Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin Kpt


 January 30, 2023




*Pengajian Percuma Kepada Pelajar Keluarga Miskin – KPT*


 MALAYSIADATELINE / January 30, 2023
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan.




“Ia sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran,” katanya  ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPT di sini hari ini.


Mohamed Khaled berkata KPT juga akan memberi nafas dan sentuhan baharu terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengkaji kesesuaian untuk menjadikan PTPTN sebagai sebuah tabung amanah nasional.


“Kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN bagi memastikan kelestariannya serta menjadikan ia sebagai institusi pembiayaan pendidikan nasional yang membolehkan semua individu dari dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara,” katanya.


Beliau berkata KPT juga sedang meneroka ruang pendidikan yang anjal melalui penggabungan elemen bersemuka dan maya sebagai memanfaatkan platform digital serta teknologi kerana pendekatan sedemikian berupaya memberi impak pengurangan kos pengajian yang signifikan.




Mohamed Khaled berkata pemilihan kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi di bawah KPT  akan melalui proses saringan ketat, teliti serta objektif bagi memastikan jawatan diisi tokoh atau calon paling layak dan berwibawa.


Beliau berkata saringan ketat itu bakal mencerminkan sikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal KPT dalam menterjemah pelbagai dasar dan program nasional.


pengajian percuma
“Negara ini memerlukan sektor pendidikan tinggi yang berfungsi dengan efisien dan cemerlang. Perkara ini mesti dimulakan dengan kepimpinan berwibawa dan berprestasi,” katanya.


Beliau turut menyeru warga IPT agar mendidik penuntut supaya berada di landasan tepat menepati piawaian akademik dan budaya intelektual.


Katanya, KPT ketika ini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran insaniah dan amali semata-mata sebaliknya perlu dilengkapi dengan kepintaran mengurus manusia serta mengurus teknologi.


“Kematangan mengawal emosi, kemahiran pelbagai bahasa, kecekapan berunding, kemampuan memimpin perbincangan dan bekerja secara efektif dalam pasukan. Semuanya adalah smart skills (kemahiran pintar),” katanya.




Bagi memperkasakan sistem dan ekosistem program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), beliau berkata rombakan besar-besaran akan dilakukan terhadap program berkenaan sebagai satu daripada usaha melahirkan pelajar berkemahiran dan cekap teknologi.


“Negara memerlukan ramai individu yang mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi bersifat ‘kalis masa depan’,” katanya.


— BERNAMA






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/pengajian-percuma-kepada-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Pmx Kita Boleh

Keluarga Pmx Kita Boleh

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 164 hits
Mungkinlah Mungkin Idea dia nak direalisasikan dalam mesorat Mungkinlah idea ekonominya mudah direalisasikan kepada rafizi Kredit gambar fahmireza
Menteri Pun Boleh Lah Lantik Keluarga Jadi Penasihat Di Kementerian Radzi

Menteri Pun Boleh Lah Lantik Keluarga Jadi Penasihat Di Kementerian Radzi

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 118 hits
agendaily com30 01 2023Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin Foto Agenda Daily Hiekal Rosly Bekas Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mempersoalkan sama ada pelantikan keluarga pemimpin negara akan menjadi kebiasaan baha...
My Allah Ease Everything Video Keluarga Terharu Terima Kejutan Kehamilan

My Allah Ease Everything Video Keluarga Terharu Terima Kejutan Kehamilan

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 149 hits
Kejutan ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang kenangan Tidak ketinggalan berbuat demi...
Moty Hotel Melaka Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

Moty Hotel Melaka Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum w bt Moty Hotel Melaka Pilihan Keluarga Percutian pertama untuk tahun 2023 dan percutian pertama buat kami sekluarga secara berempat Alhamdulillah misi untuk The post appeared first on
Johor Beri Bantuan Rm300 Kepada Keluarga Terjejas Banjir

Johor Beri Bantuan Rm300 Kepada Keluarga Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 145 hits
SETIAP keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi memaklumkan demikian ketika melawat pusa...
Saya Pelik Kenapa Timbul Isu Hamba Abdi Saya Layan Penghuni Rumah Bonda Macam Keluarga Sendiri Kata Siti Bainun

Saya Pelik Kenapa Timbul Isu Hamba Abdi Saya Layan Penghuni Rumah Bonda Macam Keluarga Sendiri Kata Siti Bainun

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 229 hits
nbsp Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memaklumkan tidak tahu dari mana datangnya dakwaan perlakuan hamba abdi di rumah kebajikan itu kerana beliau sendiri melayan semua penghuni sama rata seperti darah daging sendiri Siti Bainun ...
Zoo Melaka Dan Dinosaur Encounter Lokasi Menarik Buat Keluarga

Zoo Melaka Dan Dinosaur Encounter Lokasi Menarik Buat Keluarga

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum w b t Lokasi Menarik Di Melaka Untuk Kunjungan Keluarga Percutian singkat ke Melaka kali ini memang Mamayanie dah target untuk bawa anak anak ke The post appeared first on
Jadikan Toyota Avanza Sebagai Mobil Keluarga Di Rumah Cek Kelebihannya Disini

Jadikan Toyota Avanza Sebagai Mobil Keluarga Di Rumah Cek Kelebihannya Disini

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 303 hits
Meningkatnya kegiatan yang mesti dilakukan sehari hari membuat banyak orang harus memiliki kendaraan pribadi Dengan hadirnya kendaraan pribadi seperti mobil maka bisa mengantarkan keluarga kemana saja sesuai dengan tujuan Bagi orang tua yan...
Rafizi Lantikan Ahli Keluarga Perlu Dielak

Rafizi Lantikan Ahli Keluarga Perlu Dielak

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 152 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 5 2023 9 59 AMBudaya nepotisme dengan melantik ahli keluarga ke jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielak pada masa akan datang kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli Timbalan presiden PKR itu dia menyedari pel...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas