Kolaborasi Bersama Universiti Tempatan Rangka Pelan Tindakan Opp Kedah 2020 2035




AHAD (13.10.2019)

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah berhasrat mewujudkan kolaborasi penyelidikan, pembangunan serta inovasi bersama universiti tempatan bagi merangka Pelan Tindakan Rangka Rancangan Jangka Panjang (OPP) Kedah 2020-2035.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pelan tindakan yang bakal dirangka itu mampu membantu Kedah untuk mencapai status ekonomi negeri maju.

"OPP baharu perlu dirangka kerana OPP Ketiga (2001-2010) telah pun tamat. Bajet 2020 pula dianggap sebagai pelengkap kepada Wawasan 2020 manakala Rancangan Malaysia ke-11 juga akan berakhir dalam masa terdekat ini.

"Oleh itu perlu diwujudkan kolaborasi penyelidikan, pembangunan serta inovasi antara pihak universiti dan kerajaan negeri, khususnya Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah dengan merangka Pelan Tindakan OPP Kedah 2020-2035 bagi membangunkan ekonomi negeri demi mencapai status ekonomi negeri maju," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Pasca Bajet 2020 anjuran Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia (Ecofi) dengan kerjasama BPEN di Hotel TH di sini, hari ini.




Hadir sama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani; Pengarah BPEN, Muhamad Mahazi Ibrahim serta Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Dalam sidang akhbar selepas itu Mukhriz menjelaskan, jalinan usaha sama antara kerajaan negeri dan universiti mampu membawa kemajuan tidak hanya kepada negeri malah kepada negara secara keseluruhan dengan penekanan diberi terhadap aplikasi teknologi terkini dalam urusan harian.

"Sebagai contoh UUM sendiri sangat memberi penekanan terhadap Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Ini satu pendekatan yang amat penting di mana kalau kita tidak menguasainya, kita akan ketinggalan tanpa mampu bersaing dengan negara-negara maju dan membangun.

"Sebaliknya jika kita memberi tumpuan terhadap revolusi industri itu, tidak mustahil untuk Malaysia memintas negara-negara maju yang lain. Cabaran untuk menguasai IR4.0 memang besar namun di sebalik semua itu, ada peluang yang perlu kita manfaatkan," katanya.

Tambahnya, perkara itu telah dibangkitkan dalam pertemuannya bersama pihak UUM dengan harapan agar tumpuan turut diberikan terhadap ekonomi digital dan kecerdasan buatan.

"Dalam bab kewangan contohnya, kebanyakannya sudah didigitalkan. Jadi kita pun jangan sesekali terlepas pandang atau peluang.

"Sebab itu kerjasama universiti dan industri ini sangat penting. Kedua-dua pihak menguruskan sumber yang terhad dan kalau kita gabungkan kedua-duanya, insya Allah kita dapat atasi semua masalah," katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/10/kolaborasi-bersama-universiti-tempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Sambut Baik Belanjawan 2020

Kedah Sambut Baik Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 410 hits
AHAD 13 10 2019ALOR SETAR Kerajaan negeri Kedah menyambut baik pembentangan Belanjawan 2020 oleh kerajaan Persekutuan kelmarin yang turut memberi tumpuan terhadap pengukuhan usaha bagi mengarus perdanakan Program Pendidikan Teknikal dan Lat...
Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 584 hits
Siaran Langsung Sidang Media selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020 oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah
Ujian Rangkaian 5g Tempatan Akan Dikembangkan Ke 6 Buah Negeri Bermula Oktober Hingga Mac 2020

Ujian Rangkaian 5g Tempatan Akan Dikembangkan Ke 6 Buah Negeri Bermula Oktober Hingga Mac 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 445 hits
Melalui Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara kerajaan Malaysia sedang menguji pelbagai cara bagaimana rangkaian telekomunikasi 5G boleh memanfaatkan semua rakyat Malaysia Buat masa ini kesemua ujian ujian rangkaian 5G sedang giat...
Mdec Bantu Peniaga Tempatan Manfaat Digital Sepenuhnya Menjelang 2020

Mdec Bantu Peniaga Tempatan Manfaat Digital Sepenuhnya Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 383 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Peruntukan Belanjawan 2020 Sektor Digital Memberi Galakan Usahawan Tempatan Maju

Peruntukan Belanjawan 2020 Sektor Digital Memberi Galakan Usahawan Tempatan Maju

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 437 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 520 hits
Ekonomi digital merupakan salah satu topik yang menjadi fokus pada Belanjawan 2020 kali ini Selari dengannya salah satu perkara yang turut menjadi fokus adalah kandungan digital dan juga kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan digital ...
Gobind Singh Deo Pelan Untuk Memperkasakan Internet Luar Bandar Akan Bermula Pada 2020

Gobind Singh Deo Pelan Untuk Memperkasakan Internet Luar Bandar Akan Bermula Pada 2020

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 376 hits
Kebelakangan ini banyak telah diperkatakan mengenai ujian ujian 5G yang sedang dijalankan oleh syarikat syarikat telekomunikasi tempatan Hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo telah mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa pe...
Belanjawan Kedah 2020 Pas Mahu Ph Fokus Keperluan Asas Rakyat

Belanjawan Kedah 2020 Pas Mahu Ph Fokus Keperluan Asas Rakyat

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 552 hits
ALOR SETAR Pas Kedah berharap Belanjawan Kedah 2020 yang dibentangkan Ahad ini menjadi bajet penyelesaian masalah terutama melibatkan keperluan asas rakyat Kedah Pesuruhjayanya Ahmad Yahaya berkata antara fokus utama yang harus diberikan tu...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan