakaian dan kasut selesa, bawa payung, shopping bag dan kipas tangan. Kipas bateri tu pun ok. Pada awalnya, harga RM 10 untuk masuk ke Kamya Fest 2023. Namun, pada 10 Februari 2023, Kamya Fest 2023 menawarkan kemasukan PERCUMA! Anda boleh makan-makan sepuasnya dan enjoy tapak karnival. 

Di Kamya Fest 2023 terdapat pelbagai aktiviti berlangsung. Jadi anda boleh jalan-jalan sambil bergambar. Macam Ruby bergambar dengan Didi & Friends ni. Comel kan


KAMYA FESTIVAL SASAR RAIH 70,000 PENGUNJUNG
Menurut Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untukberkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya

Puan Erna berkata demikian ketika majlis pelancaran Kamya Fest, seiring dengan pelancaran produk terkini Kamya iaitu sabun kecantikan Kamya Soap, di sini petang tadi


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Puan Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.
Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan. Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri

“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib


Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot . Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti

MAKAN-MAKAN DI KAMYA FEST 2023
Masa awal pendaftaran, kita perlu scan QR untuk mengisi maklumat. Ada soalan bertanya, apa yang menarik perhatian untuk hadir ke Kamya Fest 2023? Ruby jawab sebab makanan ofkozzzzz. Jom Ruby belanja korang tengok betapa meriahnya syurga makanan di Kamya Fest 2023

Booth pertama ofkozzz ke K-Town la kan. Bukan cari Zizan Razak tau, cari Oppaaaaaa lah. Chef Lee pun ok. Hahahaha. Di K-Town dapat tengok live Chef masak dan penyediaan Japchae, Fried Chicken Wings dan Kimchi. 

Kalau ke festival, kedai minuman lah paling kerap Ruby akan ulang beli. Hahaha. Apa yang syok di Kamya Fest 2023 ni, cashless transaksi pun boleh. Ruby bayar guna QR debit je. Ruby baru teringat tak bawa wang tunai.  Nasib baik RM 5 untuk parking kereta ada wang tunai. 

Fuhhh semua sedap. Tengoklah penampilan air ni semua. MasyaAllah meleleh air liur kami. 


KAMYA SOAP UNTUK SEMUA JENIS PERMASALAHAN KULIT
Keluaran produk terbaharu Kamya, Kamya Soap mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium


Kamya Soap turut membekalkan pelbagai kebaikan kepada pengguna dari pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi. Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati

Ia juga dapat memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda

KENALI PENGASAS KAMYA
Puan Erna – Pengasas Kamya Erna Elliyana binti Rosli, lahir pada 10 Ogos 1988 adalah merupakan pengasas Kamya, produk kecantikan dan kesihatan. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 1988 sebagai seorang pelakon dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu masih berusia 6 tahun


Beliau secara rasminya bergelar pelakon pada 1998 apabila ditawarkan berlakon dalam drama Mat Despatch sebagai Bad. Beliau juga merupakan adik kepada Ikhwan Rosli, iaitu pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM

Umum mengetahui bahawa, Puan Erna turut berbakat dalam bidang nyanyian hingga beliau memutuskan untuk menyertai program realiti nyanyian Sinaran Pasport Kegemilangan, Malaysian Idol Musim Pertama dan One in Million

Tahun 2008, syarikat rakaman MilleniumArt Sdn Bhd melancarkan single pertama buat beliau yang berjudul Bukan Untuk Sesaat di bawah ciptaan Julfekar manakala lirik ditulis oleh Pajin. 
Lagu ini aktif dimainkan di stesen radio tempatan sehingga telah dicalonkan di Muzik-muzik 23. Pada tahun 2000, beliau juga telah ditawarkan menjadi pengacara cilik dalam rancangan Ikan Kekek dan Can Mali Can di TV3

Beliau yang kini berusia 35 tahun, telah berkahwin dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata memulakan jenama Kamya pada 2021. Objektif jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya

Kamya terus melakar kejayaan sehingga dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health and Beauty dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022

Promosi jualan produk juga diperluaskan dengan gabungan bersama Astro Go Shop. Dengan rezeki ilahi, Puan Erna telah diiktiraf anugerah Nona Superwoman 2022, kategori Nona Beauty and Health Business Award baru-baru ini

Kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat dan penanda aras kemajuan buat Puan Erna dan Kamya

Kejayaan ini turut terhasil kerana adanya team yang efisyen, tidak berkira masa, sentiasa membaiki diri dan berwibawa demi peningkatan Kamya Glow sebagai produk yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan imunisasi badan individu

KAMYA – CANTIK ITU KAMU
KAMYA merupakan jenama di bawah naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana sejak 2020


Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik

Di awal pembabitan, KAMYA hadir dengan Kamya Glow iaitu minuman kesihatan yang direka khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi

Kamya Glow dilengkapi buah Delima, Epal, Strawberi dan Camu Camu, diperkaya dengan antioksidan Astaxanthin, Cerepron-F serta serta Kolagen Marin

Suplemen ini, dihasilkan dalam kemasan sachet supaya mudah diminum dan di simpan serta boleh diambil pada bila-bila masa dan di mana jua

Kelahiran Kamya Glow terdorong daripada minat Erna Elliyana sendiri yang telah mengamalkan pengambilan suplemen kecantikan sejak sekian lama

Oleh kerana itu, beliau percaya dan yakin akan mampu mencipta serta membangun suplemen kecantikan di bawah naungannya sendiri

Minuman botani Kamya Glow diperkaya dengan Cerepron-F dan Vitamin-C yang membantu mencerahkan kulit anda dan meningkatkan sistem imunisasi

Bukan sahaja penjagaan dari dalam, KAMYA turut mengorak langkah dengan memperkenalkan koleksi pewarna bibir KAMYA X Bobo Cinta yang terdiri daripada Lipmatte, Lipgloss dan Lipbalm

Lipmatte KAMYA hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Nude, Purple dan Orange yang mengandungi bahan terbaik untuk kesihatan bibir seperti minyak avokado, minyak badam, Vitamin E dan SPF 20 sebagai pelindung cahaya matahari

Manakala Lipgloss KAMYA juga diperbuat daripada minyak avocado, vitamin E dan minyak badam sesuai untuk disempurnakan pada bibir wanita bagi melahirkan keyakinan yang lebih mempesona

Sementara Lipbalm KAMYA, dihadirkan bukan sahaja untuk golongan wanita, malahan juga kaum Adam yang sekali gus membuktikan bahawa produk keluaran KAMYA sesuai untuk lelaki dan wanita

KAMYA – KAMYA & CHEZKAMYA
Di bawah penjenamaan Kamya juga, lahirnya beberapa lagi produk suplemen untuk tujuan kecantikan dan kesihatan dalam bentuk tablet atau mudah dikunyah iaitu Sugeheir, Cleaskyn dan Whiteze


SUGEHEIR diperkaya dengan Vitamin C, D Biotin, Vitamin E, Vitamin B12, Folic Acid Vitamin D3 dan Vitamin A. Suplemen ini dikhususkan untuk kesihatan rambut secara keseluruhan dan telah diperkenalkan sempena pembukaan salun rambut ChezKamya Professional

Pengambilan Sugeheir secara konsisten dipercayai dapat menambah baik kesihatan rambut bermula dari akar dan merupakan bahan penting untuk pertumbuhan serta pembaikan tisu rambut. Selain itu juga, produk  dalam bentuk pil ini juga akan membantu bagi merangsang pertumbuhan rambut lama dan juga baru

Khasiat yang ada di dalamnya, akan membuatkan rambut jadi bersinar dan mengelakkan pertumbuhan uban pada usia muda

Benar, produk ini adalah jawapan bagi membantu peredaran darah pada kulit kepala yang sekali gus dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala

Sementara Cleaskyn, produk dalam bentuk tablet yang dikhususkan untuk penjagaan tubuh badan sama ada dalaman mahupun luaran, Cleaskyn mengandungi khasiat terbaik antaranya Vitamin A, Selenium, Chromium, Zink, Nicotinic Acid, Pathothenic Acid, Pyridoxine dan Ascorbic Acid (Vitamin C)

Ia membantu mengekalkan kesihatan kulit dan membantu dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tisu. Sebagai agen antioksidan, pengambilan produk ini dipercayai akan dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan selain mengurangkan kedutan, menstabilkan tekanan darah dan membantu mengurangkan kesan penuaan. 
Satu lagi produk dari Kamya ialah Whiteze yang mengandungi 3 khasiat utama iaitu Ascorbic Acid, L Glutathione dan buah tomato

Dengan mengamalkannya, ia akan dapat mengekalkan kulit sihat, melembabkan kulit, mengurangkan masalah jerawat dan membantu mencantikkan kulit

Sifatnya yang antioksidan dan berupaya menjadi sebagai agen anti penuaan, juga dipercayai dapat mempercepatkan penyembuh luka, mengurangkan kesan-kesan penuaan dan menstabilkan tekanan darah

Produk ini juga membantu pembentukan kolagen bagi kulit selain membantu sistem badan untuk meningkatkan metabolisme serta penyerapan nutrisi serta baik untuk kesihatan jantung

KAMYA - MISI, VISI & KUALITI
Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia. Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi yang mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara

Dasar kualiti standart Kamya adalah untuk menyediakan suplemen pemakanan berkualiti tinggi dengan menggabungkan inovasi termaju ke dalam penciptaan setiap produk menjadikannya berkesan, berdaya saing dan berfaedah dari segi sosial. 
Agar estetika dan kesejahteraan peribadi berjalan seiring, Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai keseimbangan ideal antara kedua-duanya

KAMYA.MY | FACEBOOK | KAMYA FEST FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/pelancaran-kamya-soap-di-kamya-fest.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Win Umrah Korea Travel Packages From Ikhlas At Kamya Fest 2023

Win Umrah Korea Travel Packages From Ikhlas At Kamya Fest 2023

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 136 hits
Pay Zakat or Fidyah with IKHLAS for a chance to win IKHLAS Umrah or halal Korea travel packageGrab exclusive IKHLAS and airasia academy merchandise at Happy Hour triviaPray with comfort and convenience at Surau IKHLAS Pay your Zakat and Fid...
Hitung Mundur 100 Hari Menuju Piala Dunia U 20 2023 Di Indonesia

Hitung Mundur 100 Hari Menuju Piala Dunia U 20 2023 Di Indonesia

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 155 hits
Menandai 100 hari sebelum Piala Dunia U 20 2023 digelar PSSI akan menggelar acara khusus Acara ini akan dihadiri Ketua PSSI Mochammad Iriawan dan Menpora Zainudin Amali Bacuya maskot resmi Piala Dunia U 20 juga akan tampil
Update Harga Perkutut Putih Bangkok Terbaru 2023 Di Pasaran

Update Harga Perkutut Putih Bangkok Terbaru 2023 Di Pasaran

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 314 hits
UPDATE HARGA PERKUTUT PUTIH BANGKOK TERBARU 2023 DI PASARANHalo sobat kicaukan dimanapun berada semoga selalu sehat dan bahagia yaa Kali ini akan saya infokan tentang update harga perkutut putih bangkok terbaru 2023 di pasaran secara lengka...
Template Buku Program Hari Anugerah 2023

Template Buku Program Hari Anugerah 2023

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 336 hits
Lama rasanya kami tidak berkongsi template baru untuk minggu terakhir ni banyak sekolah yang buat Hari Anugerah Cemerlang Disini kami ada sedikan template percuma yang anda boleh guna Tema exclusive bewarna biru MUAT TURUN TEMPLATE password...
Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 372 hits
Pejam celik pejam celik 20 Mac 2023 ni merupakan tahun kedua EanRifqee belajar di sekolah kebangsaan Tahun depan pulak adiknya DianMikayla pulak dah nak bersekolah Pejam celik pejam celik dah 9 tahun dah usia dia dan adiknya pulak dah masuk...
Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama Di Mekah

Umrah 17 Januari 2023 Aktiviti Bebas Hari Pertama Di Mekah

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 183 hits
Alhamdulillah kami telah selesai mengerjakan ibadah umrah Boleh klik entri sebelum ini di Hari kedua di Mekah adalah hari aktiviti bebas Kami semua kepenatan dengan perjalanan dari Madinah ke Mekah serta dengan melakukan umrah Saya bangun a...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Pasangan Mata Wang Utama Eur Gbp Isnin 30 Januari 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Pasangan Mata Wang Utama Eur Gbp Isnin 30 Januari 2023

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 187 hits
Walaupun pasangan mata wang EUR GBP kini dikuasai oleh penjual yang bertujuan untuk menurunkan pasangan mata wang ini ke tahap 0 8743 pada carta 4 jam pasangan EUR GBP memerlukan momentum untuk meneruskan penurunannya supaya dalam tempoh ma...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket