Makan Makan Di Restoran New Hollywood Ipoh
Assalamualaikum...
SEPERTI dijangka, panjang orang beratur semasa kami sampai di Restoran New Hollywood. Hari cuti, kan.. bertabah ajelah ikut sama beratur. Tu tak apa, tiga kali berpusing cari tempat letak kereta. Mujur Iman minta turunkan dia dulu untuk beratur, masa kami sampai, belakang Iman sekurang-kurangnya dah ada lima orang yang beratur. Beratur pasal nak makan ni, bagi Sk, dah biasa.. melayankan tekak Pak Inche ni la 😅
Lohbak atau Yong Tau Fu Goreng. Kalau di JB, dipanggil Lok Lok yang dicucuk pada lidi tapi di sini, digoreng seketul-seketul dan dipotong kecil dicicah dengan sos cili yang sedap
Cakue yang dicicah dengan kaya. Kaya tu RM1 sebekas tu. Cakue lembut jer dan memang ngam sangat la cicah dengan kaya yang meleleh tu
Prawn Mee yang betul-betul Hao Lio. Pak Inche makan tak toleh kiri kanan. Siap hirup kuah hingga ke titisan terakhir ko 😜
Pesan Kuey Teow Goreng seorang sepinggan. Selalunya, kami akan sarapan capati dulu di Chenderiang, tapi kali ni kami terus ke sini. Tu yang lapar sangat sampai semua benda rasa nak order. Puas la Sk makan kuey teow kali ni, hahah
Kuey teow goreng dengan udang dah togel, senang nak makan, suap terus tak yah kopek udang
Iman order mee wantan jugak. Portion makanan kat sini memang tak begitu besar, ngam untuk seorang makan
Penuh meja. Cuma Sk jer tak pesan makanan lain selain kuey teow tapi lepas tu, Sk yang tukang perabis kuey teow anak bapak ni sebab memasing makan separuh jer, dah kekenyangan makan prawn mee dan wantan mee 😆
Bukan Prawn Mee jer, PI pesan jugak Roti Telur Goyang ni. Lepas tu dia suruh Sk makan sekeping. Hurmm.. tak minat roti goyang kat sini, jadi silalah habiskan sendiri ya Pak Inche
Penutup, Puding Caramel
Dia punya gedik, sejuk-sejuk lalu kat tekak. Kali ni, Sk tak minum kopi, sebab nanti mual, minum susu lepas makan banyak-banyak, rasa nak terkeluar isi perut. Kita minum lemon dan lime jer, sedapppp dam segar semula rasa badan ni lepas mentekedarah
😅😅😅
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/11/makan-makan-di-restoran-new-hollywood.html