Kodai Makan Ain Perkampungan Budaya Terachi Tanjung Ipoh Negeri Sembilan
Pintu masuk ke Kodai Makan Ain
Banner Kodai Makan Ain (Banner ni dalam kedai)Restoran Kodai Makan Ain ni terletak di Perkampungan Budaya Terachi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. "Kodai" tu maksudnya kedai la...bahasa orang nogeri simlan... Masakan di sini adalah masakan ala kampung yang kebanyakannya berkonsepkan masakan orang Negeri Sembilan. Jadi korang boleh agak la kan masakan jenis apa, tentunya lah masakan jenis masak lemak.
Terdapat pelbagai jenis pilihan lauk pauk yang korang boleh pilih... berderet jenis-jenis masakan dari hujung ke hujung.
pelbagai jenis masakan
berderet jenis-jenis masakan termasuklah ulam-ulaman
masak lemak
masak lemak lagiDari segi keluasan restoran pulak, untuk yang first time mesti korang akan terkejut beruk sikit. Apa taknya, besar gila Kodai Makan Ain ni. Kawasan parking pun luas. Tapi walaupun tempat parking luas, tetap juga tak cukup parking. Maknanya ramai orang datang nak makan di sini. Tambah-tambah kalau korang datang waktu peak hour.kawasan parking Kodai Makan Ain
parking sentiasa penuhLepas aku dah settle parking, dah dapat meja kosong, apa lagi terus cari la lauk apa nak makan. Sebabkan Nogeri Simlan, jadi aku nak rasa la masakan masak lomak. Kebetulan ada band nyanyi-nyanyi plak, layan kan je lah... nasib baik sedap gak diorang nyanyi, kalau tak putus selera...hahahaha..
Jadi, apa yang aku makan di Kodai Makan Ain ni, korang boleh tengok gambar-gambar di bawah ni.
masak lomak daging salai
masak lomak ???? (rebung kot..hihih)
asam pedas ikan kembongSelain masakan masak lomak dan masakan yang lain-lain, di Kodai Makan Ain ni jugak ada jenis yang bakar-bakar. Aku try makan sotong bakar dengan ikan talapia bakar. Sedop gak la...torbaik!sotong bakar
talapia bakar (dah tinggal tulang baru teringgat nak tangkap gambar..hihihi)Bagi aku, makanan yang ada di Kodai Makan Ain ni sedap-sedap belaka. Puas hati la makan. Rekomen untuk orang luar dari Negeri Sembilan yang cuma masakan kampung ala Negeri Sembilan di sini.orang ramai tengah pilih laukKepada yang nak ke Kodai Makan Ain ni, korang boleh cari di alamat berikut:
BLOK A,PERKAMPUNGAN BUDAYA,
Terachi, 71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan
Atau korang boleh rujuk gps koordinat dan google map yang aku sertakan di bawah ni
GPS Koordinat: 2°44'44.1"N 102°08'57.3"E atau 2.745575, 102.149262
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sedapnya-makan.com/2021/11/kodai-kedai-makan-ain-perkampungan-budaya-terachi.html