Kedah Sambut Baik Belanjawan 2020




AHAD 13.10.2019

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menyambut baik pembentangan Belanjawan 2020 oleh kerajaan Persekutuan kelmarin yang turut memberi tumpuan terhadap pengukuhan usaha bagi mengarus perdanakan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, langkah itu penting bagi memastikan kalangan anak tempatan mampu mengisi peluang-peluang pekerjaan ketika kerajaan negeri kian rancak menarik kedatangan pelabur dari dalam dan luar negara.

"Kerajaan negeri sangat berminat apabila disebutkan ada peruntukan tambahan khusus untuk TVET kerana ia amat diperlukan bagi mempersiapkan warga negara ini, untuk mengisi peluang pekerjaan disediakan kerajaan.

"Kita tak mahu lagi bergantung kepada pekerja asing dengan langkah ini saya percaya turut akan membantu menyelesaikan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Sebagai langkah susulan, kita akan mengadakan program padanan antara para siswazah dengan peluang pekerjaan yang tersedia nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pasca Bajet 2020 anjuran Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia (Ecofi) dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) di Hotel TH di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, secara keseluruhan pembentangan belanjawan itu mampu membantu pertumbuhan negara.

Menurutnya, pendekatan diambil sangat baik biar pun kerajaan Persekutuan terpaksa menghadapi cabaran hutang amat besar berjumlah RM1.1 trilion.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan khusus bagi menambah infrastruktur diperlukan untuk Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam.

"Kita lihat penekanan diberi kepada usaha menggalakkan pelaburan asing dan domestik.

"Sebagai sebuah negara pedagang, kita mesti berusaha meningkatkan lebih banyak produk dan perkhidmatan eksport kerana ini akan memberikan hasil termasuk dari sudut pertukaran mata wang. Kerajaan negeri menyambut baik hasrat itu dengan harapan supaya lebih banyak taman industri dapat diwujudkan, hasil bantuan serta peruntukan kerajaan Pusat bagi menarik kedatangan pelabur tempatan dan asing," katanya.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri turut menyambut baik langkah diambil kerajaan bagi memperkasakan golongan nelayan dan petani.

"Bantuan diberikan kerajaan melalui Belanjawan 2020 bukan sekadar memberi wang tunai untuk digunakan begitu saja malah turut merangkumi usaha bagi memperbaiki kehidupan mereka. Golongan ini diberi lebih peluang untuk menerokai sumber baharu dan tidak terlalu bergantung kepada pendekatan konvensional.

"Sebagai contoh di Langkawi kerajaan Persekutuan berhasrat menjadikan padi pulut sebagai produk perdananya menerusi peruntukan sebanyak RM30 juta. Bajet untuk mempromosikan minyak sawit kita ke peringkat antarabangsa turut disediakan dan semua ini saya fikir sedikit sebanyak mengangkat martabat petani, nelayan serta peladang," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/10/kedah-sambut-baik-belanjawan-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2020 Khabar Baik Buat Nelayan Dan Petani

Belanjawan 2020 Khabar Baik Buat Nelayan Dan Petani

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 364 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 428 hits
Ekonomi digital merupakan salah satu topik yang menjadi fokus pada Belanjawan 2020 kali ini Selari dengannya salah satu perkara yang turut menjadi fokus adalah kandungan digital dan juga kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan digital ...
Belanjawan Kedah 2020 Pas Mahu Ph Fokus Keperluan Asas Rakyat

Belanjawan Kedah 2020 Pas Mahu Ph Fokus Keperluan Asas Rakyat

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 433 hits
ALOR SETAR Pas Kedah berharap Belanjawan Kedah 2020 yang dibentangkan Ahad ini menjadi bajet penyelesaian masalah terutama melibatkan keperluan asas rakyat Kedah Pesuruhjayanya Ahmad Yahaya berkata antara fokus utama yang harus diberikan tu...
Belanjawan 2020 Bukti Kerajaan Ph Dapat Tadbir Dengan Baik

Belanjawan 2020 Bukti Kerajaan Ph Dapat Tadbir Dengan Baik

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 342 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Baik Buruk Belanjawan 2020

Baik Buruk Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 353 hits
October 11 2019 8 51 PMPETALING JAYA Ahli ekonomi dari dua badan pemikir kecewa Belanjawan 2020 masih menekankan kaum mengatakan belanjawan nasional sepatutnya disesuaikan ke arah inisiatif berasaskan keperluan Bercakap kepada FMT Ramon Nav...
Belanjawan 2020 Pendidikan Terima Peruntukan Tertinggi

Belanjawan 2020 Pendidikan Terima Peruntukan Tertinggi

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 531 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 Cuti Bersalin 90 Hari Bermula 2021

Belanjawan 2020 Cuti Bersalin 90 Hari Bermula 2021

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 739 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 Pelepasan Cukai Rm6 000 Bagi Rawatan Kesuburan

Belanjawan 2020 Pelepasan Cukai Rm6 000 Bagi Rawatan Kesuburan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 443 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tvet Peruntukan Dalam Belanjawan 2020 Jamin Kebolehpasaran Dalam Pekerjaan

Tvet Peruntukan Dalam Belanjawan 2020 Jamin Kebolehpasaran Dalam Pekerjaan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 299 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies