Kolam Banjir Rakyat Berhak Tahu


PADA 28 Disember lalu, media melaporkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat enam kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpur telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.
Laporan itu mengejutkan banyak pihak terutama warga Lembah Klang kerana tindakan membenarkan kolam takungan banjir dibangunkan pastinya mendedahkan penduduk di kawasan berkenaan kepada risiko bencana banjir lebih besar pada masa depan.
Tidakkah tindakan itu seumpama sengaja mengundang malapetaka? Kita dimaklumkan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah akan segera meneliti dakwaan itu (yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh) bagi memastikan kesahihannya. Menurut Hannah, dakwaannya itu diasaskan kepada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 yang menyatakan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, DBKL meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun bertentangan dengan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (PBKL) 2020

Perlu dinyatakan di sini, PBKL 2020 mula digubal pada 1998 dan siap 2012. Malangnya, ia tidak diwartakan sehinggalah 30 Oktober 2018. Keengganan menteri berkenaan mewartakan PBKL 2020 diselar banyak pihak tetapi tidak dipedulikan

Kata Hannah lagi, laporan Ketua Audit Negara itu turut menyebut perubahan zon guna tanah dan intensiti pembangunan, sekali gus memberi kesan kepada alam sekitar termasuk pertambahan kepadatan yang membawa kepada pengurangan tanah lapang awam, kejadian banjir kilat dan kesesakan lalu lintas. Yang paling mengejutkan dalam laporan itu, tambah Hannah adalah kenyataan bahawa enam kolam takungan banjir telah diluluskan untuk tujuan pembangunan

Perkara ini bukan hanya menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi pelan mitigasi banjir dan mendedahkan bandar raya Kuala Lumpur kepada risiko berlaku bencana banjir lebih kerap. Kata ahli Parlimen itu lagi, perkara ini telah dibangkitkan olehnya dalam persidangan Parlimen mengenai ‘kurangnya maklum balas’ daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan dan pendedahan ini

“Malapetaka banjir besar baru-baru ini (yang mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan kemusnahan harta benda) sepatutnya menyedarkan SPRM dan DBKL untuk mengambil tindakan segera,” katanya lagi

Seruan sama dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil. Beliau berpendapat, laporan Ketua Audit Negara tersebut sudah cukup lengkap untuk dijadikan asas satu siasatan rapi dijalankan oleh SPRM

Turut mengulas isu sama, sebuah akhbar harian yang mempersoalkan bagaimana kelulusan boleh diberi sepanjang 2015 hingga 2020 walaupun dalam tempoh itu, ibu negara mengalami banjir kilat sebanyak 48 kali

Enam kolam terlibat ialah kolam Batu, kolam Nanyang, kolam Delima, kolam Taman Wahyu, kolam Batu 4 ½ dan kolam Taman Desa

REAKSI MENTERIMengikut sumber rasmi yang boleh dipercayai (Jabatan Parit dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), kelulusan terawal pemberian milik kolam bagi maksud pembangunan diberi pada Oktober 2015 (kolam-kolam Nanyang, Delima dan Taman Wahyu), dikuti Jun 2018 (melibatkan kolam Taman Desa). Kemudian pada Ogos 2020 (kolam Batu 4 ½) dan akhirnya September 2020 (kolam Batu)

Dalam reaksi awalnya terhadap kenyataan Hannah, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa ahli Parlimen pembangkang itu ‘memeriksa fakta’ terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan berhubung pemberi milikan beberapa bidang tanah di Kuala Lumpur yang didakwa sepatutnya dijadikan kolam takungan banjir

“Kebanyakan tanah di Wilayah Persekutuan dimiliki oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Pemaju perlu memohon kepada Kerajaan Persekutuan jika mahu membina bangunan. Kalau kita menuduh menteri dan sebagainya (luluskan), saya kata kita semak fakta dahulu,” katanya

Menjawab gesaan agar satu siasatan dijalankan, Shahidan meminta pemimpin pembangkang berkenaan membuat laporan rasmi. “Mereka nak buat laporan dan juga buat beberapa tuduhan di luar Parlimen, bererti mereka akan hadapi sendiri (kesannya) sebab mereka buat di luar Parlimen,” tambanya lagi

Pada 31 Disember lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan penuh dalam sidang khas Parlimen khusus berhubung banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Majlis itu juga meminta kerajaan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja selaras dengan titah Seri Paduka mengenai pascabanjir besar termasuk yang berlaku di Sabah dan Sarawak

Majlis tersebut berharap penubuhan suruhanjaya siasatan itu akan dapat mengenal pasti segala kelemahan perancangan dan kelewatan pelaksanaan, termasuk kepincangan yang disebutkan dalam laporan Ketua Audit Negara

Perlu diingat, antara elemen penting tadbir urus baik (good governance) adalah ketelusan (transparency) dan penyertaan awam (public engagement). Rakyat berhak diberitahu, apakah sebenarnya yang berlaku? Kerajaan perlu berpegang kepada janjinya, gagasan Keluarga Malaysia bukan retorik

Oleh: Datuk Salleh Buang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/kolam-banjir-rakyat-berhak-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

Rakyat Derita Mana Rasa Bersalah Putrajaya Digesa Minta Maaf Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 167 hits
Rakyat mahu melihat tindakan segera untuk mengatasi bencana banjir tetapi itu tidak berlaku menurut penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menggesa kerajaan segera meminta maaf kepada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasinya menan...
Pesanan Banjir Dari Rakyat Untuk Rakyat Bahaya Gelombang Ke 2

Pesanan Banjir Dari Rakyat Untuk Rakyat Bahaya Gelombang Ke 2

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 158 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDPesanan Khidmat Masyarakat dari Kak Ani utk warga Pahang Yg ada umah kt London boleh balik London jd King kt sana Yg rasa nk insof boleh p umrah Yg berduit boleh p Dubai sambil sambut tahun baru Yg miskin dok kawasan rend...
Menteri Bn Pn Pelancong Banjir Jangan Sekat Kritikan Rakyat Di Media Sosial Ph

Menteri Bn Pn Pelancong Banjir Jangan Sekat Kritikan Rakyat Di Media Sosial Ph

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 211 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan membidas sikap lemah dan layu menteri Kerajaan BN PN yang kini digelar rakyat sebagai pelancong banjir yang memahami keperluan sebenar dan kegetiran mangsa banjir Tegas Majlis Presiden kerajaan BN PN yang dia...
Rakyat 5 Negeri Ini Perlu Menolak Kerajaan Yang Ada Jika Tidak Musibah Banjir Berlaku Setiap Tahun Dan Rakyat Miskin

Rakyat 5 Negeri Ini Perlu Menolak Kerajaan Yang Ada Jika Tidak Musibah Banjir Berlaku Setiap Tahun Dan Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 243 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFKerajaan mana yang buat 32 juta rakyat merana sengsara derita berpanjangan PAKATAN HARAPAN BARISAN NASIONAL PERIKATAN NASIONAL atau GABUNGAN PARTI SARAWAK JAKIM kata RAJA SULTAN adelah bayangan tuhan Kamu percaya semua itu...
Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

Prn Johor Bantu Mangsa Banjir Tangani Kesempitan Hidup Rakyat Perlu Diutamakan Ph

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 206 hits
Pakatan Harapan Johor menyelar kenyataan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang memberi bayangan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri berikutan majoriti tipis kerajaan BN PN di Johor selepas pemergian ADUN Kempas baru baru ini Menurut pimpi...
Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 387 hits
Walaupun beberapa pemimpin utama UMNO terutama Ahmad Zahid Hamidi Najib Razak dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah kerapkali mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu daripada KWSP Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob...
Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 289 hits
Saifulannuar mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjirNGO pro reformasi RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras Selango...
Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

Berbanding Covid19 Dan Kemarahan Kepada Mahiaddin Banjir Buatkan Rakyat Lebih Marah Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 196 hits
Hanya melalui bencana banjir yang diturunkan Tuhan dengan paling teruk di Selangor segala kelemahan Perdana Menteri dan ketidakmampuannya mengurus kerajaan akhirnya terserlah dengan sendirinya Dengan banjir yang melanda itu Ismail Sabri Yaa...
Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

Rakyat Sebar Bantuanbanjir Selepas Geram Kerajaan Lembap Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh FAZLI RADZI December 24 2021Tidak hanya mengecam menteri dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang lembap membantu mangsa banjir rakyat dalam masa sama sepakat menyebarkan pertolongan melalui tanda pagar BantuanBanjirTanda pagar BantuanB...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda